SELAMAT DATANG

Saturday, July 9, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 2

17  November 2008 aku mendapat tawaran ke Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai PUSTAKAWAN, saat aku membuka laman web SPA, KZ atau Ku Zamri seorang kakitangan dari Bahagian Koleksi Kedah secara tidak sengaja melihat keputusan tersebut, aku bukanlah seorang yang perahsia, lalu aku kongsikan berita gembira itu dengannya, selepas itu perasaan aku berbaur-aur antara gembira,sedih, risau, takut dan cemas. gembira kerana taraf pendapatanku pasti berubah, kehidupan pasti berubah, aku juga gembira kerana status kakitangan awam secara tetap aku perolehi, aku , sedih kerana aku perlu tinggalkan kampung halaman ibu, sanak saudara segala aktiviti yang membahagiakan aku selama ni, pergi menempuh  hidup di kota besar yang penuh cabaran, hidup bersendirian dan perlu berdikari untuk suatu tempoh yang aku sendiri tak pasti, setelah hampir 7 tahun tinggal di kampung, kini aku perlu berhijrah, sebenarnya aku tak kuat  menempuh semua tu  bagi insan normal mungkin itu semua bukanlah masalah, tapi untuk insan kurang upaya sepertiku,ia satu yang sangat merisaukan.Aku bulatkan tekad, tinggallah segalanya untuk suatu yang telah lama aku impikan,


Hanya ucapan tahniah mengiringiku, tiada majlis perpisahan untuk taraf pekerja kontrak sepertiku, aku tidak kisah semua itu, ucapan tahniah sudah cukup, aku temui pengarah untuk kali terakhir, memohon maaf untuk segalanya.Melalui surat tawaran aku dimaklumkan bahawa aku bakal melalui kursus selama seminggu untuk PUSTAKAWAN baru di Bahagian Latihan Perpustakaan Negara Malaysia. aku selesaikan masalah penginapan terlebih dahulu kerana tempat tinggal adalah urusan kakitangan itu sendiri, melalui seorang kawan lama, aku memperolehi tempat tinggal di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, pada ketika itu tak silap aku 12 orang PUSTAKAWAN baru dan 5 orang Penolong Pegawai Perpustakaan di tempatkan di PNM. aku bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu, mujur isteri sudi temankan aku, Kami sampai dan tinggal di hotel Kuala Lumpur Internasional , esoknya kami keluar mencari PNM, tujuannya hanyalah untuk meninjau jarak hotel dan PNM, 
Agak jauh sampai tersesat, bila aku ajukan lokasi PNM kepada peniaga sekitar Kampung Baru, cara mudah jadi susah, Petang Ahad tu adalah hari terakhir wife dapat temankan aku, setelah mengetahui lokasi PNM dan  tempat tinggalku yang perlu menumpang ketika itu , dia perlu kembali untuk bertugas di Pulau Pinang, perpisahan pertama yang mengundang rasa sedih yang amat dalam, aku temankan dia ke Pudu Raya dan Kemudian aku perlu kembali ke Kampung Baru untuk menumpang di rumah kawan kepada kawan aku yang telah membantu mendapatkan tempat tinggal tersebut..BERSAMBUNG..


No comments:

Post a Comment