SELAMAT DATANG

Tuesday, July 12, 2011

Bila kaki fail meja dah dijumpai..

Salam satu Malaysia, tak pernah2 bagi salam kali ni aku nak bagi salam..semalaman aku risau memikirkan tentang peritnya nak kumpul semula maklumat untuk fail meja aku yang telah hilang, walaupun begitu aku berjaya melincinkan atau bahasa ganasnya membedal sepinggan nasi dan semangkuk mee kari. tidoq aku lena jugak walaupun susah hati, pagi ni aku masih tak puas hati, lalu selepas mempunchkan kad aku, aku lalu pergi bertanya mengenai kehilangan fail meja yang penat nak di cari ganti kepada Pegawai Perhubungan Awam atau Public Relation Officer (PRO) kolej. kepada dialah aku serah fail yang siap dulu tu, dia memaklumkan bahawa berkemungkinan bekas Pembantu Tadbir aku yang ambil fail tu, atau diambil orang lain dan lupa nak pulangkan kembali pada aku PRO yang proffesional ni akan cuba bantu mencari katanya,

Aku masuk pejabat, tapi dek tak senang duduk memikirkan sukarnya nak kumpul balik maklumat yang perlu ada dalam sesebuah fail meja, solf copy aku tak pasti aku ada simpan ke tak..lalu aku call bekas Pembantu Tadbir aku, panggilan tak berjawab dan tak pernah di balas semula adatlah,  semasa meninjau-ninjau ruang  pameran perpustakaan , Pembantu Am Pejabat memaklumkan kepada ku bahawa PRO yang dedikasi itu telah menjumpai fail tersebut di dalam unit Pentadbiran, terima kasih banyak2 kepadanya, aku lega sebab tak perlu buat sidang media meluahkan kefrustsan aku tu, kepada sesetengah orang mungkin isu ni isu bodoh atau pinggiran, boleh buat lain kalau hilang, apa susah, apa susah..kita dah buat semua tup2 nak kena buat balik mau tak bengang, samalah macam dokumen2 penting hilang bila komputer yang simpan data tu korup, penatt ooo, syukur pada Tuhan aku tak cepat melenting, sobar2.. akhir kata sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih pada PRO yang dah tolong sentlekan masalah kecuaian ni, kalaulah kakitangan pentadbiran yang menguruskan perkara tersebut ruangkan lima minit pergi cari fail aku yang konon dah berpindah ke suatu sudut berhampiran, dah jumpa pun fail tu, tapi perlu di ingat bukan ke kita ni insan yang lemah dan tak sempurna jadi hal macam tu adat lah.. persoalannya sekarang kenapa entri ni ada dalam blog aku? jawapannya mudah ja, blog ni blog luahan perasaan, InsyaAllah bila aku pencen pada 2034 nanti (kalau masih ada nafas) sambil minum kopi boleh aku baca balik...
Alhamdulillah...jumpa jugak.. 


No comments:

Post a Comment