SELAMAT DATANG

Sunday, October 6, 2013

Jika ini TakdirNYA...part 1

23 September 2013
9.45 malam..kuarters..

Alhamdullilah...wife dah keluar wad..petang tadi jam 3.00 dia sampai di Pokok Sena..
kalau tak silap aku doktor nak jahit balik luka pembedahan tu 18 hb tapi ntah macamana tak jadi, malah dia dikhuatiri terkena jangkitan kuman, lalu di pindahkan ke wad 2 B Bilik no 2 katil no 5...wad tu untuk pesakit yang terkena jangkitan..nak masuk ke situ susah untuk waris yang ingin menemani pesakit..dan entah macamana hanya satu malam di wad tu..dia dipindah semula ke wad asal..katanya tiada kuman pulak..aku pun pening..banyak sangat doktor buat eksperimen...mungkin orang awam macam aku tak paham..bila kita cuba paham kita mula jadi pening..lepas imbasan ultrasound depa kata bebas kuman..
Rahim..ovari dan sedikit lemak yang dibuang..

dan kelmarin 22 sept dia masuk bilik bedah semula untuk jahitan luka pembedahan tu..aku ingatkan dia mungkin akan terus direhatkan lagi..tiba-tiba terus boleh balik..19-21 Sept lepas masa tunggu wife aku  menyaksikan kekuatan kasih sayang satu keluarga yang buat aku sangat kagum..nanti aku ceritakan jika ada kesempatan..jika tak biar dalam memori aku saja...

Apa pun syukur wife dah keluar wad..dia dapat MC panjang..biarlah dia berehat...
dan sekali lagi terima kasih kepada semua staf2 KMTK yang tak putus2 bertanya khabar tentang wife...terima kasih semua...


riuh kenari di pagi buta
sorok-sorok di pohon kekabu
hari ini hari kita
esok-esok siapa yang tahu.. 

Jika ini takdirNYA..

Isnin 16 September 2013..8.53 malam..kuarters..

Hari ni hari cuti Hari Malaysia. Aku bercuti tapi tak pulang ke kampung..cukuplah lepak di sini, kemas-kemas apa yang patut..dan hari ni dah 18 hari wife di wad 7 A bilik no.2 katil no 6.Hospital Sultanah Bahiyah..Entahlah bila dia boleh balik..kesian dia,boring katanya..memanglah,sakit dan di tahan di wad..

Agak panjang untuk aku coretkan..tapi untuk rekod masa depan dan mungkin untuk berkongsi pengalaman,apalah salahnya..lagipun aku dah minta izin dari wife untuk aku kongsikan kisah ni..

Beberapa bulan lepas kami ke Putra Medical Centre untuk buat pemeriksaan bila wife mengadu sakit di bahagian perut dan mukanya pucat..di situ tekanan darah wife sangat rendah dan dia boleh pengsan jika tidak di tambah darah kami kongsikan dengan doktor bahawa dia ada masalah CYST hasil scan mendapati CYST tu semakin membengkak..jadi kami terus ke HSB untuk urusan tersebut..3 hari dia di tahan di wad 2 B..no. katil aku dah lupa..penat juga masa tu..pas keluar wad kami cuba berubat cara kampung..katanya kecut dah CYST tu..katanyalah..tapi itu jugak ihktiar..
ceria lagi masa ni..


Selang sebulan kemudian..dia sakit lagi..katanya disebelah kanan perut, dah seminggu sakit tapi di tahannya..lantas kami ke Klinik Rama di Guar Chempedak..scan apa tidak main tekan saja ooo wife kena apendik kata doktor tu..bagi ubat itu ini skali MC melayang 4,5 puluh..doktor minta datang balik jika sakit pula..masa tu cuma suntik ubat sikit..Jummat tu wife mengadu sakit lagi, dari rumah aku terus ke Bahagian Kecemasan HSB..check punya check CYST tu membengkak teruk..Apendik apa nya..masuk wad lagi..2B jugak..
Beberapa hari sebelum pembedahan..
  
Aku ambik cuti pada 21-24 Julai 2013 dan wad 2B cuma orang perempuan saja yang boleh jaga pesakit, jadi aku datang cuma pada waktu melawat saja..penat menunggu detik 12.30-2.00 petang dan 4.30 -7.30 petang..waktu melawat..masa ni pun kena tambah darah lagi..pelik aku ada Dracula kot yang dok hisap darah wife aku,pi mana habis darah dia..

Lepas keluar wad doktor bagi temujanji lagi..21 Ogos..sebenarnya doktor minta untuk buat pembedahan seminggu lepas keluar wad tapi nak raya punya pasal wife minta tangguh..

21 Ogos aku hadir sama masa temujanji tu..seperti yang di cadangkan wife di syorkan melakukan pembedahan membuang CYST..katanya dari scan yang di buat memang bengkak tu dah teruk,bernanah dan menekan rahim,tu yang sakit..dan kalau terpaksa doktor akan buang semuanya..CYST tu, Rahim,Ovari dan semuanya..maksudnya..

Ini kali ketiga wife menjalani pembedahan membuang CYST pada aku CYST macam kulat dalam bilik air, dia cepat membiak walau dah dibuang berakar dan membiak di rahim tu lah

Jadi doktor bagi tarikh 1 September 2013 untuk pembedahan..aku lebih bersedia untuk segala kemungkinan..dan belajar dari pengalaman kali ni aku bawa G.L untuk mintak first class..dapat..selesa la sikit..wife masuk wad pada 30 Ogos 2013..dia celebrate merdeka kat wad..1 September tu aku menunggu di wad..wife masuk bilik bedah jam 7.45 pagi..dia pesakit pertama menjalani pembedahan..jam 9.45 lebih kurang doktor telefon aku memaklumkan keadaan CYST tu teruk dah bernanah..jadi dia maklumkan lebih berisiko jika hanya CYST yang dibuang..untuk elak pembedahan kali keempat yang mungkin boleh menjadi barah..segala-galanya yang bersangkutan sistem peranakan wife perlu di buang..aku dah bersedia sembuh, dan sihat, lebih baik dari berteman rahim yang bermasalah untuk menderita sepanjang hayat..Pembedahan berakhir jam 1.45 ptg..kepanasan yang mungkin kesan ubat buat wife sedikit gelisah..Aku redha..apalah yang nak di kesalkan janji wife selamat..

Anak..ya anak..kami tidak lagi berpeluang menjadi ibu dan bapa..dan kami terlepas dari tanggungjawab dan amanah berat melahir,membesar dan mendidik anak..melainkan kami mengambil anak angkat..kesan pembedahan tu aku lihat pada bukaan hampir 20 cm..aku dapat lihat minggu lepas jahitan tu di tetas kerana berlaku sedikit pendarahan..dan katanya rabu ni 18 September akan di jahit semula..lama la wife aku di wad tu..aku sudi kepilkan foto-foto untuk tatapan umum..aku tak boleh ambik gambar jika tak penuh aku ambil..
Dah letih dah..

