SELAMAT DATANG

Saturday, December 29, 2012

Nostalgia timur kembali lagi..

Dah tak lama nak masuk tahun baru..lagi dua hari..hari ni 29 Disember 2012..2013 selamat datang cepat sungguh masa berlalu.Sekarang dah 8.27 malam..Cuma kali ni aku bukan nak sembang soal kedatangan 2013 tapi satu suasana yang akan berulang bila tiba musimnya..Angin timur mendayu-dayu menampar muka setiap saat ketika aku di kampung. Lalu dengan kesibukan musim cuti sekolah yang bakal tamat membuatkan kenangan segar semula apa tidaknya pada musim beginilah dulu aku sering ke sungai memasang "Taut" yakni sejenis alat menangkap ikan..samada dicacak pada kaki sungai atau ditanam juga dibibir sungai..dan ketika inilah gamaknya ikan Haruan sedang mencari pasangan jadi banyaklah kaki pancing di sepanjang sungai menjalankan aktiviti mereka pada sebelah petang..

Aku banyak nostalgia ketika tiba musim ini dulu..biasanya dulu sehingga April barulah musim hujan kembali..melewati tempoh yang panjang itu dan setelah padi dituai ,lapangan bendang yang luas membolehkan kami bermain Wau yang sungguh menyeronokkan..musim berangin yang kering ini juga mengamit kenangan bilamana musim persekolahan bakal bermula..masa tu tahun2 hujung 80an..bila dapat maklumat tentang penjualan buku di Koperasi sekolah aku amat teruja untuk membeli buku dan peralatan sekolah..seingat aku pada slip keperluan alattulis yang dibekalkan,aku cuba membeli keperluan mengikut kemampuan ayah..konon nak save budget tapi bila serah slip tu pada guru yang bertugas di kedai koperasi tu..selamba ja dia ambik semua buku..apa yang dipotong entah kemana.. masa tu kita taktau sangat apa yang  diperlukan jadi atas cikgu lah apa pun..

Hari ni semua tu nostalgia..tapi angin timur tetap hadir..dengan kenangan silam itu..Rindu pada kenangan bila sampai dirumah dengan debu masih dikaki aku perlu kesekolah semula  untuk bermain bola untuk pasukan rumah dan pulang ketika matahari hampir terbenam selepas singgah membeli tembikai berdekatan sekolah..Keadaan sudah berubah angin timur tetap bertandang dan aku tetap menyambutnya dengan cara berbeza....SELAMAT DATANG 2013...   

Monday, December 10, 2012

KOHA merintis jalan..

Salam berblog semula, hari ini Isnin 10 Disember 2012..waktu sekarang dah 9.22 malam.Letih sikit dan sejak seminggu dua ni atau lebih tepat sejak Selasa lepas kehidupan di kuarters ni sedikit terganggu dengan kerja-kerja menaik taraf tingkap oleh kontraktor yang dilantik. Bunyi bising dengan debu simen cukup merimaskan dah tu tingkap terlopong tak bertutup mengzahirkan pandangan pengguna yang lalu-lalang bersebelahan jalan..

Apapun, ini sedikit selingan pengenalan...apa yang ingin aku kongsikan adalah selesainya penganjuran bengkel KOHA yang aku kendalikan. Berkat kerjasama kakitangan unit yang cukup baik buat ianya berjalan lancar, mereka mengisi beberapa aspek yang telah terlepas pandang dari perhatianku..Cuma bengkel yang bermula dari 2 hingga 4 Disember 2012 agak sedikit kelam kabut pada saat akhir ekoran penyertaan yang aku sendiri tak terduga..ingatkan hanya melibatkan kakitangan Perpustakaan dan unit Data sahaja tetapi kami menerima penyertaan dari 15 warga UITM Merbok yang berminat untuk turut serta.

