SELAMAT DATANG

Saturday, July 16, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 3

Sabtu 16 Julai 2011, 9.15 malam, lokasi, kuaters KMTK...

Kawan kepada kawan aku tu namanya Sazali.. Zali ja aku panggil, kat rumah flat tu ada 3 orang penghuni, Syed katanya bekas pustakawan gak tapi kerja dengan petronas, nampak sebaya aku tapi senang juga orang, perokok, dalam rumah tu dia macam ketua lah, mungkin sebab dia senior kot, jangan silap dia ni bukan pembantu pam kat stesyen minyak, tapi tinggi gak jawatan dia kat situ tapi aku dah lupa dah kerja apa. Yang kedua Wan, muda lagi, diam tak banyak cakap, dia duduk bilik tengah, dia ni aku pun lupa dah kerja pa, tapi tak silap aku Pembantu Farmasi kot. Dia akan keluar awal pagi, jalan kaki kejar LRT, walaupun pendiam tapi boleh lah sembang2 gak dengan dia. Dia balik malam, seterusnya Si Zali. Aku dok tumpang dibilik dialah, dia ni PAP kat PNM tu, Dia ni oklah tapi aku tetap rasa janggal dan kekok sekali. Yelah baru kenal, rumah bujang tu agak berterabur,selerak dan kadang2 bau2 yang buat aku tak tahan, tambah pula habuk dan putung rokok yang ada atas meja kat ruang utama buat tekak aku loya, ASTRO Syed pasang, best sikit kat situ, tapi aku tumpang2 tengok dan tak sekali-kali memandai2 buka, Bilik air..Ya Allah aku nak muntah tengok..eeeee..geli tekak aku,

Malam pertama kat rumah tu, adalah malam yang sukar mata aku untuk dipejamkan,suasana baru, keadaan baru,rakan baru cukup buat aku sangat2 sedih, aku rindukan segala2galanya..macam nak lari balik saja..Esoknya aku perlu mendaftar di PNM. Pagi tu aku tumpang motor zali, sehari di PNM, jumpa rakan2 lama yang lebih dulu jadi PUSTAKAWAN dan rakan2 baru termasuk 2 bekas Penolong Pegawai Perpustakaan Desa yang bertugas di Library kedah, aku kenal tapi tak mesra, petang, hari pertama minggu orientasi di Bangunan TH Shelborn tu berakhir pantas, aku turun dari tingkat 20 mencari Zali, ketika itu, satu keadaan yang memang aku meluat nak tengok..kenderaan berpusu2, berbaris panjang, sesak mata aku turut sesak jiwa aku..Kuala Lumpur..sibuk memanjang..aku benci situasi ni..
Malam kedua di flat tu ,aku pergi melilau mencari makan malam, Aku sendirian, yang lain kat mana depa makan aku pun tak tau, aku singgah makan di satu kedai, kedai Petani banyak kat Kampung Baru tu, Banyak Indon dan ada gak Bangla.. Pas makan ada seorang lelaki yang sejak aku masuk merenung ku tajam.takut jugak, aku tak da sapa2 kat KL ni, lepas bayar makan, lelaki tu panggil aku, " Adik sini kejap." aku menhampiri mejanya, "Nah saya sedekah ambiklah" terkejut gak aku, kenal tidak jumpa tak pernah tau2 bagi RM 10.00 kat aku..pelik2 hidup ni, dia kesian agaknya, aku menapak kembali ke rumah tumpangan, layan lagu2 sudirman, sebak seketika sedih mencengkam perasaan, aku merenung nasib baru sehari tapi dah merewang fikiran, bila lah dapat tukar keja kat Kedah balik..BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment