SELAMAT DATANG

Sunday, December 11, 2022

Coffee Breaks VS Let's Read and Drinks

Malam ni dibawah tarikh 16 Oktober 2019..Aku bersiaran lagi.Kali ini suka aku kongsikan sedikit perjalanan aktiviti yang aku jalankan di Perpustakaan ini. Nama aktiviti mudah ja"COFFEE BREAKS"...Ramai yang suka sebenarnya..banyak pujian dalam diam,cuma sukar mengungkapkan. Apa pun tak kisahlah..Tapi aktiviti ni menuntut sedikit pengorbanan. Ini bukan idea aku, tapi dilaksanakan oleh sebuah universiti dan beberapa buah perpustakaan yang mewakili institusi2 tertentu, aku ikut dan mengubah sedikit mengikut kesesuaian.

Di sini aktiviti ni aku laksanakan hanya sempena minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan sahaja.Mulanya dulu, aku akan sediakan biskut,gula,kopi dan bekas minuman sahaja..Bajet jangan tanya..ia keluar dari poket sendiri. Jumlahnya tak lah banyak dalam RM 50.00 -RM 100.00 macam tu.Dalam setahun aku akan buat pada bulan April dan Oktober..bergantung kepada tempoh peperiksaan kolej

Dan mulanya dulu, bukan aku yang kendalikan..Staf!!tetapi kini keadaan telah terbalik..aku pula yang bertugas dan staf pula yang bergoyang di rumah.Ahhhh biarlah kita berbicara di Akhirat..Jadi oleh kerana adanya roh dari sebuah keikhlasan,niat yang baik itu..pastinya Allah akan mudahkan perjalanan.Aku istikhomah untuk satu aktiviti santai yang membahagia iaitu memberi orang makan.Ya Allah mudahkan.Jika dulu duit dari poket,kini sudah ada bajet walaupun sedikit dan pastinya bila dana itu habis dan duit poket kembali mengalir, aku tak pernah kisah.ini mungkin sumbanganku untuk tabung akhirat.

Jadi..inilah yang ingin aku kongsi..jika dulu staf akan bancuh kopi di pantri library.aku tak...aku bergegas balik jam 4.30 petang..jangan salah faham..aku masuk 7.30 pagi...sampai ja dirumah biasanya jam 5.30 petang..terus mandi,tukar baju,solat asar..makan malam..dan bantu isteri yang turut membantu..mujur isteri ku tak banyak karenah, walaupun dia sendiri letih..dia siapkan kopi satu bekas besar,teh tarik satu bekas besar,kuah sardin,kuah kacang panggang,roti dan kaya berperisa pandan dan kelapa yang memang dia tak buat tapi kami beli..dah ada bajet takkanlah biskut dan kopi lagi yang nak disaji..
Tepat jam 6.15  petang aku memandu terus ke kolej..dan sampai sekitar 7.15 malam..Library harus ku buka tepat jam 8.00 malam..dan waktu ini..Library di tingkat dua..sunyi sepi..gelap gelita..tengok tiang putih pun kita rasa semacam ja..library bukan dilobi..Aku akan buka semua lampu..aircond..aku seorang diri selepas memakir kereta..perlu mengusung ke tingkat dua...dua bekas minuman..satu beg kuah sardin..kacang dan sebagainya Jam 8.45 semua menu ini aku perlu hidangkan..sehingga jam 10.30 malam...aku seorang diri dengan hanya bertangan kiri..

Namun, Lafaz "TERIMA KASIH TUAN...cukup...cukup..cukup untuk merasa puas yang aku lakukan.

Simpati dari sang pemberi

kisah satu..

Tak silap masa tu aku bekerja di sebuah stesen minyak Shell di Lencong Barat(stesen tu baru saja dirobohkan) gaji aku masa tu RM 10.00 satu hari...dan tahun tu 1998.Masa tu belum ada layan diri jika hendak mengisi minyak..Jadi rutin aku..adalah mengisi minyak ke kenderaan pelanggan.jam 7.00 pagi membawa ke jam 3.00 petang dan kekadang 3.00 petang ke 7.00 malam..Masih aku ingat satu hari tu..datang seorang makcik mengisi minyak pada kenderaannya..dia minta aku isi RM 30.00 lalu memberi RM 50.00 kepada aku..selepas minyak diisi bakinya aku beri kepadanya semula..tetapi dia menolak dan memberi baki RM 20.00 tersebut sebagai sedekah..aku cakap.."makcik!! tak payah..tak payah..saya dapat gaji dah..dia cakap ambik..ambik..makcik sedekah.