Sekali lagi paparan ni bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi suka duka..malah aku yakin ramai lagi di luar sana yang senasib dengan kami..ingatlah kita hanya pelakon pada watak dan skrip yang Allah dah tentukan..redha sajalah..

Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf2 Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kota Setar dan staf2 Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah serta saudara mara yang hadir menziarah wife.. 

Saturday, August 24, 2013

Menyelam derita seorang rakan part 1..

Salam siaran..Petang Sabtu 24 Ogos 2013..6.58 petang masih di kuarter..

Empat bulan tak menulis..macam sekejap saja..apa jadi dengan aku...mula dulu line telefon kacau asyik rosak ja..Apa pun sepanjang Ramadhan lalu kehidupan aku macam biasa dan sambutan raya kali ni pun sederhana saja..

Kelmarin 23 Ogos jam 11.00 pagi aku ziarah Abang li di Taman Aman..dah setahun selepas kunjungan pertama pada 28 Julai 2012..Sebenarnya niat nak melawat tu dari dari bulan Ramadhan lagi tapi sibukkk memanjang..tapi bila kawan lama menghubungi aku bertanyakan hal ini aku jadi segan la plak, malu pun ada, yelah dok bagitau nak pi,nak pi..tak sampai sampai..ni tanggungjawab kita la sebagai manusia..hari ni hari dia..mana tau esok kita pulak yang kena..aku kira dah kena dah ...STROK..cuma jenis ringan..tapi rakan yang aku ziarah ni memang teruk ujian yang dihadapinya..kita cuma sekadar ziarah untuk berkongsi derita..memang berat mata memandangnya..Aku lihat muka Abang dah semakin berubah..suaranya pun dah lain..badannya semakin susut dengan bahu kanannya macam dah jatuh dari kedudukan asal..

Aku ajak wife temankan aku..bukan aku takut..cuma nak tunjuk inilah insan banyak tolong aku dulu..Betullah sihat sebelum sakit..hidup sebelum mati..lapang sebelum sempit..kita jarang nak bersyukur..memang jarang...kita hanya tau mintak..mintak..dan mintak...Bila nikmat, Allah tarik kerana memang bukan hak kita..masa tu barulah rasa menyesal..bayangkan bertahun tahun melihat alam..tiba-tiba hanya gelap yang kita pandang bila membuka mata..

Seperti pada kunjungan pertama..(entri dengan tajuk yg sama bulan Julai 2012) Aku mendoakan abang li sembuh..banyakkan sabar dan berdoa semoga kembali normal.mana tahu..kalau mata dia kena mercun mungkinlah kena ganti..ini elok cuma saraf mata sedikit mengalami masalah...aku bagitau dia macam dulu,bila lapang aku datang lagi..emmm setahun lagi la tu...





Untuk kenang-kenangan...

Saturday, June 8, 2013

Mari raikan bersama part 1...

8 Jun 2013.. Sabtu 7.27 malam..

Kalut sikit...jadi post untuk peristiwa ini tertinggal..Pada 26 April lalu..buat kali kedua kami dapat meraikan sekali lagi sambutan hari jadi ahli-ahli keluarga yang menyambutnya pada bulan April..kali ni 8 orang ahli keluarga termasuk wife meraikannya..Menu kali ni hampir sama seperti sebelumnya..lokasi masih sama cuma di siangkan..konon malam payah..nyamuk banyak datang minta sedekah..Jadi sebelah siang kami buat jam 4.00 petang.. nipun aku rasa nak tukar waktu lagi lepas ni.. tak sesuai..depa mai lambat..kita dah tak makan apa lagi dari sebelum  Jumaat..
Menu..

kenyang..
Apa pun aku mulakan majlis dengan bacaan doa seperti sebelumnya..dan makan sepuasnya..cuma sate kali ni aku tak puas hati. dah kena pergi ambik.pas tu bakar pula lagi tetap kena .RM 0.50 sebatang..menu pun mungkin aku nak tukar apa yang patut lepas ni...tengoklah bulan Disember ni.Bulan -bulan lain ada yang sambut hari jadi tapi hanya seorang dua.dah tu depa bukan tokey balak nak sponsor itu dan ini..jadi nasiblah..apa pun bulan berapa mereka lahir kita kira pakej la..sambut jugak..cuma abang ipar aku yang tak dapat hadir petang tu.dia kena gali kubur ada orang meninggal Jumaat tu..
Tengok hp sat

Tuesday, June 4, 2013

Virus Kehidupan..

Selasa 4 Jun 2013 9.20 malam..

Masuk bulan 6 dah..Sesi 2013/2014 dah pun bermula kami mengorak langkah untuk sesi baru ni dengan penggunaan sistem KOHA di Perpustakaan...baik itu sampingan saja.

Aku baru menamatkan buku kelima yang aku baca tahun ni..Buku ni aku beli kat Hasani Alor Star..baru buka kedai tu...besttt tempat tu..banyakk bukuu..tajuk buku yang aku dah habis baca tu adalah.. "VIRUS KEHIDUPAN" tulisan wartawan penyiaran TV3..Mazidul Akmal Sidik..Tulisan tentang pengalaman beliau menjadi wartawan yang sering terlibat dalam operasi-operasi pencegahan jenayah oleh pihak berkuasa di seluruh Malaysia..Masalah-masalah dadah, mat rempit,GRO,isu sosial didedahkan dalam bentuk dialog yang sangat menarik..

Ada satu pengalaman beliau yang aku kagum...Dalam satu operasi membenteras penagihan dadah di satu kawasan..beliau bersama sepasukan polis terpaksa bersedia lebih awal untuk mencekup penagih..jam 9.00 malam berkampung dalam ladang kelapa sawit...tidur berlantai tanah...dengan serangan nyamuk dan mungkin binatang berbisa..tidurrr...jam 9.00 pagi esoknya bila penagih masuk ke "Port" mereka barulah serbuan dilakukan..bayangkan..Aku tak sanggup..Beliau menyatakan dalam buku tersebut tentang anggapan rakannya yang membayangkan betapa indahnya menjadi wartawan..mesti tidur kat hotel 5 bintang..beliau menjelaskan kepada rakannya bahawa anggapan itu sangat bertepatan..kerana bila tidur di lantai tanah dalam ladang kelapa sawit tu..beliau memandang ke langit..bukan saja 5 bintang , malah berlambak-lambak bintang beliau nampak..

Cuma kualiti jilidan buku ni agak teruk..terlerai berai tangal-menanggal , gam dia macam tak berkualiti..apa pun buku ni best,santai dan tak menjemukan...bacalah...
Lupa plak harganya RM 20.00 kot..

Dari Alor Star ke Cameron Highland last part..