Sebenarnya tak terjangkau dek masa yang ada untuk meneroka KOHA secara mendalam, nak paham apa itu sistem KOHA saja dah satu pagi dah tu nak tengok pula 12 komponen KOHA yang sedikit memunculkan kerumitan..Ini langkah kedua setelah taklimat awal atas bantuan Pustakawan Politeknik Seberang Perai kami perolehi..Nyata banyak lagi yang perlu diteroka dan masalah muncul dalam pelbagai rencah yang pastinya melambatkan usaha kami menggunakan sepenuhnya Open Source ini bagi tujuan Sirkulasi...

Paham ke tidak tak tau la..
Apapun 3 hari kursus melengkapkan jumlah hari kursus yang kami perlukan dalam setahun..Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan..kadangkala pening jugak..Kita yang cari kerja bukan kerja cari kita, jadi kena lah bekerja. itu amanah belum cukup bulan dah fikir gaji. Sebab itu untuk minum dan makan. Moga kami berjaya menggunakan KOHA....
Untuk rekod...

Moderator koha..

Bengkel kat Makmal Bahasa



sedang merapu dalam majlis penutup..




























Saturday, December 1, 2012

Mari raikan bersama...

Menu kami..
Hari ni 1 Disember 2012 dah..memang cepat sangat detik berlalu..Sabtu hari ni dan saat aku menulis ni dah 9.07 minit malam..hujan sangat lebat..esok aku nak jalankan satu bengkel untuk sistem Perpustakaan, harap lancarlah segalanya..mudah-mudaham..

Baik.. ada sesuatu untuk aku kongsikan..dengan sesiapa yang sudi membaca..Kelmarin buat pertama kalinya dalam sejarah keluarga kami dapat kami jayakan majlis sambutan hari jadi beramai-ramai..Kelmarin di rumah kak kami buat majlis simple tapi meriah..idea aku la semua ni..8 orang ahli keluarga termasuk aku menyambut hari jadi dalam bulan Disember. Majlis terpaksa di awal kan tarikhnya atas permintaan adik aku yang bongsu yang bakal bersalin. Dek takut tak sempat kami awalkan tarikhnya..Apapun majlis lancar cuma aku tak dapat elak bila kak Nya binti Mok datang sama cicah sate, piza, mee, bihun, roti jala,tembikai, bubur durian,pulut kuning dan lain-lain menu..kalau cicah makanan tu tak kisah la aku..tapi dia bagi kat betis payahlah nak makan..gatal..

Doa sikit
Untuk majlis ni..aku volunteer untuk buat sedikit doa selamat, kami doakan kesejahteraan ahli-ahli keluarga kami yang telah "kembali" kepadanya..kami pasti menyusul kemudian..Aku doa kebahagian dan perpaduan kami berkekalan InsyaAllah..tak susah nak menghimpun ahli keluarga. Mak yang dah ada 24 cucu dan 6 cicit nampak gembira walau seharian duduk rumah kak untuk buat apa yang patut..Hampir 40 ahli keluarga dapat berkumpul bst jugak bila dapat sambut hari jadi sama2.. Sekian..Tammat..

Senang macam ni..

Makan kat luar ..





Sunday, November 4, 2012

Doa dari seorang hamba...

Dah masuk bulan November..Hari ni 4 Nov. Hari Ahad..Sekarang dah 9.08 malam. Hujan lebat sangat tadi..Ok kali aku nak kongsikan sebuah lagi buku yang baru saja aku selesai membacanya..Tajuknya "Travelog Kehidupan Abadi-Perjalanan menuju dewasa" karangan Puan Roza Roslan..Sebenarnnya koleksi tulisan beliau dah dua buah aku baca tulisannya santai dan buat aku nak baca cepat2 biar habis..Wife yang beli semua buku ni.

Apa yang menarik adalah penulis membandingkan dirinya yang sentiasa berdoa kepada Allah agar kehendak dan  keperluanya dipenuhi.Bila Allah makbulkan,dia memohon pula keperluan dan kehendak yang lain.Semua keinginannya Allah makbulkan.Beliau menggambarkan seolah-olah beliau tidak pernah puas dengan nikmat melimpah ruah yang Allah kurniakan..