Kisah dua..

November 2008.. sedih sungguh aku malam tu..jiwa resah gelisah 

Monday, October 14, 2019

Derita Seorang Insan..

Hari ni,Isnin 14 Oktober 2019..Sudah dua semester aku bertugas disebelah malam dari jam 8.00 sehingga 11.00 malam sempena minggu peperiksaan. Sememangnya bukan tugas aku sebagai penjawat awam atas kapasiti 41/44. Sem lepas ada staf yang sentap bila di tegur. terus buat alasan melepaskan diri. kali ni semua staf mencipta alasan untuk sekali lagi melepas diri..maka terpaksalah aku, atas dasar tanggungjawab dan profesionalisma memikul derita ini.. Mana aku nak letak muka jika perkara ini di ketahui oleh rakan pustakawan  atau Perpustakaan Negara sendiri.Memang aku gagal memimpin manusia-manusia yang Allah utus untuk mengujiku. sebab tu aku berhajat jika umur ku panjang aku ingin membela lembu semasa pencen nanti.

bukan niat nak mengungkit, cuma bila tak dikongsikan deritanya tiada siapa yang tahu..Aku tidak boleh menuntut apa-apa dari apa yang aku lakukan. Cuma sedaya upaya untuk ikhlas menyumbang jasa..hukum dunia, manusia sanggup apa saja jika ada habuanya.bukan senang. ketika diari ini aku tulis..aku telah berkerja sejak jam 7.30 pg lagi dan ketika ini jam menunjukkan 8.19 malam..Sehingga jam 11.00 malam nanti, barulah aku boleh melangkah pulang sehingga sampai di rumah pada jam 12.00 malam berbuka tadi pun hanya berbekal roti dan minuman kotak, badan terasa tengit, mungkin boleh melelapkan mata sekitar 1 pagi..Esoknya 4.30 pagi jam loceng yang setia itu akan berdering lagi, untuk hari baru yang berulang..ahhhh penatnya dan letihnya aku.Sanggupkah kalian.

Sebenarnya, lemahnya aku adalah kerana aku terlalu bertolak ansur,beralah pada keadaan dan membiarkan orang yang pandai bercakap,pandai berlakon didepan orang,pandai bermuka-muka dan bijak mengadu domba mengambil kesempatan. memikirkan masa depan keluarga,ibu yang masih ada,keluarga yang perlukan sokongan,kerjaya yang aku bina dengan nilai-nilai yang baik..membuat kan aku hanya mampu bersabar..menelan dengan pedihnya bila ada manusia yang menghina aku,mempertikaikan kredibiliti aku tanpa sedikit pun sedar bahawa dia juga manusia biasa yang semakin hina dipandang orang.Hanya kesabaran yang tinggal..akal sering menasihatkan aku supaya sabar..sabar dan sabar..sebab aku kenangkan buruk padahnya jika emosi diikuti..
jika sabar dibuang ketepi..emosi dituruti pastinya ada yang akan mati.Dulu nya aku mudah sungguh panas hati,baran sentiasa berapi-rapi.cuma kini aku sesali tiada guna mengikut emosi,kerana Allah sentiasa memerhati
Namun sesungguhnya, aku sentiasa akan ingat bahawa setiap saat dalam tempoh bekerja keringat aku dibayar dengan gaji..justeru tidak boleh aku sesekali  mencuri tulang, tidak boleh masuk pejabat dan meninggalkannya sesuka hati,tidur dalam waktu bekerja melainkan masa rehat diberi dan banyak lagi sikap buruk penjawat awam yang tiada intergriti.Sesungguhnya kita tidak pernah mahu bersyukur,jika jawatan, kita lepas.. berguni-guni calon menanti 

Setiap hari aku menadah tangan..ya Allah keluarkanlah aku dari sini.aku dah tak sanggup lagi..aku dah tak sanggup lagi..bulan Jun 2020, genap 10 tahun..cukuplah,cukuplah, ditempat lain pula ingin ku tabur bakti. moga senang hati pembenci-pembenci, tiada lagi aku di sini. Tapi apakan daya selagi rezeki masih diberi...aku harus bekerja sepenuh hati..dan dengan pengorbanan aku atas derita ini, aku memohon agar Allah menggantikanya dengan kelalaian aku sewaktu bekerja,kelewatan aku dalam urusan masa ,kealpaan aku yang sia-sia.  