Selasa 21 Mei 2013 7.17 malam

Menyusur balik dari CH aku rancang plan baru dan semua setuju. Kami nak singgah Zoo Taiping..Tempat ni lama dah rancang nak pi dapat jugak.Jam 1.00 kami singgah RnR Bukit Gantang..makan dan solat sekejap kat sini..2.00 petang lebih kurang sampai la Zoo ..Tambang masuk RM12 untuk dewasa RM 8 untuk kanak2 dan RM 10 untuk OKU dan Warga mas...
Apa tah yang kami pakat tengok...


luas jugak tempat ni..nak ziarah semua paklong maklong kat situ memang tak larat..boleh patah kaki..jadi kami naik keretapi yang di panggil TRAM apa tah nama penuhnya aku pun tak tau..
Jalan-jalan nak naik keetapi

Boleh panjat best kan..
Aku bayangkan tempat bila waktu malam..mungkin menyeramkan..tapi tak pastilah kalau bagi mereka yang berSafari Night di sini..Apa pun tak rugi datang sini..tambah pula datang dengan keluarga.. hampir jam 4.00 petang kami tinggalkan Taiping..Hujan lebat iringi kami balik..Sampai RnR Gurun dah 6 lebih..dan sampai di rumah jam 7.00 lebih...membawa bersama kenangan..kos minyak untuk viva tu lebih kurang RM 130.00..Tu saja lah kenangan untuk semua...SELESAI...
Tunggu nak naik keetapi


Tuesday, May 28, 2013

Dari Alor Star ke Cameron Highland part 2..

Sabtu 18 Mei 2013 9.25 malam


Keluar dari ladang Teh Sungai Palas kami singgah sat beli kat gerai2 yang banyak jual sayur tapi tak beli pun..8 bungkus pelbagai jenis sayur di jual RM 10.00 Petang tu dalam jam 6.30 kami balik hotel..rehat..sedikit letih..Jam 8.00 kami keluar untuk membeli makanan dan shoping 2 kat pasar malam di CH..Tak jauh sangat dalam  300 meter ja lebih kurang..Jadi jalan kaki saja la..Aku dah pun diberitahu lebih awal tentang pasar malam oleh wife jadi masukla sekali dalam program..Aku dapat lihat sedikit sebanyak perbezaan dari segi menu yang di jual..aku tengok memang tak banyak gerai minuman. yang banyak jual pakaian yelah sejukkk..Kami beli macam2 makanan sebab kak ajak buat "dinner" dalam bilik..kat jam 10 jugak dinner pun..Aku beli sate yang agak besar saiznya berharga 0.80 sen satu cucuk bagi daging dan 0.70 sen bagi ayam..Satu minuman yang perasan di jual kat sini..Air Pokok Tai..aku sangat pasti yang buah tu buah Pokok Tai sebab aku baru buat carian maklumat untuk sediakan "Memori Institusi" tentang kolej baru2 ni..malangnya tak sempat nak beli untuk rasa dan tak ambik gambar pun..tapi mungkin kat situ di panggil air kelapa laut...
I like..cantikkk

Ishh kalau jatuh atas pokok ni..
Senyum apa tah bangla kat belakang tu..
Lepas solat subuh esoknya aku lawat mak dibiliknya..risau jugak aku takut dia demam ka... nampak dia dok solat..aku tanya dia kata dia okey tak pa la..Aku dan wife turun dulu untuk makan pagi kat Food Court tak jauh dari situ..nampak pengunjung datang dengan sweater tebal..Rasanya tak lah sejuk sangat..biasa ja..8.30 kami bergerak ke sebuah ladang Stawberry tah nama pa tah..ambik gambar apa yang patut dan balik semula ke hotel untuk checkout..konon dimaklumkan elok terus checkout  takut jalan akan sesak menjelang tengahari..keluar hotel singgah lagi di gerai2 tepi jalan yang jual sayur2..kali ni ramai beli jagung madu, ubi keledek rebus yang manis dan sedap..cuma yang tak sedapnya banyak la overtime yang "ekzos" nak kena buat...pastu kami singgah pula kat ladang teh Bharat Plantation..kat sini singgah pekena teh tarik ja..malas dah tengok ladang teh..BERSAMBUNG..
Banyak benda alah tu cantik la..beli satu mana cukup..




Tuesday, May 21, 2013

Dari Alor Star ke Cameron Hingland...Part 1

7  Mei 2013 Selasa Jam 9.10 Malam pada lokasi biasa..

Bulan Mei dah..untuk post2 sebelum ni harap tak terkeliru dengan tarikhnya sebab ada post yang lain tarikh tulisnya dan lain pula tarikh publishnya..Aku buat draf dulu.. pas tu aku lupa nak publish ..

Apa pun kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku dan keluarga bercuti di Cameron Highland baru-baru ni..Sebenarnya dari tahun 2012 lagi aku nak buat rombongan keluarga bercuti ke Cameron Highland tapi banyak sangat halangannya..ada adik beradik yang tak dapat ikut, tak mau ikut dan ada yang takut..tah apa yang ditakutkan aku pun tak tau..Aku siap offer lagi penginapan, tambang, tol, minyak aku tanggung..cuma bawak sikit belanja untuk makan,minum dan shopping...tu je..

Maka pada 19 April dan 20 April 2013 lalu..kami dengan 3 buah kenderaan  seramai 15 orang termasuk beberapa anak saudara aku bergerak pada jam 7.30 pagi dari Alor Star..Sehari sebelum tu yakni pada hari Khamis aku siap servis Viva aku tu untuk keselamatan..

Sekitar jam 9.30 pagi, perut dah mula berdondang sayang..Jadi kami singgah kat RnR Gunung Semanggol untuk makan pagi..menu pagi tu biasa la...bihun dan nasi lemak..Jam 10.30 kami bergerak meninggalkan RnR tu..Sekitar 11.30 kami masuk ke Simpang Pulai..Bawak mak jalan2 ni risau jugak aku..sebab tu aku ajak dia naik kereta aku..bukan pa takut dia pening..melalui Simpang Pulai ni tak lah mencabar sangat..dan blog2 yang menulis pengalaman mereka ke CH cukup membantu aku...

Sekitar 12.30 Tengahari bila dah dapat rasa sejuk dan nyaman tu... aku matikan aircond dan buka tingkap..sebelumya kami dapat lihat deretan gerai2 milik orang asli disitu yang rata2 jual madu,kraftangan dan buah-buahan...
Dari dalam kereta...


