SELAMAT DATANG

Saturday, July 30, 2011

Nostalgia Ramadhan mengamit ingatan..

Sabtu 30 Julai 2011 jam 7.35 malam lokasi biasa kuarters KMTK...

Hanya dalam sehari dua lagi umat islam akan menyambut Ramadhan, masa memang cepat berlalu..rasa macam beberapa bulan lepas ja bulan posa..Nostalgia Ramadhan semua orang tentu ada kenangan yang tersendiri. Seingat aku, aku mula berpuasa penuh sejak berumur 9 tahun, sebelum tu aku dah tak ingat aku posa ketak he..he.he..Masa dulu keluarga kami susah, bukan boleh makan ayam panggang hari2 macam la ni, pendapatan ayah tak menentu, paling mudah mak buat goreng kangkung ja, tauge dan mak suka buat nasi kerabu sedappp..kuih plak yang mak suka buat adalah kuih buah Melaka dan Agar2 merah, masa dulu satu rumah ada dalam 8-10 orang, ramai jadi meriah sangat bila berbuka, la ni adik2 dan anak saudara aku dah besaq2 yang tinggal cuma seorang dua ja dalam rumah pusaka peninggalan ayah tu dan aku plak mungkin hanya boleh seminggu sekali ja balik berbuka dengan mak.. 

Dulu, amalan bertukar kuih masih kuat, jiran sebelah rumah akan bawa kuih atau apa saja juadah sebagai amalan bersedekah dan orang menerima juadah tu pula akan membalas dengan juadah yang dia sediakan sebagai gantian, itulah dulu sekarang dah kurang sikit mungkin sebab semakin sibuk..cuma aku selalu teringat mak bersungut sebab bila rasa juadah yang dia buat tu tak masin atau tawar, dia mula teringat juadah yang dia  tukaq dengan jiran sebelah he.he.he tapi adatlah bila masak tak boleh nak rasa pasti kita tak tau sedap ke tidak masakan kita, 

aku masih ingat puasa tahun2 hujung 80an jatuh bulan April hingga Mei masa tu cuaca memang panas sebab kena waktu kemarau, jadi bila balik sekolah berjalan kaki dengan debu dan berangin cukup membuatkan bulu betis beruban.. kalau hari cuti plak nak lepak dalam rumah panas sangat, aku ambik tuala  basahkan sikit dan lap badan lega sikit.. aku tak main meriam, tak tau nak main macamana, mujur aku tak main kalau main silap2 hilang lagi sebelah tangan..he.he.he tapi ramai budak2 kampung yang main masa tu, depa korek ban sungai dan bubuh paip yang di ubahsuai dari tin milo..bubuh karbaid, betul k? orang kedah panggil kabat..boleh gak guna  untuk paksa buah masak cepat, peram laa betul ke tidak tah la tapi seingat aku macam tu la ,sapa yang tau atau aku silap boleh komen dan tolong perbetul..tapi budak2 la ni tak main dah meriam buluh, main mercun yang canggih2 dan aku langsung tak berminat dengan mercun buang duit saja, pelik dan sedih bila aku tengok ada mak bapak beli mercun, ajar dan main sekali dengan anak bodohnyaa..bila nak dekat raya banyak budak2 melayu putus jari buta dan sebagainya, tapi ada masyarakat  cina yang cedera nak sambut Tahun Baru Cina? fikir2 lah..


sumber: 
sumber:.google.com.my/imgres?q=meriam+buluh



No comments:

Post a Comment