Bila aku kenangkan..samalah dengan aku aku juga melalui perkara yang sama..mungkin sebab kita hamba yang tak pandai nak bersyukur,Asyik memandang orang di atas..langsung tak teringin nak tengok orang yang di bawah"dia tak pa la gaji besar ribu2..aku ni ciput ja gaji..walhal berlambak orang dok mengganggur sekarang..

Aku pun begitulah.."Ya Allah bagi la aku kerja tetap macam orang lain, doa aku bila bertugas sebagai Buruh kasar dulu..Aku dapat kerja,tetap.Allah makbulkan..Ya Allah bagilah dapat gaji 4 angka macam kawan2 aku..doa aku ketika jadi Pembantu Perpustakaan dulu..

Allah makbulkan..Ya Allah aku nak balik kampung tak nak bertugas di sini seksa ya Allah..Allah makbulkan..Ya Allah aku nak ni, aku nak itu..memang aku tak pernah puas..jika nak ikutkan banyak lagi munajat aku pada Tuhan sampai esok pun tak habis..cukuplah

Rm 19.00 sahaja..

Monday, October 29, 2012

Hak kita Milik Allah...

Salam berblog semula...hari ni 29 Oktober 2012, Isnin jam 8.16 malam..

Aku baru selesai menghabiskan bacaan sebuah buku karangan Syed Alwi Al-Atas di bawah tajuk "Senyumlah" berharga 21.00..Aku cuma ingin menghuraikan satu slot yang cukup menarik perhatian untuk di kongsikan...

Buku ini banyak memperihalkan tentang kekuatan kita untuk berhadapan dengan masalah..dan pengertian konsep sabar dalam menempuh permasalahan hidup seharian..
senyum dan sabar hadapi masalah..

Menurut penulis semua yang kita miliki hari ini bukan hak kita,kita hanya diamanahkan untuk menjaganya untuk tempoh  yang Allah sendiri tentukan..apa saja harta kita, bila sampai masanya Allah akan mengambilnya kembali, Kehilangan harta benda ini menurut penulis termasuklah insan2 yang kita sayang,kereta,rumah,motosikal atau apa saja termasuklah anak kucing yang kita bela. apabila Allah ingin mengambilnya kembali  dalam kaedah yang pelbagai bentuk seperti kematian,kemalangan,kehilangan,kebakaran dan lain2 lagi boleh diumpama seperti memegang tali yang ditarik oleh suatu kuasa yang kita tak mampu nak halang...

Kita jangan gagahkan diri untuk menahan  dengan melawan tarikan itu...apa perlu kita buat adalah "lepaskan" dengan kesabaran..jika kita melawan..tangan kita akan melecet,luka atau mungkin takkan dapat lagi digunakan..Maksudnya lepaskan dengan redha dan sabar..jika sudah sampai masanya orang tersayang dijemput kembali..lepaskanlah..jika duit kita lesap dikebas orang..lepaskanlah..tak usahlah pergi bakar mesin ATM untuk cari gantinya..

Memanglah aku tak nafikan bercakap memang mudah,bila kena atau alami sendiri baru tau tapi bila aku baca buku ni..fahami betul2 apa yang ingin disampaikan,manusia tak sehebat manapun..apa yang kita ada semua hak Allah, kita miskin sebenarnya pinjam hak Allah

Tapi nak membina sifat redha dan sabar atas ujian Allah , itu yang paling susah..si Peah mati kena langgar dengan motokar sampai terburai perut coz lintas jalan tak tengok kiri kanan, kita pun menangis tak henti2 ingatlah kita saat jumpa peah kelaparan dulu, kita pungut bela dan jaga elok2 tapi nak buat macamana Allah pinjamkan kepada kita 6 bulan saja..cari cik Gayah pula lah untuk di bela..itulah sedikit gambaran yang boleh aku buat untuk gambarkan apa yang penulis ingin sampaikan..okey jumpa lagi.

