01 April 2013,Isnin.. 8.41 malam lokasi yang biasa.
Dah masuk bulan April..post kali ni agak unik untuk aku kongsikan..pada satu ketika wife kongsikan dengan aku, satu blog yang dia baca di internet..Blog yang menceritakan kisah sang isteri yang kematian suami..
Aku hanya mendengar tanpa perasaan..dan wife aku bukanlah Sang Penglipur Lara atau Tok Dalang, wayang kulit Asun..Jadi ceritanya taklah menarik minat aku untuk menadah telinga..aku lebih senang menarik selimut...
Januari 2013, wife beli buku ni.."Diari seorang Diplomat: Hikmah yang tersirat" dan ketika itu, ketika kami di Pesta Buku 1 Malaysia, buku ini dilancarkan..Terkedu aku menatap karya Allahyarham Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd..yang tidak sempat menatap karyanya yang hebat..
Aku membaca dan terus membaca buku yang cukup menarik ini...ya sehingga aku lupa bahawa penulisnya sudah tiada...Buku ini lahir atas semangat dan kecekalan sang isteri meyempurnakan impian sang suami..
Buku ini adalah mengenai kehidupan seorang Diplomat yang bertugas di Pakistan..segala-gala tentang Pakistan dikongsikan..Menariknya seorang rakyat Pakistan berumur 24 tahun dengan bangga, riak dan sombongnya memberitahu bahawa dia tetap berpuasa walau terpaksa hadir kuliah..sedangkan budak darjah satu di Malaysia pun berpuasa sama sepertinya.
Aku insaf tentang istilah hidup dan kehidupan yang sementara di dunia ni...setelah helaian terakhir aku tamatkan..aku sedikit sebak..dan cuba masuk ke dalam situasi yang mereka alami..sedih..lalu aku layari "Nafastari" dan kemudian "Mawarnafastari" untuk satu nilai pada emosi yang sukar aku gambarkan..kita hidup di satu tempat, ditinggalkan insan tersayang dan kita kembali ke situ untuk meninggalkanya..cukup menyedihkan..Al-Fatihah untuk penulis..
No comments:
Post a Comment