Jam 8.19 malam..hari Selasa 6 Februari 2013...
23 Januari 2013 RABU
Aku bangun awal 4.30 pagi selesa tidur kali ni..Lepas solat subuh aku tengok tv siaran Indonesia..antaranya Trans 7,TVRI dan No.TV, sesekali tengok rancangan di tv-tv nibest jugak sebab ada rancangan yang sedikit berbeza dengan rancangan tv di Malaysia.Cuma yang aku perasan rancangan beritanya cukup panjang jam 4.30 sampai jam 6.00 pagi tak habis lagi..
Jam 6.30 ada pelayan hantar sarapan pagi..ada teh indon dengan nasi goreng..aku rembat betul2 sebab lapar..dan jam 7.00 pagi kami turun dari rumah tumpangan ni untuk naik kenderaan sewa keluaran Toyota dengan panggilan "Kijang Innova yang sedia menunggu kami sebab dah booking..tunggu lah dia..kami ke rumah sewa adik untuk menjemput "bibiknya" dan seorang rakan untuk turut serta ke Bandung..
"berapa lama ya pak untuk ke Bandung"? itu soalan cepu emas aku tanya pada drebar tu..muda ja tapi aku bedal ja bapak pun bapak la.."kurang lebih 3 jam!!mak aii jauh jugak..Bapak ini dari mana ya? dia tanya aku..dari Malaysia...ooh Saya fikir dari Indonesia..omongnya serupa dari Indonesia..Tak lah saya bisa cuba-cuba aja pak..
Bila nak mai pulak tak tau la. |
Yang kecik tu..kedai-kedai jual cenderahati |
kami bertolak pulang selepas sejam di sini tanpa membeli apa2..jam masa bertolak tu dalam 12.30 tengahari..untuk turun memang cepat..aku tengok kereta motor memang banyak..hon sentiasa berbunyi dan semua pemandu macam sporting..kalau kita di sini...bertumbuk tarik rambut dah..sampai satu simpang selepas lampu isyarat tu...bapak polisi telah menahan kenderaan kami..drebar keluar berbincang..lama jugak bincangnya..last2 drebar masuk dan mintak pinjam RS20,000..katanya pak polisi tu mintak..dia kata dia tak buat salah apa pun..polis tu kata dia bawak kereta ke kiri dan kejap ke kanan..tu ja kalau nak soal jawab pergi balai..tak nak bayar 20,000..faham tak..apa tu..RM 5.00 ja duit kita..terdesak kot..Drebar kata dia pinjam sekejap 20,000 nanti potong balik..kat sini kita sewa kenderaan dan bayar upah pemandu..tol,minyak penyewa tanggung..
Lokasi kedua, kami adalah "Pasar Baru Trade Centre Bandung" jam 2.30 baru sampai..tempat ni kononnya murah untuk beli barang buat "ole-ole" katanya..tak ubah macam Pekan Rabu..kami parking pada lantai atau tingkat 6..dah mula bershoping moping turun sampai lantai 2.."beli lagi pak..ada duit lagi...beli lagi pak"boleh beli lagi pak..ada duit lagi..macam tu la ayat power jurujual tu tengok pelancong-pelancong yang datang...kami keluar dari tempat tu jam 5.00 petang..singgah ni "Kartika Sari" beli manisan dan kuih..singgah makan di Restoran Kebayan yang menyajikan makanan Sunda..
6.30 bertolak balik ke Jakarta..melalui detik yang sama dan memenatkan..macet pulakkk...waduh bisa kelenguhan buntutku..macam nak lari keluar dari kenderaan tu..
Jam 10.30 malam baru sampai..waduhhh dari jam 7.00 pagi..bisanya...terus tidur lepas jamak solat..
BERSAMBUNG..
No comments:
Post a Comment