Sunday, March 31, 2019

Bila hati disakiti..

Dalam hidup ini, segala-galanya terlalu subjektif..aku kerapkali mencari hikmah yang tersembunyi pada setiap kejadian tuhan yang terpaksa aku tempuh.Kadangkala jumpa hikmahnya, namun biasanya sampai ke sudah aku tak dapat mencari hikmah tersebut..satu kejadian tuhan yang aku renung dalam-dalam adalah uniknya  ciptaan Allah ni. Paling baik untuk aku angkat sebagai contoh adalah MANUSIA,satu ciptaan tuhan yang paling bertuah di dalam alam ini berbanding binatang,tumbuhan, hantu kak limah dan sebagainya.Manusia berbagai-bagai sungguh perangainya. disinilah terletak keunikannya itu, 

Sehingga kekadang aku geleng kepala bila menempuh atau berhadapan dengan manusia yang pelik ni..Aku selalu berkata,dalam hati, ishh ada jugak manusia macam ni.Selepas melihat kepelikan manusia sebegini biasanya untuk menggerak sabar yang kerap tidur, aku akan cuba senyum dan memujuk hati untuk terus sabar..sebab kesannya sangat buruk bila rasa sabar itu hilang.Dalam proses mencari hikmah tadi,seperti biasa persoalan yang muncul adalah,"Kenapa orang sebegini yang Allah utuskan untuk aku..kenapa ya

Lantas aku pun membuat kesimpulan mudah..mungkin seperti makanan gamaknya, jika sedap saja setiap hari mungkin kita akan jadi bosan..gamaknyalah.Jadi sesekali makanan yang kita makan tu dimasak agar tak sedap rasanya,mungkin kita akan segera komen..dahlah bayar mahal tapi tak sedap langsung,macam tu lah.kot..kepelbagaian sifat unik manusia ini boleh menceriakan suasana gamaknya,sikap manusia yang bila bercakap nak menang kat dia saja..orang kata macam ni,dia kata macam tu, orang kata macam tu,dia kata macam ni..dan bila diselak sejarah lampau, sah, dah memang jenis macam tu malah lebih teruk daripada tu.

bukan mudah nak berdepan dengan manusia jenis ni.semua yang orang buat,ada saja tak kena pada mata dia..akan tetapi bila dia sah-sah melakukan benda yang tak betul,pandai pulak dia simpan ketidakbetulan tersebut

Dan aku terlalu lemah dalam soal kepimpinan ni.walau pun boleh belajar perkara ini..tetap tak dapat menjadi perfect skill memimpin manusia ni..Kalau lembu senang, bagi penendang kat pungkoq tu,haa baru ada akai..dan bila rasa sabar tu semakin menipis tentulah buruk padahnya..rasa geram yang membuak-buak,benci,meluat yang bukan dibuat-buat.

Aku masih lagi terus belajar,menjaga bilamana betis diberi,bukan paha pula yang diminta. Sesungguhnya manusia ni memang bijak kerana Allah bagi otak..jika dia ambik otak lembu dan makan pun..lembu tu tetap bodo dan manusia ni tetap bijak..tapi janganlah sesekali lupa bahawa Allah lah yang paling bijak sana

Aku selalunya akan menghadam teguran,nasihat,ucapan yang baik-baik, entah kenapa memang aku suka,sebab aku rasa pemberi teguran dan nasihat itu bercakap untuk kebaikan kita, kerana jika niat nasihat itu untuk menjatuhkan seseorang elok ditegur pada ruang yang lebih luas dan bukanya pada ruang sempit yang bila bernafas pun rasa tak lepas.

Jika tak makan cili kenapa lah nak rasa pedas..Akhir kata, semua yang buruk,teruk,hina,tak reti,tak pandai,lemah adalah dari kelemahan diri ini.tetapi yang  baik dan sempurna itu tetap daripada Allah jua..Seekor toyol berkata "Ini bukan soal maluuuu..ini soal maruah saya,selepas dituduh kerana ketoyolannya, dan selepas beberapa lama, aksi ketoyolannya di buat semula..cuma kali ni aksi tersebut lengkap bersaksi..hebat bukan cerita ni..Wallahuaklam..

Thursday, December 15, 2016

SETELAH SEKIAN LAMA...

