SELAMAT DATANG

Saturday, July 2, 2011

Bila itik pulang petang dan bila kura-kura berjalan pagi..

Entah apa tajuk aku tulis kat atas tu, tapi post ini adalah post untuk perihalkan tentang larian pagi tadi. Hari ni 2 Julai 2011. satu Malaysia pakat kena lari. 1 Murid, 1 Sukan 1 Malaysia, macamtulah bunyinya, Sebenarnya bila keluar memo  tentang perkara ni, aku mula melakar gambaran yang berbagai2 risau, tak yakin, dan tak jelas tentang program ni, Lalu aku pun mengambil cuti untuk buat dua persediaan, aku cuti pada Kkamis lepas, Satu, sebab nak buat persediaan keperluan signbord pameran semasa dan satu lagi nak test power, opps aku bukan pi beli viargra atau tongkat ali tapi berjogging pada pagi Khamis tu, sebab dah lama tak berlari, aku perlu test keupayaan, paling penting aku nak tengok aku akan pening tak pas lari tu, aku ikut trek satu kilo tapi 300 meter ja aku lari, selebihnya aku jalan he.he. Syukur aku tak pening. ok ja macam dulu. itulah persediaan aku kerana aku tak jelas bagaimana perlaksanaan program ni di KMTK, Dan sebagagai staff aku perlu turut serta,

petang Khamis tu aku mula rasa azabnya, nak solat pun sakit, betis,tumit paha tangan abis sakit2 walaupun lari guna kaki, kasut aku basuh dan siapkan kelengkapan, lurusnya aku, entahlah aku jenis mengikut arahan tak pandai nak belok2 dalam sesuatu yang berlambangkan amanah.

Tiba hari kejadian..aku seperti biasa suka membuat observatian dan menilai dengan pandangan mata hati, tiba2 perasaan tak yakin muncul, sebab sakit masih lagi bersisa dan bilamana ramai staff yang menggunakan basikal dan motor untuk turut serta, kemana istilah berlarinya,aku pun tak tau. jadi aku pun membuat keputusan yang mengecewakan, aku naik Van bagi keperluan bakal2 pelajar yang bakal injured. tapi bila keseluruhan pelajar hanya berjalan selepas 200 meter. jadi tidak wujud unsur larian di sini, aku mula rasa kecewa, semacam nak turun berlari saja, tapi sakit masih berbisa, beberapa minit van bergerak macam ular kenyang pas makan biawak, slow coz dok ikut pelajar yang berjalan macam itik, pegawai2 dan staf siap makan rambutan lagi santai sungguh, yelah perbuatan yang tiada ganjaran, sekadar nak harapkan semangat kecil. dan mungkin nak elak risiko lepas berlari tu, paling sedih ada jugak staff yang tak hadir atas sebab yang tak diketahui. orang lain sanggup tolak masa rehat, datang memberi sokongan, hal ni agak menyedihkan aku, Aku mula tumpang bekas PAP yang pernah bertugas di Library dulu, naik motor plak, sebab ada  pelajar yang hanya berjalan tapi injured, pelik, naik moto lagi santai.. hilang langsung semangat untuk berlari, tapi aku terfikir satu perkara, kalau aku turut berlari tentu hanya aku seorang saja staf yang berlari tentu lah aku segan dan perlu ke Bagan kerana segan.


selepas program lawak ini tamat aku kagum pada suatu situasi bilamana, aku lihat Pengarah KMTK berlari sampai tamat, kagum betul aku..aku pun menanam azam untuk berlari setiap minggu di kampung, lepas ziarah ayah, ok kut. Post ni tak banyak gambar dan mungkin ada satu dua ja kot, masalahnya aku bukan macam dulu, jari dah tak boleh merakam imej walaupun guna handphone, kamera jauh sekali, sebelum aku lupa, tulisan ni hanyalah pandangan peribadi aku sahaja, tapi jika aku pengarah program ni, yang lumpuh saja tak payah lari, basikal dan motor hanya dua tiga biji, van ikut sekali, yang lain, laariiiiiiii

No comments:

Post a Comment