24 Julai 2011 Ahad Jam 8.30 malam lokasi Kuartes KMTK,
Rasanya dua hari ja aku tumpang motor Sazali, masa balik aku lebih senang jalan kaki. Aku kira jam 5.00 petang berjalan lebih kurang 1.5 KM cukup memeritkan tapak kaki, panasssnya,masanya tu terasa sungguh azab menempuh hidup di kota besar melalui kampung yang dikelilingi gua batu, manusia macam semut yang berserabut dekat sarang. sebelum tamat minggu orientasi kami bakal dimaklumkan tempat untuk "posting" aku masa tu memaklumkan niat aku untuk di tawarkan di Kedah, tapi aku dimaklumkan tiada kekosongan di Kedah ataupun sebelah utara, aku redha..
Bila tempat posting ditentukan, aku di tempatkan di Pusat Bibliografi Negara, tingkat 18, Bangunan TH Shelborn, Jalan Tun Razak. Sebelum posting aku berpakat dengan Wan Yuhaimisyam, betul ketak nama kawan aku ni..aku panggil Syam orang Terengganu, aku rasa Allah kirimkan dia untuk bantu aku,
kami berpakat untuk cari rumah baru dan sewa bersama, nak jadi rezeki seorang pegawai kanan PNM tawarkan sebuah bilik dekat Jalan Hamzah kepada kami dengan kadar RM300.00 sebilik, Alhamdulillah lebih dekat jaraknya, petang last tu aku tumpang keta Sham untuk ambik barang aku dari rumah Sazali, hilanglah satu beban yang aku tanggung..BERSAMBUNG.
sekitar Jalan Hamzah tak jauh dari rumah sewa aku..
No comments:
Post a Comment