Monday, October 1, 2012

Alangkah lurusnya bendulku..

Assalammualaikum..untuk semua pelawat blog yang tak berapa sihat ni..dan salam sejahtera juga salam 1 Malaysia.. sekarang jam 9.43 malam..hari ni hari Isnin 1 Oktober dah..

Satu kisah yang terpahat kemas di ingatan dan kukuh di fikiran kadangkala mengundang tawa sendirian..Kisah rusa masuk kampung yang sukar aku lupakan..aku sudi kongsikan sekadar luahan kenangan..tiada lagi rahsia..

Kenangan itu muncul setiap kali aku melihat manusia menempuh perubahan.Tahun 1999,di hujung tahun aku mula jejakkan kaki di Menara Gading..kata cikgu kehidupan di Universiti sedikit berbeza dengan alam persekolahan..satu ketika pada beberapa ketika aku memulakan kuliah pertama , seingat aku subjeknya adalah ICT kami belajar untuk mengenali Excel,Exces dan Power Point..kami perlu hadir dalam makmal komputer untuk kuliah berkenaan..

Aku masih ingat kelibat kakitangan yang bertugas di situ aku kira Pembantu Makmal..fizikalnya agak berisi dengan sedikit buncit he.he. orang negeri serambi mekah..Aku tahu bila dia bercakap dengan pensyarah yang mengajar kami ketika itu.Aku kira lokasi kejadian di tingkat 4 Menara yang digelar Menara Ilmu..kalau tak silap aku la, dah lamaaa dahh.

Saat kejadian kakak tu sedang sibuk memegang cermin kecil sambil mulut dimuncung dan pipi di toleh-toleh..nampak dia sangat sibuk dengan tugas sampingan seorang perempuan..bukan elok pun walaupun dia Make-up sampai kami masuk pulak kelas pagi esoknya tapi..ketika itu lurus bendulku dan kejujuran yang ada  ibarat terjumpa RM1juta dan meletakkan semula ditempat aku jumpai..Dan memang aku tak tahan sangat ketika itu..Dengan sedikit cemas dan risau serta sekilogram perasaan takut..aku mendekatinya.."Kak..dia buat derk je.."KAK..masih lagi pegang bedak..hishh.."Kakkk!!saya na ke tandas" "Heyy pegilah!!alamak ditengkingnya aku, kurang asam jawa betul.Malunya saat itu..

Rupanya, kalau di U tak yah bangun bila pensyarah soal,duduk ja dan buat selamba..nak terberak atau nak kencing, bangun ja dan tak yah bagitau, orang akan faham..dan bila kita masuk balik kawan-kawan akan usik "arghh leganya" he.he.

tapi kita dididik macam ni dari kecil"Please teacher may i go out"he..he
ok saja2 ja...  
 bendul biar selalu betul..

Sunday, September 16, 2012

Bila kepala di atas bantal...

Malam ni malam isnin..hari ahad 16 September..hari ni cuti umum sempena sambutan hari Malaysia...
9.17malam dah...