Mungkin ujian Allah sedikit bila secara tiba2 kereta Vios milik anak saudara kena "Asma" dia semput2...kami berhenti lebih kurang 1 KM di depan manakala Vios yang semput tu memang tertinggal di belakang... masa tu aku dah risau..Wira anak saudara aku yang seorang lagi di depan kami...dengan budak2 yang tertidur..puas juga kami menunggu di situ...mujur ada ladang sayur dekat situ yang buat hilang jemu...
Ladang tempat kereta meragam..

keputusan yang ambik adalah tinggalkan Vios untuk sementara dan "sardinkan" Viva dan Wira...bergerak terus ke Rainbow Hotel..sedikit sesak..maklumlah Jumaat tu orang Perak cuti ...Check-in hotel jam 2.30..lima bilik aku booking no.102 hingga 106..memang aircond tak da ya..tak yah buat2 pelik..yang aku perasan tingkap depa buka siap2...
Menunggu untuk check in..

Maka cerialah..kami bercuti.. masing2 pakat dok gila melawat bilik ...dok tengok saiz bilik yang berbeza dari segi keluasannya...dan keperluan kami..aku kira ada ahli keluarga aku yang pertama masuk hotel..almaklumlah orang kampung..memang niat aku sebenarnya nak mereka rasa sesuatu yang mereka hanya dengar dan cuma bayangkan sebelum ni..biar kini mereka alami sendiri...

Jam 4.00 petang..lokasi pertama lawatan kami di CH ni adalah "Sungei Palas Tea Centre...gerimis sikit petang tu...memanjat tangga yang mendaki dengan langkah perlukan kudrat buat aku risaukan kan mak...maklumlah dia ada penyakit...takut dia rebah terduduk..tapi MasyaAllah mak akuuu..dia panjat tak nampak penat puunn..walhal kat rumah asyik mengadu sakit sana sini...
Biasa tengok kan tempat ni..


Sampai kat atas tu aku cari mak...nampak ok ja...BERSAMBUNG...

Saturday, May 11, 2013

Peringatan dari mayat dan kubur..

 Sabtu 11 Mei 2013..8.31 malam lokasi masih sama.. 

Buku ke-empat untuk tahun ni yang baru tamatkan bacaannya.."Peringatan dari mayat dan kubur". Buku ni aku beli kat kedai mamak yang jadi rutin aku berkunjung setiap bulan..dapat murah sikit. Buku ni terbitan Utusan Karya..Memang aku suka baca buku-buku yang berkisah pasal mayat dan kubur ni..ada 32 kisah yang dipetik dari koleksi majalah Mastika..membaca buku seperti ini sedikit menginsafkan..banyak cerita yang di cungkil dari pengalaman pengurus jenazah,pengali kubur dan individu lain yang terlibat dengan jenazah..

Aku cuma terfikir dari cerita yang dikisahkan..kadang-kadang memang sukar nak diterima akal sebab kita tak pernah tengok dan alami sendiri tapi aku percaya kisah-kisah memang pernah berlaku..Dulu semasa Arwah ayah masih ada aku sempat tanya dia tentang pengalaman dia menjadi pengali kubur..Ayah memang seorang pengali kubur di kampung cuma seingat aku tak banyak yang dapat dia kongsikan biasa ja..atau mungkin aku tak pandai nak tanya dia maklumlah aku pun tak berapa nak faham sangat perkara ni..

Aku dah tak sempat nak cungkil lagi isu bab-bab kubur dan mayat, mungkin lepas ni tengok la bila dapat sembang dengan abang ipar aku..mungkin dia ada pengalaman..dia pun kadang -kadang orang minta gali kubur jugak. tapi tak lah sehebat ayah..OK jumpa lagi..Bacalah...
Cerita last adalah tentang Tok Adi tanah kubur..


Tuesday, May 7, 2013

Mudahkan jangan susahkan..

2 Mac 2013...Sabtu 7.31 malam...

Dah masuk bulan Mac dah..cepatnyaaa masa. Untuk post kali ni.aku imbas kembali apa yang aku lihat berkaitan satu prinsip pengurusan yang diamalkan oleh seorang ketua..Suatu ketika dulu ketika aku bersama "bekas bos" ke pejabat Canselori UUM..pada ketika itu terdapat beberapa orang sedang menunggu untuk suatu urusan..bertanya si bos kepada anak buahnya"Depa nak apa tu?.."depa cuma nak ambik maklumat program yang nak buat minggu depan" jawab si Petugas..."Bagi cepat jangan bagi depa tunggu" Itulah ungkapan yang buat aku kagum dengan pengurusan di situ ketika itu..

"Mudahkan jangan susahkan" karya penulis yang sempat aku jumpa masa Pesta buku 1 Malaysia dulu..tapi dek banyak sangat buku kat tangan, maka terlepaslah peluang aku untuk bersalaman,bertepuk tampar,bergurau senda dan bergusti lengan dengan Syed Alwi Al-Atas...buku ni aku baru habis baca..terbitan Galeri Ilmu dengan harga RM21.00..Buku ni best sebab banyak cerita dan kisah tauladan yang mampu mencerna otak untuk membiak sifat positif dalam diri..

Buku ini menyarankan kita untuk menghadapi permasalahan hidup dengan renungan mendalam tentang cara menghadapinya..jangan diberatkan otak dengan hal-hal yang kita tak pasti..mudahkan dan jangan menambah rumit sesuatu masalah itu dengan tindakan yang bodoh..kita harus bijak mengendalikannya..hidup itu mudah jika kita anggap mudah..tapi janganlah semua perkara kita ambik mudah pulak..

Aku kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh penulis yang aku ubahsuaikan mengikut pemahaman aku..suatu ketika penulis menziarah seorang tokoh terkenal..dirumah tokoh itu banyak sekali tingkap dan pintu yang dibiarkan terbuka dan memang tidak berkunci..dengan aset bernilai yang ada di rumah tersebut buat penulis terfikir..tidakkah ada kebimbangan atas kecurian atau kehilangan harta benda..tokoh itu menegaskan bahawa..jika nak mencuri biarlah..itu dah kerja mereka..ini tak patutlah jadi prinsip kita...


dan satu lagi kisah adalah mengenai seorang hamba Allah telah kehilangan sebentuk cincin suatu malam..ketika tercari-cari cincinya yang hilang di suatu kawasan lapang dengan disinari cahaya beliau didatangi seorang yang ingin membantu...puas mereka mencari tapi tak jumpa-jumpa..maka bertanyalah lelaki yang ingin membantu kepada lelaki yang kehilangan cincin tersebut.."Dimana tempat cincin tersebut jatuh...lelaki itu menunding jarinya kesebuah gudang berhampiran..habis kenapa cari di sini..tidak di gudang itu..tanya lelaki yang ingin membantu dengan rasa bengang..jawablah si lelaki kehilangan cincin.."saya cari kat sini sebab cerah senang nampak, kalau dalam gudang tu gelam , mana nampakkk..itulah kita janganlah ambik mudah sampai jadi bodoh macam ni ya...



Buku pertama di baca 2013..



Saturday, April 27, 2013

Padanya ada hikmah...

