Hari ni 30 Januari 2013 hari Rabu dan sekarang jam 8.56 malam..
tu waktu sebenar aku menulis dan paparan post ni tengoklah kat atas tu..saja nak peram dulu kisah ni..
21 Januari 2013 Isnin 4.30 pagi..
Aku dah bangun selepas dua jam lelap mata..walaupun mula tidur jam 10.00 dalam jam 2.00 pagi aku dah terjaga..yang buat aku sangat risau adalah untuk memenuhi "keperluan domestik aku" yang ni aku cukup jaga..Jadi jam 6.00 pagi kami dihantar biras ke KLIA..membelah kedinginan pagi dalam keadaan yang senyap sunyi dan lenggang..sampai kat KLIA dah 6.50 pagi..selepas urusan check in beg kami melilau sekejap sebelum naik train untuk ke balai berlepas..keadaan serba canggih di KLIA memudahkan kami terus ke perut kapal terbang Lion Air..sebelum tu pemeriksaan keselamatan ketat la juga..siap kena buka tali pinggang..mujur seluar depa tak minta buka sama...
Demontrasi keselamatan dari pramugari kurus melidi tu buat aku macam tengok citer kartoon plak..7.50 kami pun terbanglah ke Jakarta..sedikit bosan..untuk hilang bosan kerap pula si pramugari2 tu dok lengang lenggok tepi aku..aduhai tengok payah tak tengok rugi plak..jam 9.45 pagi bila roda flight tu cecah bumi indon legaaa..sampai juga ..aku kata dalam perut..
Penumpang2 ni pulak tergedik2 dak turun..bengang gak aku macam la depa saja nak turun dan macam la depa naik beca nak cepat2.. terjun la nak patah kaki..kami tunggu bas untuk ambik penumpang dan di bawa ke balai ketibaan..masa nak cop pasport tu Bapak imegresen tu tanya aku..Armada apa ya pak? haa!! tercengang aku kaget sekejap..apa dia ni tanya..Aku toleh adik ipar..Lions Air..lions air..Ooooo..
Kami naik "Taksi" dari Lapangan Kapal Terbang Soekarno-Hatta tu..daif sikit dari KLIA..Teksi ni macam ka Msia jugak la..cuma bila masuk highway dia mula sesak..sesak sangat..Ada 4 lorong sebelah sini 4 lorong sebelah sana tapi tetap sesak..Pemandu pasang radio..kedengaran penyampai radio melaporkan..keadaan di Jakarta "macet" bangat...laporan pasal banjir tu agak unik..dari seorang penyampai yang melaporkan pada satu kawasan di hubungkan pula dengan rakan dari kawasan yang satu lagi..kemudian DJ radio ni contact pula rakan penyampai dari satu lagi kawasan last2 depa dok lawan melapor lawan tanya lawan ulas...yang jadi pening orang dok dengar ni..punya la besar rangkaian radio depa...tangki aku pula penuh..macet..macet lagi..dah tu iklan radio yang berulang ulang tu asyik dok kata..waduhh banjirrr..banjir lagi..iklan pampers..aku pun masa tu nak terkencing sangat..waduhhh banjirr..banjirr lagi.
Jam 11.30 baru sampai ke lokasi penginapan kami..Malaysia Hall Jakarta..adik ipar tempah..tempat ni khas untuk pelajar2 Malaysia yang menuntut di sekitar Jakarta terutamanya Univesiti Trisakti..bilik 105 kami dapat..tapi kena kongsi bilik air dengan pelajar dibilik 104..pelajar pompuan plak tu...Aku tengok ada pantri untuk kegunaan pelajar..ada banyak roti biskut dan donut atas meja behampiran pantri tu..ingatkan harta benda pelajar2 tu..rupanya2 ada pelajar tu bagitau memang makanan2 tu untuk di makan oleh penginap di situ..maksudnya? akuuu.yesss 4 biji donut free aku belasah..budak2 tu aku di maklumkan dok di rumah sewa masing2 tapi dah banjir mereka ditumpangkan sementara di situ dan ketika kami masuk tu pun depa dah diarah balik ke rumah sewa masing coz banjir dah makin pulih..
Bertuahnya Pelajar Malaysia di sini makan dapat..krim mandian pun disediakan..kami keluar sat cari nasi sebab dari pagi tak makan apa..sembang2 dengan bapak pengawal keselamatan kat pintu utama tu..dia tunjukkan kedai makan di sebelah tempat tu..unik di sini bila aku tengok gerai2 jualan beroda dua xbersaiz 2x4 kaki yang banyak menghiasi kaki lima jalan..cuma agak kotor sedikit persekitarannya..tengok pulak tauge kontot dan bau gulai yang berasaskan masakan padang buat selera aku melarikan diri..ikan pun nampak pelik je..yang tak pelik telur..haa sama la macam kat malaysia..haa yang tu la aku makan dengan sedikit kuah dari gulai nangka yang rasa macam cempedak muda..
Kat sini aku mulanya nya sukar skit nak tentukan waktu solat nak kena tengok tv baru tau..ada masjid tapi tak jelas azannya..7.30 jam kat handset aku..6.30 kat jam dinding di ruang rehat tu..masa tu la aku solat maghrib..masuk bilik tilam tu agak keras dan buat belakang aku sakit..rasa macam belakang tertolak ke depan..jam 9.00 aku dah zzzzz..walaupun tilam keras bangat..BERSAMBUNG.
Jurujual jalanan di lebuh raya.. |
No comments:
Post a Comment