Ruang tu agak selesa..tapi sejukkk sangat..seorang kakitangan  mundar mandir..aku tak sangka dapat tukar ke sini, Universiti Utara Malaysia..aku keliru…keliru sangat..kenapa aku ditukarkan?..tempat ni library UUM kot..alamak susahlah macam ni..dah elok2 aku kerja kat KMTK. Kenapa aku dapat tukar ke UUM..Aduhh susah lah macam ni..Staff tu bagitau aku kena jumpa En. Nizar, untuk proses lapor diri… tepat jam 8.00. Aku pun langsung tak kenal yang mana satu En. Nizar..Staff tu bagitau aku En. Nizar ni sangat tegas..dia tak suka jumpa orang kusut masai..kemas dia nak..dia minta aku tunggu..macamana ni..aku takut..takut sangat macam2 dalam kepala otak aku..aku nak pi kerja macamana ni..UUM bukan dekat..tapi kat Shahab Perdana memang ada bas HBR pi UUM. Tapi bas awal pukul berapa aaarh pening2..pukul berapa pulak aku nak sampai kat rumah…kenapalah tukar aku? Kerja elok2 kat Pendang..dah tu jalan kaki saja..nak kena pulak naik bas macamana ni…eeeeebuntu..
Tadi aku mai macamana haaa kat tempat ni..rasanya wife aku hantar kot. Jauhnyaa kesian kat dia…dari Alor Star tu..Aku ni memang hidup untuk susahkan orang betul lah..Alamak…dah jam 6.00 petang ni..Mana dia En Nizar ni.oooi hangpa gila ka dari pagi suruh aku tunggu..Staff tu tengok aku dan suruh aku masuk bilik yang bertentang dengan tempat aku tunggu…ooo ni dia En Nizar..ok ja belum sempat aku buka mulut dia dah senyum…”Ok En.Roslan..hari ni saya nak temubual saja, esok baru start kerja…apa ni..haaapa ni..”En. tolong lah en. Saya tak boleh memandu..macamana nak mai sampai Sintok ni..sat gi pun saya tak tau nak balik gan apa susah la macam ni..kenapa tukaq saya mai sini..bila masa pulak saya minta tukaq?..
Aku terasa macam ada sesuatu nak keluar..aduhhh tak tahan..mana boleh tahan, orang kata tahan kencing boleh dapat batu karang tak pun… batu kapur aku kena bangun..aikk jam 4.00 pagi laaa aku kat Kuarters. Aku mimpi rupanya…
Itu mimpi pagi tadi..masih hangat lagi..walau Cuma mimpi aku kecut betul…tahlah macamana boleh mimpi kena tukar pi UUM, mungkin sejak akhir2 ni aku asyik kenangkan pasal pertukaran, ntahlah mimpi saja… 

jangannn..jangannnnn
  

Thursday, September 6, 2012

Diari teman terkini...

Bersua kembali pada detik dan saat ini..Hari ni 6 September,hari Khamis, seperti yang selalu aku sebut detik waktu terus berlalu dan masa pantas beredar..Sekarang jam 4.18 petang. Aku tak balik kampung petang ni. Kami bercadang nak balik pagi esok selepas singgah pasar pagi atau Nat kat Bukit Besar.

Apapun aku ingin berkongsi sebuah buku yang baru selesai aku baca minggu lepas, buku ni wife yang beli. Biasanya dia banyak beli novel.."rindu dijiwa" menghapai sepi, selagi kaki berlari,tingkap ditepi meja, Di bawah ketiakmu ada sesuatu..angin dari dalam seluar he.he dan banyak lagi novel2 yang berlambak kat rumah dan kuartes ni..Oleh kerana  buku yang satu ni menarik perhatian dan bersifat motivasi dan tarbiah, aku sudi luang waktu menatapinya..aku kongsilah satu kisah dalam buku ni yang agak menarik untuk dikongsi bersama..

Buku dengan tajuk "Catatan Penglipur Lara Sang Majistret" tulisan Zabidi Mohamed keluaran Galeri Ilmu setebal 255 muka surat pada harga RM 20.00. Buku ini dipecahkan kepada beberapa kisah melalui episod2 pendek yang buat kita mahu cepat menghabiskan bacaan..memang santai..

Menarik untuk aku kongsikan adalah kisah satu kemalangan yang menimpa sekumpulan jemaah Tabliq yang selesai menghadiri suatu perhimpunan di Terengganu. Kemalangan yang mengorbankan 3 penumpang daripada 18 orang penumpang dalam hanya sebuah van..bayangkan macam sardin..dah tu..ada cerita menarik..sat..sat..

