Pada peringkat awal aku sebagai PUSTAKAWAN di KMTK, Aku cuma dibantu seorang PAP, itupun dipinjam sementara dan dia pula memikul dua tugas serentak, pagi dibilik cetak dan petang nya barulah dia hadir ke perpustakaan membantuku, Awal Jun 2010, ketika itu aku rasa amat sukar, Aku memulakan rutin pagi yang lansung tidak mengambarkan tugas sebenar seorang PUSTAKAWAN, Aku membuka mangga pintu Perpustakaan, aku juga membuka air cond, membuka lampu, menyusun kekemasan kerusi, mengemas meja, membuang sawang, selepas selesai rutin pagi yang ganjil itu, aku mengadap PC, merencana tugas pada hari berkenaan, berhenti sekejap untuk membuka perkhidmatan kepada pengguna, pada masa yang sama aku mula merancang sedikit demi sedikit keperluan dokumenatasi, sistem fail, waktu service, segala peraturan dan larangan. tepat 5.15 petang , aku jugalah yang perlu menutup semua suis2 yang perlu ditutup, esoknya rutin yang sama berulang,
sehingga aku ditawarkan seorang pembantu Tadbir pinjaman untuk turut membantu dan seorang pemandu yang sukarela hadir menolong apa yang perlu, barulah aku dapat menguruskan perolehan bahan yang tunggang langgang di situ, pada ketika itu aku menempuh kesukaran dan sedikit tekanan hampir setiap hari, aku ibarat menghias rumah yang baru siap dibina. pada ketika itu aku cekalkan hati, kuatkan semangat bulatkan tekad untuk menguruskan tempat kerja aku yang baru, cabaran utama ialah keyakinan yang hilang setelah mengalami penyakit yang kronik.
Aku menggunakan segala pengalaman yang ada untuk membangunkan Perpustakaan KMTK. Setiap hari aku berdoa moga Allah memudahkan urusan pekerjaanku. Beban dipikul terasa semakin ringgan bila aku mendapat pembantu tetap. namun aku terus berfikir. berfikir dan berfikir, otak tak boleh duduk diam, aku mesti terus berusaha bangunkan tempat tu, hari ini dah ada 3 pembantu tapi masih banyak benda yang perlu dilakukan, dan hari ini juga aku tak perlu lagi membuka pintu dan menutupnya kembali semuanya aku serahkan pada PAP yang baru, dia perlu hadir sebelum aku hadir dan pulang selepas aku pulang, bezanya sifat bekas seorang Pembantu Perpustakaan kontrak dan bekas Penolong Pegawai Perpustakaan kontrak masih wujud dalam diri, sesekali aku masih tak segan menyusun kerusi, tak malu mengutip sampah buangan pelajar, tak kekok membuang sawang walau cleaner hadir setiap hari. Tiada apa yang harus dimegah dengan kedudukan dan pangkat semua itu hak Allah kita hanya meminjam sementara sebelum ajal menjelma..
No comments:
Post a Comment