SELAMAT DATANG

Thursday, July 28, 2011

Pameran dan jualan buku...

Khamis 28 Julai 9.30 malam lokasi biasa kuarter kmtk

Tahun lepas selepas sebulan lebih aku jadi PUSTAKAWAN di Kolej ni. Ada satu syarikat pengedar dan penjual buku dari pendang membuat permohonan untuk membuat pameran dan jualan buku, permohonan itu mengalir kepadaku..sesungguhnya belum pernah aku menguruskanya kerana sebelum ni aku bukan berseorangan mengendalikannya, kami ada "Team" masa dulu aku cuma uruskan persediaan tempat sikit2 selebihnya lebih kepada minat nak beli buku. Tapi disini senarionya berbeza, aku perlu uruskan semuanya daripada menjawab surat permohonan hingga mempastikan pembekal tu balik dengan sedikit keuntungan.Sebenarnya lepas risik2 maklumat untuk selok belok pengurusannya taklah sesukar mana, cuma satu dua perkara terutama faktor kewangan warga kolej saja yang perlu diselidiki,kalau depa ada duit tak da masalah jadi tarikh untuk adakan pameran tu ja yang mesti kena pada masanya,

Pengalaman pertama uruskan program ni buat aku sedikit bengang, mana taknya, pembekal tu bila sampai terus call aku tapi nak balik dia blah macam tu saja, langsung tak profesional pas dua bulan boleh lagi call aku tanya boleh tak dia nak buat jualan lagi, apa punya orang, janggut sampai lutut tapi sikap dia mengecewakan..lalu aku arahkan dia telefon pengarah sendiri,aku tak boleh buat keputusan..entah apa cerita senyap macam tu ja..

Baru2 ni satu lagi syarikat dari Alor Star membuat permohonan dengan tujuan yang sama..sekali lagi aku perlu uruskan. Aku sediakan surat jawapan tetap tarikh yang sesuai, dan untuk elak pisang berbuah dua puluh kali, aku minta pengurus syarikat tu datang jumpa aku untuk berbincang, bila tarikh yang aku tetapkan iaitu 25-26 Julai lalu hadir maka berlansunglah program yang remeh sebenarnya pada mata orang yang tak pernah menguruskannya, tapi rumitnya tetap ada bila melibatkan sesuatu yang menawarkan orang untuk mengeluarkan duit..tempoh pameran sama ja dengan syarikat dari Pendang tu,cuma syarikat tu start jual jam 10.00 jam 2.00 dia blah sakit hati betul..

Mujur program kali kedua tak berulang perkara yang sama, mereka mematuhi garis panduan yang aku tetapkan buat mereka...itulah pengalaman sebenarnya..mematangkan diri, Syukur pada Tuhan, program tu berjalan dengan baik dan sambutan dari warga kolej cukup memberangsangkan..







No comments:

Post a Comment