SELAMAT DATANG

Sunday, August 21, 2011

Menyelusuri Ramadhan..

Salam Ramadhan.. Ahad 21Ogos 2011 jam 5.15 petang lokasi biasa kat kuarters laa.
Hari ni dah pun masuk hari ke 21 cepat masa berlalukan, Aku mencuri kesempatan sebab letih sangat nak berblog, sibuk dengan amalan-amalan sunat cewahh, apapun bulan puasa ni ada sedikit kelainan yang aku buat, dulu aku cuba kumpulkan ahli keluarga untuk sama-sama berbuka di rumah mak, tapi kali ni atas cadangan adik aku, kami cuba kumpulkan ahli keluarga untuk berpindah tempat. Kami mulakan dengan rumah adik yang bongsu di Air Itam dan baru Jumaat dua hari lepas kami berbuka pulak di rumah kak aku di Kubang Jawi, sedikit kelainan yang menyeronokan. apapun bukanlah kelapan-lapan adik beradik aku dapat join, macam2 masalah tapi setakat mana yang dapat berkumpul, program berbuka di rumah mak aku akan gantikan dengan majlis BBQ mungkin raya keempat kot tengoklah. Aku pun belum lagi beli baju raya, baju aku mudah ja, baju Melayu satu, kain pelikat satu, kopiah satu selesai..pakai selipar ja mudah..kalau beli sepasang baju Melayu, baju aku pakai tapi seluar dia mungkin tikus yang pakai buat main aci ligan

dulu baju raya aku mak beli baju t-shirt kolar, seluar slack dan selipar, tak sampai pun RM 30.00 aku tak pernah kisah asalkan baru dan berbau kedai, sampai sekarang pun aku tak demand walaupun mampu, ala kadar sudah..nanti dah dekat nak raya aku citer nostalgia raya plak.. okkk..

No comments:

Post a Comment