Lebih dari setahun blog aku tak berfungsi, semuanya berpunca apabila hilang semua gambar-gambar dalam setiap post yang aku tulis,ia seakan digodam atau dicabul oleh seseorang..

mujur akhirnya, entah bagaimana ia, tiba-tiba pulih kembali. jadi kali ni..aku hanya nak maklumkan kepulangan aku dalam arena ini, da kenangan lebih dua tahun lepas teraksa dikuburkan begitu sahaja..tak pa lah yang penting aku dapat menulis kembali.

post terakhir aku di sini ialah selepas aku mendapat lesen memandu..dan mungkin cerita dalam post seterusnya adalah berkisar tentang pengalaman memandu dan aktiviti yang lebih setahun aku lalui menjadi pekebun..sekian dulu hingga jumpa lagi.
16/12/2016..ahad..di kampung..

Sunday, July 5, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 11...

23 September 2014 ...selasa
10 44 malam
kuarters..

Petang 22 September 2014,menyaksikan debaran dalam dada aku berombak kencang, semua gara2 ujian JPJ. Petang tu juga,lega bila cuti aku dah diluluskan bila aku check Hrmis..Aku kunci pintu bilik aku dan pintu utama  Library..terus balik kuarters dan tunggu wife untuk balik ke Pokok Sena..

4.45 pagi 23 September aku bangun untuk laksanakan beberapa solat sunat, khas untuk doakan semoga urusan aku pagi ni akan Allah permudahkan. Debaran kian kencang.

7.45 pagi, 23 September, kami sampai di KV, Calon semakin ramai kerana hari ni selasa,khas untuk ujian JPJ bagi kereta dan motor, Seperti biasa kami lekatkan stiker L, kemudian seperti biasa juga perut meragam untuk sekian kalinya akibat cemas,risau,takut,gelabah,ketar dan segala mak nenek perasaan negatif.

Seperti yang dimaklumkan sebelumnya, calon - calon bagi ujian kereta dan motor tak perlu masuk ke pejabat pentadbiran,sebaliknya terus ke pondok masing2..Di pondok B aku lihat sudah ada calon menunggu, semakin lama semakin ramai, masa tu, aku keliru tentang lokasi nak meletakkan kereta ku, cikgu F suruh letak dekat pondok, tapi aku pun tak tau lagi no.giliran yang akan diberikan kepadaku, istimewa seperti ujian QTI dulu atau sebaliknya.Jadi aku buat keputusan untuk parking di  tempat biasa, yakni di bawah parking pelawat tepi pokok.

8.45 pagi,hadir beberapa orang tenaga pengajar KV berbaju korporat merah, memberi taklimat, tugas mereka ada untuk mengagihkan  nombor giliran dan terangkan kepada calon apa yang perlu dibuat. Antara yang diterangkan adalah"hari ni minggu kedua terakhir untuk calon diuji oleh JPJ menggunakan sukatan lama, jika kamu gagal hari ni, dan gagal untuk dapatkan tempat untuk ujian minggu akhir sebelum masuk bulan Oktober, kamu akan diuji mengikut sukatan baru, ada tambahan dalam slot ujian dan pastinya lebih sukar , jadi buat elok2"..

itulah yang aku ingat..masa tu aku sangat2 risau,cemas dan takut..L mati 29/9 dan insuran tamat 3/10 aduss perit kalau gagal hari ni..aku berdoa dan terus berdoa dalam hati agar Allah mudahkan urusan aku. dan pastinya duit akan terus melayang kalau gagal hari ni..

Aku ingatkan ada keistimewaan yang diaturkan oleh KV untuk sistem giliran ujian bagi calon OKU macam aku, tetapi HAMPAS PADI..aku dapat no 22 sesi ke 2, ada 4 sesi termasuk sesi ulangan dan setiap sesi ada lebih kurang 40-50 orang calon..bayangkan..aku agak waktu tu hampir 200 calon hadir untuk ujian.