Penulis yang ketika itu bertugas sebagai Majistret di Kelantan secara kebetulan menziarah anak rakannya yang sakit di Hospital berkesempatan berbual dengan pemandu van berkenaan yang merupakan seorang Pensyarah di KL...Pensyarah ini memaklumkan kepada penulis bahawa hikmah daripada kemalangan tersebut baginya ada 3..

Yang pertama kalau nak berjalan jauh naik van, semua periuk belanga,pinggan mangkuk hatta dapur gas kena ikat kemas2..he..he..mungkin barang2 tu yang jadi punca kematian..he..he.

Yang kedua..nak jalan jauh jangan pakai tayar celup..he..he..depa nak murah dan jimat sebab tu guna tayar celup..

yang ketiga kalau nak jalan jauh kena konvoi..coz bila xcident ada kawan boleh tolong..he..he..ironinya yang hampa naik sampai 18 orang satu van tu sapa suruh..

nak jadi habuan, selepas 5 bulan pensyarah ni dihadapkan ke Mahkamah kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan 3 nyawa melayang..

Kali pertama pertuduhan dibacakan kepadanya dia hadir ditemani 13-20 Karkun tabliq atau kawan2 dia lah..hebat..depa naik kapal terbang pi Mahkamah..Selepas pertuduhan di baca kepada Pensyarah berkenaan..dia tak mau mengaku salah dan tak mau dibicarakan..pelik dan pening Majistret..

Majistret buat keputusan tangguh kes sebulan...

Kali kedua selepas sebulan dia hadir dengan 10-13 rakan..hebat lagi naik kapalterbang..
namun masih sama jawapan yang diberikan tak mengaku salah dan tak mau bicara...

Majistret tangguh lagi sebulan..

Selepas sebulan haya 3-4 rakan saja menemaninya..katanya depa mai naik kereta..
masih sama jawapanya..tangguh lagi sebulan...

Kali ni dia datang seorang diri, nampak letih dan sedih katanya mai naik bas..he..he..
Akhirnya dia setuju mengaku salah.. dan Mahkamah jatuhkan hukuman penjara sehari atau denda rm 500. Tercengang Pensyarah tu..katanya kalau dia tau serendah itu hukuman yang bakal dikenakan dah lama dia mengaku salah..Majistret menyatakan bahawa dia memang kesian kat pensyarah tu..tapi dah tak mau bagi kerjasama dia buli la..tanguh..tangguh dan tangguh..

Pensyarah tu kata dia habis banyak duit masa dan tenaga dek menunggu kes dia bila nak selesai..Jadi nak lebih jelas cari dan bacalah buku ni...*kisah dalam post ini disesuaikan secara bebas..harap maklum..

Tolong promote...

Monday, August 27, 2012

Teman seorang Pustakawan..

Masih belum terlambat kot...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN..lama tak berblog apa pun hari ni 27 Ogos 2012 dan sekarang dah 8.44 malam ...ini cerita untuk post ekspress kali ni...moga bermanfaat untuk semua...


Sebaik-baik teman sejati adalah buku.
Diantara sebab kebahagiaan ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, memberi perhatian kepada pembacaan dan mengembangkan kekuatan otak dengan beberapa hikmah.  Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda. katanya:”buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipu mu dan teman yang tidak membuat mu bosan. Ia adalah teman yang sangat toleran dan tidak akan mengusirmu, ia adalah tetangga yang tidak akan menyakiti mu dan dia adalah teman yang  tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang kamu miliki. Dia tidak akan meperlakukan mu dengan tipu daya, tidak akan menipu mu dengan kemunafiqan dan akan membuat kebohongan.”

