SELAMAT DATANG

Tuesday, July 12, 2011

Mencari fail meja yang hilang kaki...

Entry ni aku tulis sebab rasa kecewa dan sedikit frust..oleh sebab tak tau apa kesudahannya aku buat dia jadi draf ja dulu.. seminggu lepas semua staff sokongan diminta untuk sediakan tugasan harian, perlu diserah kepada Pengurusan untuk tindakan seterusnya. Aku terkecuali sebab arahan tu hanya untuk staf sokongan sahaja, kalau disuruh buat pun, bukanlah masalah buat aku kerana sejak dari jadi Pembantu lagi aku dah tulis tugas harianku dalam buku laporan tugasan setiap hari, aku penulis diari dan perekod perbelanjaan harian setiap hari, dah jadi amalan , tidaklah ada masalah pun.

bila aku ajukan persoalan kakitangan Pengurusan & Proffesional sepertiku, bagaimana pula bila tak diwajibkan menyediakan laporan harian, jawapan yang diberikan adalah "masukkan dalam fail meja" betul, cuma dimanakah fail meja aku? akupun menghubungi beberapa staff menbangkitkan persoalan mengenai fail meja masing2, jawapan daripada mereka adalah, fail tersebut telahpun mereka ambil dari pentadbiran, dari sumber lain fail itu diserah kepada tuan punya fail, secara tangkap muat, tahun lepas aku sama2 masuk kursus penyediaan fail meja, aku siapkan dokumen yang diperlukan dan serahkan kembali secara lengkap kepada  pihak pentadbiran atas arahan , masa berlalu, dan aku menanti keputusan arah fail tersebut. senyap begitu saja. sehingga timbul isu yang aku tulis kat atas. Fail aku hilang tanpa tinggal jejak, konon perubahan kedudukan perabot dan bilik memissingkan fail aku, Aku jadi mangsa keadaan rasanya. sebagai kakitangan proffesional, aku tak perlu melenting, mungkin aku cuti masa serahan balik fail tu, mungkin aku terambil semula lalu aku lupa, mungkin orang lain ambil bagi pihak aku, mungkin cicak makan, mungkin tikus bawa lari sebab dengki kat aku, manalah tau. masalahnya sekarang susah gak nak kumpul maklumat berkaitan, 

Bila balik petang ni, aku terfikir kenapa jadi macam ni, lalu aku buka minda mencari kekuatan  dan positifkan diri, untung gak aku kena buat lain, nanti bolehlah aku sediakan sekali fail meja untuk staf2 aku yang belum ada fail, bila jadi mangsa banyak2lah bersabar walau sukar apa nak buat dah takdiraku akan buat sidang media kot2 fail itu dijumpai semula atas nama kecuaian sidang tu dalam blog ni juga lah..penattt... 

No comments:

Post a Comment