9 Mac 2013 jam 9.28 malam

Mengantuk lagi walau tidur petang ni..ok aku baru saja habis baca buku kedua untuk tahun ni.."Padanya ada hikmah" buku ni cuma RM 13.00 sahaja karangan Prof Muhaya dan Bahruddin Bekri..Mula-mula baca macam tak faham aku apa yang nak disampaikan..Ia ada lebih 30 kisah-kisah yang mewakili cerita dari seorang tukang cuci,pengawal keselamatan,jururawat,doktor pelatih,penjual herba dan beberapa orang watak dengan kisah yang saling berkait antara satu dengan lain..

Kisah-kisah yang dimuat banyak tentang hikmah kesakitan yang dialami oleh watak-wataknya..Tapi tak cukup kuat untuk meresap ke jiwa sepertimana buku yang aku baca sebelum ni..

Tapi aku tertarik pada satu situasi yang diungkapkan dalam sebuah kisah di dalamnya..penegasan yang dinyatakan adalah saranan agar kakitangan yang bekerja dihospital memastikan pesakit menunaikan solat walau sesukar mana sekalipun...aku setuju, kita dapat lihat jika jatuh sakit seolah-olah kita tak perlu solat..sedangkan islam itu mudah..baring pun boleh solat..

Dan yang paling aku perasan..makan tak lagi..mai makan..mai makan..tambah..tambah..tapi jarang kita dengar..dah sembahyang belum kamu ni..makan orang tanya..ajak tak mau..mau..tapi bab sembahyang tak pernah pun orang tanya..itulah yang berlaku..aku bukanlah alim sangat tapi benda tu aku terperasan berlaku...
Boleh la baca..


Monday, April 1, 2013

Diari seorang diplomat :hikmah yang tersirat..

01 April 2013,Isnin.. 8.41 malam lokasi yang biasa.

Dah masuk bulan April..post kali ni agak unik untuk aku kongsikan..pada satu ketika wife kongsikan dengan aku, satu blog yang dia baca di internet..Blog yang menceritakan kisah sang isteri yang kematian suami..

Aku hanya mendengar tanpa perasaan..dan wife aku bukanlah Sang Penglipur Lara atau Tok Dalang, wayang kulit Asun..Jadi ceritanya taklah menarik minat aku untuk menadah telinga..aku lebih senang menarik selimut...

Januari 2013, wife beli buku ni.."Diari seorang Diplomat: Hikmah yang tersirat" dan ketika itu, ketika kami di Pesta Buku 1 Malaysia, buku ini dilancarkan..Terkedu aku menatap karya Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd..yang tidak sempat menatap karyanya yang hebat..

Aku membaca dan terus membaca buku yang cukup menarik ini...ya sehingga aku lupa bahawa penulisnya sudah tiada...Buku ini lahir atas semangat dan kecekalan sang isteri meyempurnakan impian sang suami..

Buku ini adalah mengenai kehidupan seorang Diplomat yang bertugas di Pakistan..segala-gala tentang Pakistan dikongsikan..Menariknya seorang rakyat Pakistan berumur 24 tahun dengan bangga, riak dan sombongnya memberitahu bahawa dia tetap berpuasa walau   terpaksa hadir kuliah..sedangkan budak darjah satu di Malaysia pun berpuasa sama sepertinya.  

Aku insaf tentang istilah hidup dan kehidupan yang sementara di dunia ni...setelah helaian terakhir aku tamatkan..aku sedikit sebak..dan cuba masuk ke dalam situasi yang mereka alami..sedih..lalu aku layari "Nafastari" dan kemudian "Mawarnafastari" untuk satu nilai pada  emosi yang sukar aku gambarkan..kita hidup di satu tempat, ditinggalkan insan tersayang dan kita kembali ke situ untuk meninggalkanya..cukup menyedihkan..Al-Fatihah untuk penulis..

Yang pasti..yang pergi tetap pergi..yang tinggal teruskan berjuang..moga Puan Mawar tabah membesarkan Embun dan Kekwa...
Bacalah buku ni dan sedekahlah untuk  rohnya..

Wednesday, March 27, 2013

Pesta buku 2013...

18 Feb 2013 Isnin 8.08 Malam..kuarters

Hari ni aku hadir untuk satu bengkel anjuran UDM Kolej...aku bukan nak cerita hal tu...ini hal yang sebenarnya...
Banyakknyaaa bukuuu..

Semasa kat Pesta buku tahun lepas..pernah aku sebut kat wife"alangkah bestnya kalau kita beli buku dan ada van yang tunggu..mungkin doa la kot dan Allah makbulkan hasrat aku tu..Rancangan nak ke pesta buku 1 Malaysia yang berlangsung pada 30/1-3/2/2013 di PWTC ni agak kelam kabut...dengan kelam kabut aku juga telah terlepas untuk menyediakan "sesuatu" yang penting bagi menghalalkan secara teori rombongan kami...

Setelah siap semuanya kami bertolak dengan kenderaan jabatan ke PWTC pada 31  Februari jam 8.30 pagi. ...sampai jam 3.00 petang..petang tu jugak kami buat selection...buat pertama kali aku membawa keseluruhan staff Perpustakaan ke Pesta ni..bukan apa sekadar nak memberi pendedahan kepada staff baru..
Tahun lepas kat sini ada pidato pelajar sekolah dalam Mandarin

Entahlah ..memang aku tak jemu dengan buku..wife pun sama..kami ulat buku..cuma aku kadang2 jadi ulat daun..budget tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..kami habis dalam RM 300 beli buku..Apa pun memang enjoy bila dapat bawak team jalan2...memang tugas kami pun..
Membeli dan belah yang best..

1 Februari jam 4.00 petang kami bertolak pulang..moga2 tahun depan dapat lagi hadir di PWTC...bulan April nanti ada pesta buku Antarabangsa mungkin...budget dah...habissss.

Saturday, March 9, 2013

Jakarta aku datang..last part...

Hari ni 12 Februari 2013 Selasa..aku dah kerja balik selepas cuti tahun baru Cina..


