SELAMAT DATANG

Wednesday, July 6, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 1

sewaktu bertugas sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan, Aku menempuh cabaran dalam pekerjaan, tekanan aku rasakan setiap hari, tambahan pula tahun 2008 tu  banyak perkara yang merunsing fikiran. Aku mula rasa sakit di bahagian kanan kepala, waktu tu aku ada luahkan masalah pada staf di Bahagian Multimedia, staf aku mengandaikan yang aku mungkin migrain.

Mata kiri pula dah kelabu, kebetulan seorang peserta kelas komputer yang aku kendalikan adalah seorang doktor, Dr Syed atau Dato' sebenarnya, tapi dia sangat sporting gelaran dan pangkat tu tidak dibanggakannya, jadi dia minta aku panggil dia doktor ja, Aku mengajar dia, isteri dia dan anaknya perisian asas penggunaan komputer, Aku ke klinik Darulaman untuk buat pemeriksaan mata atas nasihatnya. hubungan kami agak mesra. disitu aku disaran pula ke sebuah pusat pemeriksaan mata, hasilnya aku dimaklumkan bahawa mata kiri aku ada masalah saraf yang mengembang menghalang kejelasan pandangan. Aku mengalami simpton2 awal untuk suatu penyakit yang menakutkan, tapi aku hanya manusia yang lemah, mana aku tahu perancangan Tuhan, kesakitan itu aku biar begitu saja tanpa sebarang tindakan mencegahnya 
bersambung....

No comments:

Post a Comment