SELAMAT DATANG

Wednesday, July 27, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 5

Rabu 27 Julai 2011 jam 9.10 malam, lokasi kuartes KMTK...

Rumah baru yang kami sewa tu adalah rumah flat dua tingkat, tak silap aku nama dia wisma SMBSI Atau maksudnya "Syed Mohamad Bin Syed Idrus, tah betul ketak aku pun dah lupa, kami dok tingkat satu, mula2 masuk rumah tu Ya Allah..berselerak, kat ruang tamu paper dan majalah lama berlambak tak tersusun, diruang dapur ada dua ekor tikus yang dah kembali kerahmatullah dengan mata yang terbeliak, dah tinggal rangka, aku tercari2 gak kot2 ada nota bunuh diri tapi tak jumpa pun.

Rumah tu turut dihuni oleh Edy (memang nama sebenar) dia sewa bilik tengah, dia ni muda lagi, orang sarawak, bilik dia masa kami masuk hujung bulan disember 2008 tu, baru ja dicat biru ada tv dan bilik bujang biasa la, edy keja kat tingkat 17 Bangunan TH shelborn, PNM jugalah, dia Pembantu Perpustakaan dia satu bahagian dengan Sham, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat atau BGLM, Sham tu macam bos dia lah,

seorang lagi penghuni rumah tu adalah Ayop ( memang tulah nama dia) si Ayop ni staff ATM tentera udara, kem dia aku lupa dah, dia ni anak saudara kepada pegawai kanan PNM yang tolong kira rumah tu untuk kami, Ayop ni tak perlu bayar apa2.. tumpang dok bilik ujung tu saja, aku pun tak paham depa kira macamana, cuma si Ayop balik hari sabtu dan Ahad ja , selebihnya dia di kem, dari ayop aku dapat tau bahawa dia adalah seorang pembunuh,modus operandinya adalah untuk melepaskan geram sebab mangsa yang terbunuh terlalu ramai dan sering merosakkan harta benda dalam rumah tu, sebab tu dia terpaksa cari racun, tak bawah dapur dan tunggu, seminggu pas tu baru dia balik, kamilah yang tanggung azab, busuknya,
Rumah dah ada dapur gas dan peti ais, ayop kata budak rumah yang sewa bilik yang kami dok tu sebelumnya, budak2 liar, 'minum'dan bawa 'betina' konon puak ni kebas tong gas, barang puak2 ni pun banyak kat ruang tamu tu, aku kemas aku buang, malam pertama di situ, aku sukar tidur, apa tidaknya, rumah dan biliktu tepi laluan utama, jam 11.00 masih lagi ada mat2 indon, mat Pattani yang dok bersembang dan naik motor, memang tu satu masalah buat aku, apapun Alhamdulillah..BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment