Hari ni 29 Januari 2013 hari Selasa dan sekarang jam 6.47 petang...
Untuk post kali ni aku masukan dalam draf dulu jadi waktu sebenar aku publish citer ni adalah waktu kat atas tu..
Kali ni ingin sekali aku kongsikan pengalaman aku menjejak Jakarta untuk kenang-kenangan aku sendiri pada masa depan. dan mungkin untuk sesiapa sahaja yang inginkan maklumat yang berkaitan..Aku suka ceritakan secara detail sebab aku lurus dan kadangkala bendul sikit sebab tu banyak orang suka ambik kesempatan..ok sebenarnya rancangan nak ke Jakarta ni bermula sejak tahun 2012 lagi. Aku diajak untuk menghadiri majlis penganugerahan ijazah kedoktoran adik ipar yang dijangka awal Januari 2013..
Jadi urusan menyiapkan pasport juga telah memberikan moment yang indah cuma terlupa dah apa yang boleh dimerapukan kat sini..
20 Januari 2013 hari Ahad, takkala semua orang sempoi dok bercuti sempena hari keputeraan sultan Kedah..Aku,wife dan mak mertua naik bas kat Shahap Perdana jam 10.45 pagi. Tiket bas dari Syarikat Starmart yang langsung tak pernah aku dengar nama buat aku tertekan..Adik ipar yang belikan..apa tidaknya Gurun dia singgah, SP dia singgah Butterworth pun singgah..dah tu behenti kat stesyen minyak ja..yang berlambak RnR dia tak singgah pun, orang nak makan, nak sembahyang langsung dia tak pikiaq dah tu dok pasang lagu klasik untuk halwa telinga dia..macam dia seorang dalam bas tu..jadi moral dari bebelan aku ni adalah..LAIN KALI BELI SENDIRI..
Sebenarnya kami ke kl untuk singgah dan bermalam di rumah biras aku di Pandan Indah...sebab eoknya baru nak naik flight ke Jakarta..kami sampai jam 7.00 kat Pudu..Pudu pun dah cantik tapi pada aku tetap merimaskan..sebelum di jemput biras kami sempat menukar duit terlebih dahulu..Aku tukar ke mata wang Indonesia menjadikan aku jutawan segera 2.2 juta aku dapat. Kami sampai kat Pandan Indah pun dah jam 7.45 malam..biras aku ni berketurunan India Muslim jadi masuk ja rumah depa dah bau nasi minyak dan gulai kambing..memang masa tu lapar sangat tapi kena la control.
Adat mereka amat memuliakan tetamu jadi kami makan dulu..tuan rumah akan makan kemudian..masa makan jam 8.30 tu..aku tambah sekali..laparrr..tapi aku tau sebab aku pernah kena..tuan rumah mai round dan tengok kita makan dan dia suruh kita tambah nasi bila kita asyik angguk angguk ja..apalagi dia mai ambik senduk dan bubuh nasi berlambak dalam pinggan kita..haaa aku kena dah masa makan dirumah anak mami Penang masa belajar kat Perda dulu..
Walaupun ada tv sreen 42 inci tapi mungkin bukan kesesuaian bagi mereka bila ada tetamu untuk tengok tv..masa tu aku teringin sangat nak dengar berita tentang banjir yang melanda Jakarta..Dek letih jam 10.00 malam aku tidor sebab aku nak kena bangun awal untuk ke KLIA..Bersambung....(Memang tiada lagi gambar masa ni)
No comments:
Post a Comment