SELAMAT DATANG

Tuesday, July 19, 2011

membedal raja buah..

19 Julai 2011, hari selasa 9.30 malam lokasi kuartes KMTK...

Aku dulu bukannya suka sangat kat raja buah ni. Raja Kapor aku suka la sebab dulu aruah ayah selalu bawak aku pi pekena roti canai mamak kat pekan Alor Janggus, orang panggil "kedai kapoq" rasanya dia meninggal dah kot, anak dia yang sebaya aku yang aku panggil Farok dok jaga la ni, jadi raja buah pada aku adalah buah mewah, dulu keluarga kami tak mampu nak beli, dapat makan cuma mai waktu musimnya yang menjadi2 tu, tu pun jiran yang bagi. bila aku tengok kulit raja buah ni di buang di tepi ban sungai, "BAN" bukan Syaaban bin rejab, ban tepi sungai tu, bila aku tengok kulit dia, aku pun mengelamun sekejap, kaya puak ni, makan duriannn..Aku masih tak suka durian sebab susah nak makan,silap2 boleh luka kaki,tangan dan mana2 tempat yang bakal terluka,

Masa berlalu, keluarga aku tak asing lagi dengan raja ni, tambah pula mak aku kaki durian, selonggok kat pasar malam baru RM 10.00 memang mampu pun beli..kami makan ramai2 satu family,masa aruah ayah masih ada, dia memang tak boleh bau buah ni, dia lelah dan akan semput, apa yang mak buat adalah kupas buah tu siap2 dan bubuh dalam bekas kedap udara, Aku memang tak puas kalau beli durian sebab beli kira kilo, kita makan biji dia makan isi pada biji dalam buah tu, aku tak pernah lagi tengok orang makan kulit durian hehe,kulit tu saja dah berapa kilo, pas tu beli longgok, selonggok 10 biji la kata, bila buka confirm dua tiga biji, ulat dok main congkak dalam tu, dia blah pelannnn ja tergedik2 sah!!buruk, kita pun maki hamun si penjual buah..tapi orang Melayu ni tak cerdik macam orang Cina, cuba tengok depa makan tang mana? hujung kaki sipenjual buah tu, haa tengok kalau buruk dah tentu senang boleh tukaq, kita takkan nak buat macam depa malu, takut orang kata" tu tengok puak tu, macam la tak da rumah, tepi jalan pun sapu,
Sejak akhir2 ni, aku jadi mengidam buah ni, nak kata aku bawa budak, aku tak muntah pun, loya2 pun tak, dan baru2 ni pun geng2 staf Asrama buat kenduri durian, aku teringin tapi, kalau aku makan nanti abih misai jadi putih,silap2 lubang hidung pun tersumbat isi durian, minggu lepas aku bedal2 cukup2 lepas geram, panas gak tapi selamba ja, rasa mengidam tu masih kuat. Nak jadi rezeki, Mak Long kat bawah ni sedekah tiga biji durian, Syukur Alhamdulillah, aku bedal sebiji tadi dalam bilik kosong dalam kuartes ni. Jauh sikit dari wife aku sebab dia beranak kat Amerika, dia tak leh bau durian, apatah lagi nak makan, tapi jangan lupa ada orang mati pas makan durian, seorang client wife yang meroyan meninggal selepas makan durian. oklah aku merapu pasal durian pun boleh buat novel..opps ada dua biji lagi durian dalam bilik tu, bini aku tak tahu he.he.h...


No comments:

Post a Comment