24 Januari 2013 Khamis

Aku bangun awal macam sebelum ni.Solat Subuh jam 4.30 tengok tv dan tidur2 ayam..kampung. Jam 6.30 pintu diketuk.kali ni menu sarapan kami cuma roti sekilas donut bersama segelas teh.sedap teh tu..Jam 10.30 kami turun makan pagi...kira macam makan tengahari jugaklah..Jam 12.00 kami checkout..Taksi dah menunggu dan pemandu kali ni cukup ramah berbanding sebelumnya. Kami nak bergerak cepat untuk ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sebab tak nak melalui kesesakan sepertimana ketika mula sampai di Jakarta . Tapi baru teringat yang Indonesia sedang bercuti samutan Maulidurrasul jadi jalan taklah sesak sangat...jam 1.30 dah sampai lapangan terbang dan ckeck in beg. Sedang flight kami jam 3.45 petang..Jadi sempatlah lepak2 manja dan rehat2..
Menunggu untuk balik

Aku asyik membuang air kerap sungguh..punyalah tak nak guna toilet dalam flight..Kali ni kami naik Mandala...sama macam Lion Air jugakla...Kami sampai di LCCT jam 6.00 petang. Kemudian kami naik bas untuk ke KL Central jam 7.00 malam dan jam 8.15 kami naik teksi ke Hentian Duta..mungkin sebab letih dan menempuh kesukaran membawa muatan yang banyak dan berat...mak mertua aku terlentang semasa menaiki Eskalator mujur ada seorang wanita dibelakangnya..aku masa tu hanya mampu menunjuk kejadian itu kepada isteri dengan jari..aku pun masa tu cukup letih...sampai di Duta jam 8.45..kami makan...mungkin sebab tak makan mak aku jatuh..Kami naik bas Etika Eppress yang bertolak jam 10.00 malam...letih sungguh masa tu.Jam 1.15 pai singgah sat di Bukit Gantang..
Ada tempat untuk bunuh diri di belakang tu..
Masih menunggu..


Kami sampai Shahap Perdana jam 4.30 pagi..tamatlah rentetan perjalanan menimba pengalaman TAMMAT..

Tuesday, March 5, 2013

Jakarta aku datang..part 4

Jam 8.19 malam..hari Selasa 6 Februari 2013...

23 Januari 2013 RABU

Aku bangun awal 4.30 pagi selesa tidur kali ni..Lepas solat subuh aku tengok tv siaran Indonesia..antaranya Trans 7,TVRI dan No.TV, sesekali tengok rancangan di tv-tv nibest jugak sebab ada rancangan yang sedikit berbeza dengan rancangan tv di Malaysia.Cuma yang aku perasan rancangan beritanya cukup panjang jam 4.30 sampai jam 6.00 pagi tak habis lagi..

Jam 6.30 ada pelayan hantar sarapan pagi..ada teh indon dengan nasi goreng..aku rembat betul2 sebab  lapar..dan jam 7.00 pagi kami turun dari rumah tumpangan ni untuk naik kenderaan sewa keluaran Toyota dengan panggilan "Kijang Innova yang sedia menunggu kami sebab dah booking..tunggu lah dia..kami ke rumah sewa adik untuk menjemput "bibiknya" dan seorang rakan untuk turut serta ke Bandung..
Nasi goreng pagi tu..
Bekas kawah gunung berapi kan..

"berapa lama ya pak untuk ke Bandung"? itu soalan cepu emas aku tanya pada drebar tu..muda ja tapi aku bedal ja bapak pun bapak la.."kurang lebih 3 jam!!mak aii jauh jugak..Bapak ini dari mana ya? dia tanya aku..dari Malaysia...ooh Saya fikir dari Indonesia..omongnya serupa dari Indonesia..Tak lah saya bisa cuba-cuba aja pak..

Bila nak mai pulak tak tau la.
Perjalanan amat memenatkan jam 11.30 pagi kami sampai di "Taman Wisata Alam,Gunung Tangkuban Parahu",turun ja dari dari kereta sejuk sangat dan kami dikerumuni hampir berpuluh-puluh jurujual yang ingin menawarkan barang jualan mereka..mereka memujuk..memujuk dan mengkekori kemana saja kami pergi..macam kucing lapar ikan..

Yang kecik tu..kedai-kedai jual cenderahati
Tempat ni umpama Cameron Highland..ada bekas seperti gunung berapi...dan berbau pada udaranya sedikit busuk pada aku.menurut bibik tu..bau belerang..pada waktu tu ramai pelancong dari Malaysia..keadaan tempat berlereng dengan pemandangan yang indah..untuk orang yang baru kahwin tak sesuai datang sini..mesti tak boleh nak buat pa sebab sejuk sangat..he..he.. dah tu gerimis mengundang pulak..

kami bertolak pulang selepas sejam di sini tanpa membeli apa2..jam masa bertolak tu dalam 12.30 tengahari..untuk turun memang cepat..aku tengok kereta motor memang banyak..hon sentiasa berbunyi dan semua pemandu macam sporting..kalau kita di sini...bertumbuk tarik rambut dah..sampai satu simpang selepas lampu isyarat tu...bapak polisi telah menahan kenderaan kami..drebar keluar berbincang..lama jugak bincangnya..last2 drebar masuk dan mintak pinjam RS20,000..katanya pak polisi tu mintak..dia kata dia tak buat salah apa pun..polis tu kata dia bawak kereta ke kiri dan kejap ke kanan..tu ja kalau nak soal jawab pergi balai..tak nak bayar 20,000..faham tak..apa tu..RM 5.00 ja duit kita..terdesak kot..Drebar kata dia pinjam sekejap 20,000 nanti potong balik..kat sini kita sewa kenderaan dan bayar upah pemandu..tol,minyak penyewa tanggung..

Lokasi kedua, kami adalah "Pasar Baru Trade Centre Bandung" jam 2.30 baru sampai..tempat ni kononnya murah untuk beli barang buat "ole-ole" katanya..tak ubah macam Pekan Rabu..kami parking pada lantai atau tingkat 6..dah mula bershoping moping turun sampai lantai 2.."beli lagi pak..ada duit lagi...beli lagi pak"boleh beli lagi pak..ada duit lagi..macam tu la ayat power jurujual tu tengok pelancong-pelancong yang datang...kami keluar dari tempat tu jam 5.00 petang..singgah ni "Kartika Sari" beli manisan dan kuih..singgah makan di Restoran Kebayan yang menyajikan makanan Sunda..

6.30 bertolak balik ke Jakarta..melalui detik yang sama dan memenatkan..macet pulakkk...waduh bisa kelenguhan buntutku..macam nak lari keluar dari kenderaan tu..

Jam 10.30 malam baru sampai..waduhhh dari jam 7.00 pagi..bisanya...terus tidur lepas jamak solat..
BERSAMBUNG..    

Saturday, February 23, 2013

Jakarta aku datang ...part 3...

Sabtu 2 Februari 2013...8.34 malam..Dah masuk bulan dua dah..amboi cepat sungguh masa berlalu..

22 Januari 2013..Selasa.

Kat depan Malaysia Hall
4 Pagi aku dah bangun..mandi cepat-cepat sebab takut bertembung dengan pelajar2 yang menginap di bilik sebelah tu..cuma pagi6 ni aku terlewat sikit untuk solat subuh sebab dok confuse lagi..

