29 Julai 2011 Jumaat jam 8.35 malam, lokasi macam biasa kat kuarter kmtk.
Hari ni Jumaat, Aku laksanakan satu lawatan muhibbah ke Perpustakaan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), Sebenarnya projek lawatan adalah saranan Pengarah masa aku mula2 join KMTK dulu, dia saran aku buat lawatan sambil jalin kerjasama dengan kolej2 sekitar utara, aku memang teruja sangat nak buat tapi dulu aku sorang, orang gila pun segan nak pi, bila dah ada staff baru aku rasa boleh buat lawatan.
Jadi masa pengurusan minta aku sediakan aktiviti bagi pengisian takwim dari perpustakaan, aku pun masukkan agenda lawatan2 ke kolej di Penang, Kedah dan Perlis, aku ambik pakej sekaligus ketiga2 tempat tu dalam waktu cuti semester sesi 2011/2012 senang sikit, tapi keputusan akhir AJK takwim letak cuma satu ja iaitu KMPP dan semua aktiviti library depa bagi hari Jumaat, terkedu aku. tapi "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" hang jangan dok gatai nak BANTAH.
Sebulan sebelum tiba tarikh hari ni, aku dah ready dengan segala prosedur untuk melawat, surat tu wajiblah mesti kena buat, aku tercongak2 sapa yang aku nak bawa, campur tolak darap bahagi dapat 5 orang, masa minta pengesahan pengarah dia pun pelik 5 orang aku nak bawa sedangkan staff aku 4 orang ja, sapa seorang lagi tanya pengarah, aku pun bagitau "Drebar"!! aik drebar pun hang kira, haa haa, nak buat macamana Tuan Haji nak bagi ramai he he. tapi itulah silap aku, sepatutnya aku ajak Makcik Cleaner, Pak Guard Mak Guard sekali pi tentu lebih meriah rombongan Cik Kiah pi Penang Apa tidaknya seorang staff bagitau dia ada kenduri dan last2 minit plak ada pula kematian ahli keluarga seorang lagi staf, perasaan kecewa memang aku bohonglah kalau aku tak rasa, kita rancang betul2 harap sokongan tapi akhir2nya hanya aku dan PAP saja yang boleh, apa pun tak boleh, entahlah, aku tak nak salahkan sapa2 mungkin Allah lebih tau apa yang terbaik untuk organisasi yang aku uruskan, redha lah aku pada takdir tuhan, aku perhatikan dikolej ni sikap mengambil berat kakitangan agak lemah, buat program apapun pasti ada yang tak dapat hadir atas alasan yang kadang2 aku rasa macam pelik lembu nak beranaklah, kucing sakit perutlah dan mungkin juga jika sekadar bagi surat tunjuk sebab buat orang tak kisah dan takut pun.
Jadi bila sampai Perpustakaan KMPP, Pustakawan dia terkejut, "Aikk dua orang ja,"? malunya aku, "depa ada masalah sikit yang ni ja yang dapat saya bawak, takpa kami dah siapkan makan pagi dan tengahari untuk 7 orang jomlah, malu tu masih bersarang aku telan pelan2, aku terlalu ghairah untuk bertanya itu dan ini cuma memang langsung tak nampak macam rombongan. taklimat diberi dan kami di bawa melihat2 perpustakaan.. jam 11.30 selesai LegaaaAku sampai balik jam 1.00 dan terus ke masjid solat Jumaat.. Pas Asar aku baru perasan yang aku terlupa nak ambik gambar beramai2 ruginyaaa apa nak buat sekali Takdir Tuhan
No comments:
Post a Comment