Aku memang gugup,pertamanya untuk memberi "signal" kepada mata calon normal bahawasanya pagi tu ada calon OKU dan akan bersama mereka menduduki ujian..sejujurnya aku dah buang jauh2 rasa malu tu. tapi rasa cemas aku tak mampu buang..Jadi bila aku dapat no giliran dan audien dah sedar kehadiranku,rasa cemas tu hilang 50% 

Pihak JPJ sampai jam 9.00 lebih..seorang pegawai tampil memberi taklimat bagi pihak JPJ.."Ada tak calon yang mengandung,cacat,tangan lembik sebelah atau seumpamanya pagi ni? Aku angkat tangan dan berdiri" ya, encik masalah macam mana? saya calon OKU...aku berdiri dia tanya aku ada surat doktor tak..aku kata ada, aku lekat stiker oku tak pada kereta, aku kata tak lah pulak, dan dia tengok kepada cikgu2 KV yang membantu" dia pelekat L je lah tuuu kereta dia..cikgu KV menunding jari ke arah kereta aku "pegawai tu cakap..dia patut lekat stiker OKU !!...dan kemudian  dia diam... lepasss.

kami diminta keluarkan IC dan lesen L yang disusun gambarnya di depan agar mudah semasa proses pendaftaran, nada suara mereka menjadi tinggi dengan wajah serius bilamana ada calon2 lambat bergerak dan tak paham arahan. ini menambahkan cemas aku..Aku disoal lagi masa pendaftaran guna kereta sendiri ka encik? ada surat doktor tak..aku bagitau yang semua dokumen aku dah serah kat sekolah dah..masa ni memang aku rasa  pelik KV buat apa ? takkan tak bagitau kat JPJ dan serah maklumat calon, dok mai tanya perkara asas macam tu..apa yang KV buat...sepatutnya jika calon OKU macam aku ni patutnya JPJ tak tanya apa dah sebab ada rekod calon dan maklumat calon , YA KV HANYA TAU KAUT DUIT ORANG..senang cerita

Kemudian kami diminta menunggu di pondok C dan sebelum tu aku minta tolong salah seorang cikgu KV kat situ untuk ubah kereta ku ke lokasi pertama ujian..kami diuji dengan calon satu hingga calon ke 10 sesi pertama dan seterusnya calon 20 hingga ke calon 30 dan begitulah seterusnya..setiap calon yang selesai membuat ujian bukit,parking dan tiga penjuru akan meletakkan semula kereta ke lokasi asal iaitu di lokasi ujian bukit.. 

Bila no.giliran aku di panggil, aku masuk ke dalam kereta, masa tu aku jadi panik, tiga minit aku terkial-kial nak pakai tali pinggang,jari berpeluh dan mengeletar..masa tu aku tau puluhan mata memandang ku dan aku langsung tak melihat apa2 selain tali pinggang.Mujur salah seorang cikgu yang incharge kat situ,tolong tarikan tali dan aku hanya harus masukkan soketnya sahaja..itupun gagal..gagal cubaan pertama..dan bantuan  kali kedua barulah tali pinggang kemas aku pakai..

Untuk ujian bukit aku buat dengan baik..bila ditanya no giliran oleh pegawai JPJ tu,aku bagitau dan angkat tangan , lalu turun untuk buat parking dan tiga penjuru..semasa parking lebih kurang 5 inci lagi tayar depan sebelah kanan nak mencecah line kuning iaitu semasa mula2 membelok untuk masuk parking..mujur tak kena line,selebihnya ok dan aku terus bawa kereta  dan letakkan pada lokasi untuk buat ujian jalan raya..kemudian aku berjalan kaki ke lintar dan bergerak ke pondok berdekatan litar 3 penjuru untuk tandatangan borang..Alhamdulllillah AKU LULUS ketiga2nya..

Aku kembali ke pondok B untuk menunggu ujian jalanraya, kereta yang aku parking sengaja aku tak lockan agar mudah aku masuk nanti..lebih sejam menanti..sedangkan calon selepas aku pun dah dapat buat ujian jalanraya, masa memang aku pelik..aku guna kereta sendiri woooi awat lambat sangat kata hati aku .."Abang..!!abang tunggu sat na..jerit seorang cikgu KV yang bertugas...Akhirnya jam 12.30 aku dapat arahan dari seorang pegawai JPJ yang incharge semasa pendaftaran tadi.."Encik!!!Encik pi masuk dalam kereta hidupkan kereta,buka aircond bagi sejuk dan tuggu..garang gak dia ni..