Jam 7.00 pagi kami dah keluar untuk ke balai Sudirman bagi upacara penyerahan ijazah kedoktoran untuk adik ipar yang keluar lebih awal. Jadi kami ke Balai Sudirman dengan bantuan rakan adik.Cuma tak pasti Sudirman ni Sudirman Malaysia atau Indonesia..Taksi dah menunggu kami..Pemandunya aku5 tengok sering membantu penumpang untuk masukkan beg atau apa2 barang ke dalam teksi..di Malaysia.."abang tolong ambik beg,baru dia tolong" 
Dalam Balai Sudirman

Bila sampai kat Balai Sudirman.tetamu dah ramai. Ada beberapa orang Jurukamera yang asyik shoot gambar kami..dah tau dah...kena ni..Masuk selepas di iring aku tengok biasa ja.tempat duduk adalah berdasarkan no kad jemputan..69..memang nama untuk adik ipar aku..hanya untuk dua orang..mak duduk kat tempat rakan adik yang keluarganya tak dapat hadir..
Mak dan adik

Majlis bermula dengan nyayian lagu "Indonesia Raya" pas tu adalah ucapan -ucapan dari pentadbir tertinggi Universitas seramai 99 orang graduan dengan kebanyakannya orang indon hanya 12 orang pelajar Malaysia..upacara mengangkat sumpah dan doa dibuat dalam versi mengikut agama..mula dengan Islam, Kristian ,Hindhu dan Budha...selepas tu 99 pelajar dipangil seorang demi seorang..setiap kali pelajar naik pentas ibu dan bapak pelajar diminta berdiri..sampai part aku dan wife..kami buat dek ja..yalah mak mertua aku yang kena bangun, semua tetamu tengok kami..ah lantak lah..dan satu perkara nampak  sagat kami orang Malaysia adalah wife pakai baju kurung aku pakai kemeja..bapak2 dan ibu2 putera -puteri pelajar indon siap blazer dengan tali leher atau batik jawa, yang ibu2 pakai baju stail jawa dengan sanggul tebuan ramping pada pinggang dan tertonggek-tonggek ketatnya..muda tak pa juga 50 lebih  aku rasa.
Kat depan hotel...

Aku perasan doa majlis dia tak baca  masa mula majlis. kat nak tamat baru di jemput seorang Dr. yang mungkin seorang ustaz kot..dia steady ja jalan perlahan-lahan dan baca doa. slow dan steady ja..tiba2.. kedebum dia terlentang dan rebah..kelam kabut..aku ingat dia berlakon drama indon..pas 15 minit dia bangun slow dan steady jugak..

Majlis tamat jam 1 petang sebelum makan secara layan diri..keluar dewan kameraman tadi dok pulun bagi gambar..30 rupiah untuk beberapa keping..kami tak ambik pun..bengang mamat tu..bapak kasi ja berapa ja pak..pas kami tak nak..mula2 dia cakap 30 ribu..Jam 1.30 kami pulang ke Malaysian Hall..kami nak pindah dah booking hotel. tak tahan tilam keras... 

Kami sampai ke rumah penginapan "Tomang Puri dalam daerah Tomang..kami disajikan permadangan seperti sebelumnya. bilik di sini ok lah. dapat tengok tv siaran indon selesa gak la.Jam 6.00 kami turun makan kat restoran bersebelahan hotel..malam singgah sat beli barang keperluan di kedai apa tah macam 7eleven di sini..dan gas memasak depa aku tengok kontot ja..yang 14 kilo ada la yang kontot tu tak tau la pulak berapa kilo..

jam 10.00 aku tido..letih..
BERSAMBUNG.     

Monday, February 18, 2013

Jakarta aku datang...Part 2

Hari ni 30 Januari 2013 hari  Rabu dan sekarang jam 8.56 malam..

tu waktu sebenar aku menulis dan paparan post ni tengoklah kat atas tu..saja nak peram dulu kisah ni..

21 Januari 2013 Isnin 4.30 pagi..

Aku dah bangun selepas dua jam lelap mata..walaupun mula tidur jam 10.00 dalam jam 2.00 pagi aku dah terjaga..yang buat aku sangat risau adalah untuk memenuhi "keperluan domestik aku" yang ni aku cukup jaga..Jadi jam 6.00 pagi kami dihantar biras ke KLIA..membelah kedinginan pagi dalam keadaan yang senyap sunyi dan lenggang..sampai kat KLIA dah 6.50 pagi..selepas urusan check in beg kami melilau sekejap sebelum naik train untuk ke balai berlepas..keadaan serba canggih di KLIA memudahkan kami terus ke perut kapal terbang Lion Air..sebelum tu pemeriksaan keselamatan ketat la juga..siap kena buka tali pinggang..mujur seluar depa tak minta buka sama...

Demontrasi keselamatan dari pramugari kurus melidi tu buat aku macam tengok citer kartoon plak..7.50 kami pun terbanglah ke Jakarta..sedikit bosan..untuk hilang bosan kerap pula si pramugari2 tu dok lengang lenggok tepi aku..aduhai tengok payah tak tengok rugi plak..jam  9.45 pagi bila roda flight tu cecah bumi indon legaaa..sampai juga ..aku kata dalam perut..
Penumpang2 ni pulak tergedik2 dak turun..bengang gak aku macam la depa saja nak turun dan macam la depa naik beca nak cepat2.. terjun la nak patah kaki..kami tunggu bas untuk ambik penumpang dan di bawa ke balai ketibaan..masa nak cop pasport tu Bapak imegresen tu tanya aku..Armada apa ya pak? haa!! tercengang aku kaget sekejap..apa dia ni tanya..Aku toleh adik ipar..Lions Air..lions air..Ooooo..

Kami naik "Taksi" dari Lapangan Kapal Terbang Soekarno-Hatta tu..daif sikit dari KLIA..Teksi  ni macam ka Msia jugak la..cuma bila masuk highway dia mula sesak..sesak sangat..Ada 4 lorong sebelah sini 4 lorong sebelah sana tapi tetap sesak..Pemandu pasang radio..kedengaran penyampai radio melaporkan..keadaan di Jakarta "macet" bangat...laporan pasal banjir tu agak unik..dari seorang penyampai yang melaporkan pada satu kawasan di hubungkan pula dengan rakan dari kawasan yang satu lagi..kemudian DJ radio ni contact pula rakan penyampai dari satu lagi kawasan last2 depa dok lawan melapor lawan tanya lawan ulas...yang jadi pening orang dok dengar ni..punya la besar rangkaian radio depa...tangki aku pula penuh..macet..macet lagi..dah tu iklan radio yang berulang ulang tu asyik dok kata..waduhh banjirrr..banjir lagi..iklan pampers..aku pun masa tu nak terkencing sangat..waduhhh banjirr..banjirr lagi.

