SELAMAT DATANG

Sunday, July 3, 2011

Kesibukan yang muncul dalam diam..

Bulan Julai, dulu aku sering diingatkan tentang bulan membaca, banyak aktiviti oleh perpustakaan pada bulan ini.  tetapi atas semangat untuk membudayakan minat membaca berlakulah perubahan dengan penetapan bahawa sepanjang tahun adalah bulan membaca.


ok untuk bulan Julai ni aku perlu membuat persiapan untuk pameran sempena bulan kemerdekaan, mujur bahan pameran dapat aku pinjam dari Library Kedah, aku perlu bersedia untuk lawatan muhibbah ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Terbaru ada pulak program pameran dan jualan buku yang di pohon oleh sebuah syarikat dari Alor Star, aku perlu uruskan program kerana pasti ada kebaikan untuk warga KMTK. Dalam semua tu, aku membuat persiapan pameran untuk bulan September tajuk dah ada cadangan Pengarah sendiri "Kolej-kolej Matrikulasi di Malaysia, yang ni lagi penat. entahlah mampukah aku uruskan semua tu, merancang, mengurus, mengkordinasi, membuat keputusan adalah tugas seorang PUSTAKAWAN, seorang bos kena sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, berfikir,berfikir dan berfikir.




No comments:

Post a Comment