Aku ready dalam kereta, tup2 masuk dalam kereta pegawai lain.eh..sila masuk tuan..aku pelawa dia..lepas buat 5 step sebelum memandu, aku baca doa naik kenderaan minta izin untuk mulakan perjalanan...aku hanya tau kod laluan selepas sampai simpang..ke kiri laluan 2 dan ke kanan laluan 1. Alhammdullillah pegawai JPJ ni.. sangat2 ok..lembut saja patah bicaranya..mengiyakan pandangan aku, dan perbualan kami sangat meriah..jumpa 20 minit macam kenal 20 tahun, Alhamdullillah...

Setelah selamat sampai semula ke KV kami bersalaman dan dia maklumkan yang aku boleh uruskan permohonan lesen sendiri atau minta KV uruskan..aku turunkan tandatangan dan hantar borang tu semula ke pondok B, cikgu KV tanya lagi samada aku nak buat sendiri lesen atau minta sekolah uruskan..Aku maklumkan yang aku nak KV uruskan..

kemudian aku ke pejabat KV. "dah lulus dah ka? Ha.aku sendiri tak pasti samada aku lulus atau tak jalan raya sebab aku lupa tengok borang tu..main serah balik ja..sebab pa tak tau..Panasss dan letihh ..ingat nak balik ja..Masa daftar nak buat lesen , cikgu perempuan yang bagi taklimat masa QTI dulu ada di kaunter..dia bagitau kat aku di mana aku boleh dapatkan stiker OKU,Pelekat P dan buat gambar segera untuk lesen..mujur ada maklumat ..

Dek kerana telah bercuti,kami langsung ke Pokok Sena untuk ke kedai gambar..sebelum tu aku berjumpa Kak Pah,rakan lama di PPAK dulu, kebetulan dia tunggu anaknya  ambik ujian motor..bila gambar siap..kami bergegas semula ke KV bagi gambar dan bayar RM65 untuk lesen..sikerani pun keliru..aku kelas A bukan kelas D, dia kata KV akan cuba buat dulu..tak boleh aku terpaksalah buat sendiri jugak

Kemudian kami ke Langgar untuk dapatkan stiker OKU dan pelekat P..stiker OKU 2 keping  RM 6.00 dan P RM 2.50..Kemudian kami balik ke Pokok Sena...

Inilah cerita pengalaman aku seorang OKU untuk dapatkan lesen..susah jugak..masa dan duit ringgit banyak melayang..apa pun, Terima kasih yang tidak terhingga pada wife yang bersusah payah selama hampir setahun ni dan paling penting..ALHAMDULLILLAH TERIMA KASIH YA ALLAH.. 



Monday, June 29, 2015

Seorang OKU dan lesen Memandu part 10...

Ahad 21 September 2014..
9.25 malam
kuarters...

Kelmarin 20/9/2014 Sabtu..Aku menyambung pengajian lagi dua jam seperti disarankan. Jam 7.45 pagi kami sampai di KV. Seperti biasa kami tampal stiker L dan seperti biasa juga kami terserempak dengan cikgu Badariah...Aku terus ke opis KV..dan terserempak lagi dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajarku..ada apa lagi bang?.. lagi 2 jam tambah..

Aku melangut sekejap melihat karenah calon dan staff KV yang sedang tunggu tugas untuk mengajar.Tiba2 muncul cikgu Fairus, dia arahkan aku bawak kereta dan buat latihan Bukit, parking dan tiga penjuru dan ulang beberapa kali..itulah apa yang aku buat pagi tu..beberapa kali buat semua part ok dan elok sangat dah..cuma sekali aku terlanggar line kuning bila buat parking dan terus kena tegur..masa tu tahulah aku itulah kesalahan masa aku test QTI dulu..

kemudian aku diarah buat jalan raya pula..mula dengan laluan 1 dan terus buat laluan 2 tanpa masuk semula ke KV..Akhir nya cikgu ucap selamat kepada aku .."Semoga Berjaya,Lan, selamat." ya..pagi Selasa ni 23/9/2014 aku akan menghadapi ujian JPJ, risau,cemas,gelisah,takut semua ada..tambah2 bila tau salah aku langgar line kuning masa parking..debaran semakin memuncak dan aku tak tau apa nasib aku Selasa ni.."Ya Allah mudahkan urusan aku" hanya ini yg aku ingat lepas solat..dan lebih menakutkan aku, menurut cikgu Fairus, kalau aku gagal dan masuk bulan Oktober, silibus baru dengan part zizzaz dan s akan dilaksanakan..adusss kacau...dan insuran aku pulak sah setakat 4/10/2014 saja..

Adussss..Allah tolonglah aku..