Jam 11.30 baru sampai ke lokasi penginapan kami..Malaysia Hall Jakarta..adik ipar tempah..tempat ni khas untuk pelajar2 Malaysia yang menuntut di sekitar Jakarta terutamanya Univesiti Trisakti..bilik 105 kami dapat..tapi kena kongsi bilik air dengan pelajar dibilik 104..pelajar pompuan plak tu...Aku tengok ada pantri untuk kegunaan pelajar..ada banyak roti biskut dan donut atas meja behampiran pantri tu..ingatkan harta benda pelajar2 tu..rupanya2  ada pelajar tu bagitau memang makanan2 tu untuk di makan oleh penginap di situ..maksudnya? akuuu.yesss 4 biji donut free aku belasah..budak2 tu aku di maklumkan dok di rumah sewa masing2 tapi dah banjir mereka ditumpangkan sementara di situ dan ketika kami masuk tu pun depa dah diarah balik ke rumah sewa masing coz banjir dah makin pulih..


Bertuahnya Pelajar Malaysia di sini makan dapat..krim mandian pun disediakan..kami keluar sat cari nasi sebab dari pagi tak makan apa..sembang2 dengan bapak pengawal keselamatan kat pintu utama tu..dia tunjukkan kedai makan di sebelah tempat tu..unik di sini bila aku tengok gerai2 jualan beroda dua xbersaiz 2x4 kaki yang banyak menghiasi kaki lima jalan..cuma agak kotor sedikit persekitarannya..tengok pulak tauge kontot dan bau gulai yang berasaskan masakan padang buat selera aku melarikan diri..ikan pun nampak pelik je..yang tak pelik telur..haa sama la macam kat malaysia..haa yang tu la aku makan dengan sedikit kuah dari gulai nangka yang rasa macam cempedak muda..
Kat dalam taksi yang macet..

Kat sini aku mulanya nya sukar skit nak tentukan waktu solat nak kena tengok tv baru tau..ada masjid tapi tak jelas azannya..7.30 jam kat handset aku..6.30 kat jam dinding di ruang rehat tu..masa tu la aku solat maghrib..masuk bilik tilam tu agak  keras dan buat belakang aku sakit..rasa macam belakang tertolak ke depan..jam 9.00 aku dah zzzzz..walaupun tilam keras bangat..BERSAMBUNG.
Jurujual jalanan di lebuh raya..

Jakarta aku datang..part 1

Hari ni 29 Januari 2013 hari Selasa dan sekarang jam 6.47 petang...

Untuk post kali ni aku masukan dalam draf dulu jadi waktu sebenar aku publish citer ni adalah waktu kat atas tu..

Kali ni ingin sekali aku kongsikan pengalaman aku menjejak Jakarta untuk kenang-kenangan aku sendiri pada masa depan. dan mungkin untuk sesiapa sahaja yang inginkan maklumat yang berkaitan..Aku suka ceritakan secara detail sebab aku lurus dan kadangkala bendul sikit sebab tu banyak orang suka ambik kesempatan..ok sebenarnya rancangan nak ke Jakarta ni bermula sejak tahun 2012 lagi. Aku diajak untuk menghadiri majlis penganugerahan ijazah kedoktoran adik ipar yang dijangka awal Januari 2013..

Jadi urusan menyiapkan pasport juga telah memberikan moment yang indah cuma terlupa dah apa yang boleh dimerapukan kat sini..

20 Januari 2013 hari Ahad, takkala semua orang sempoi dok bercuti sempena hari keputeraan sultan Kedah..Aku,wife dan mak mertua naik bas kat Shahap Perdana jam 10.45 pagi. Tiket bas dari Syarikat Starmart yang langsung tak pernah aku dengar nama buat aku tertekan..Adik ipar yang belikan..apa tidaknya Gurun dia singgah, SP dia singgah Butterworth pun singgah..dah tu behenti kat stesyen minyak ja..yang berlambak RnR dia tak singgah pun, orang nak makan, nak sembahyang langsung dia tak pikiaq dah tu dok pasang lagu klasik untuk halwa telinga dia..macam dia seorang dalam bas tu..jadi moral dari bebelan aku ni adalah..LAIN KALI BELI SENDIRI..

Sebenarnya kami ke kl untuk singgah dan bermalam di rumah biras aku di Pandan Indah...sebab eoknya baru nak naik flight ke Jakarta..kami sampai jam 7.00 kat Pudu..Pudu pun dah cantik tapi pada aku tetap merimaskan..sebelum di jemput biras kami sempat menukar duit terlebih dahulu..Aku tukar ke mata wang Indonesia menjadikan aku jutawan segera 2.2 juta aku dapat. Kami sampai kat Pandan Indah pun dah jam 7.45 malam..biras aku ni berketurunan India Muslim jadi masuk ja rumah depa dah bau nasi minyak dan gulai kambing..memang masa tu lapar sangat tapi kena la control.

Adat mereka amat memuliakan tetamu jadi kami makan dulu..tuan rumah akan makan kemudian..masa makan jam 8.30 tu..aku tambah sekali..laparrr..tapi aku tau sebab aku pernah kena..tuan rumah mai round dan tengok kita makan dan dia suruh kita tambah nasi bila kita asyik angguk angguk ja..apalagi dia mai ambik senduk dan bubuh nasi berlambak dalam pinggan kita..haaa aku kena dah masa makan dirumah anak mami Penang masa belajar kat Perda dulu..
Walaupun ada tv sreen 42 inci tapi mungkin bukan kesesuaian bagi mereka bila ada tetamu untuk tengok tv..masa tu aku teringin sangat nak dengar berita tentang banjir yang melanda    Jakarta..Dek letih jam 10.00 malam aku tidor sebab aku nak kena bangun awal untuk ke KLIA..Bersambung....(Memang tiada lagi gambar masa ni)

Thursday, January 10, 2013

Selamat Tahu Baru..Rasanya tak lewat lagi..apapun hari ni dah 11 Januari 2013 jam 8.07 minit pagi dan buat pertama kalinya aku menulis dalam blog pada pagi Jumaat..Dulu pagi Jumaat macam nilah aku luangkan masa untuk tulis diari... cuma sejak sakit dan mendirikan "rumah dan tangga"  aku semakin sibuk ,rumah dapat urus..cuma tangga kadang2 tak sempat. Minggu ni aku tak balik kampung sebab tak sihat,wife pun tak sihat..cuma cicak kat kuarters ni ja yang sihat..banyak pula sumber protien yang dia dapat..Aku kena setlekan bilik2 yang baru saja dinaik taraf di kuarters ni..nak kena bersihkan sikit..nak baca buku dan nak rehatkan badan sebab tu malas nak balik kampung..

Dan dari sudut kerjaya Alhamdullillah dah ada banyak perancangan,program yang akan dilaksanakan untuk Perpustakaan Hamzah Fansuri dalam tahun 2013 ni....semakin lama semakin jelas dan terancang apa yang perlu aku selesaikan sebagai seorang yang mengendalikan sebuah Perpustakaan...

Azam tahun lepas biarlah berlalu..dan azam tahun ni ada laa...nak pimjam sat lagu dato' Siti...biarlah rahsia..
ok selamat tahun baru untuk semua yang terfollow,memfollow blog yang hampir berusia dua tahun ni...