Buku adalah suatu yang jika anda lihat akan memberikan kenikmatan yang panjang, dia akan menajamkan kemampuan intelektual, melancarkan lisan dan membaguskan gerakan tangan. Dia akan memperindahkan lafaz anda, akan menenangkan jiwa dan akan melapangkan dada, memberikan penghormatan kepada orang-orang awam dan membuka jalan persahabatan dengan raja-raja kepada anda. Denganya anda akan mengetahui bahawa sebulan anda bergaul dengan buku akan lebih baik daipada anda bergaul dengan orang seumur hidup. Dengannya anda dapat menghindarkan diri daripada hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan buku anda tidak harus bersusah payah mengadap seorang pengajar yang mencari makan dari usaha mengajar, tidak harus belajar dari orang yang secara akhlaq lebih rendah daripada anda, dan tidak harus duduk bersama orang-orang yang hatinya penuh kedengkian dan dengan  orang-orang kaya.

Buku adalah sesuatu yang akan taat kepada anda baik di siang mahupun di malam hari. Dia akan setia baik dalam perjalanan mahupun ketika berada di rumah. Dia tidak menyakiti anda ketika anda sedang tidur.Ia adalah guru ketika anda memerlukannya, maka ia tidak akan malu untuk membantu dan jika meninggalkannya kerana kebendaan, maka ia tidak akan memutuskan faedahnya walaupun anda meninggalkannya dia akan selalu taat. Walaupun orang sekitar memusuhi anda, ia tidak akan berpaling. Bila anda bersama buku atau menjadikannya pegangan, anda pasti lebih unggul daripada orang lain

Buku tidak akan menenggelamkan anda dalam kemurungan dan berteman dengan keburukan, meskipun buku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap anda. Akan tetapi membacanya anda akan terhingdar dari perbuatan sia-sia seperti duduk termenung.

Faedah membaca dan mentela’ah
1.      Mengusir perasaan was-was kecemasan dan kesedihan
2.      Menghingdarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal batil.
3.      Menjauhkan diri daripada orang-orang yang mengganggur dan tiada aktivii.
4.      Melatih lidah untuk berbicara dengan baik dan menjauhkan kesalahan dalam ucapan
5.      Mengembangkan akal,mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
6.      Meningkatkan pengetahuan, daya ingatan dan pemahaman.
7.      Mengambil faedah daripada pengalaman manusia dan hikmah daripada orang-orang bijak
8.      Mematangkan kemampuan seseorang mencari dan memproses pengetahuan
9.      Meningkatkan keimanan khususnya apabila membaca buku-buku keagamaan
1.    Menenangkan fikiran.

Di petik dan diubahsuai daripada buku jangan bersedih karya Dr.Aidh bin Abdullah Al- Qarni page 154-155a
Teman memang mesra...

Saturday, July 28, 2012

Menyelam derita seorang rakan...

Salam Ramadhan...Hari ni dah 28 Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan petang Sabtu saat ni..6.30 petang...Aku cuba jugak untuk mencuri kesempatan untuk merakam sedikit bait-bait kata untuuk semua pengalaman yang aku kumpul. 

Pagi kelmarin dari Pokok Sena setelah sampaidi rumah mak..aku ajak anak saudara untuk menziarah seorang rakan yang memang tidak disangka sangka menempuh ujian Tuhan.. Sebelum ke Taman Aman untuk kunjungan ziarah tersebut aku terlebih dahulu mendapatkan bekalan koleksi majalah di salah sebuah kedai di Alor Star. Kemudian aku ke Taman Utama untuk mendapatkan sebuah buku sejarah yang cukup bermakna dan boleh digunakan untuk mewujudkan arkib mini di rumah. Selepas detik 11.45 pagi barulah kami ke Taman Aman lokasi kunjungan ziarah yang asyik tertunggak dek sibuk aku sebagai manusia yang nampak saja sihat...

Sebenarnya dah lebih sebulan aku menerima berita mengenai masalah yang ditempuh rakan tersebut..tiba dilokasi, Hampir 10 minit kami berlegar -legar mencari alamat rumah yang aku perolehi. Maklumlah hanya sekali aku ke situ, itupun rasanya dah 8-9 tahun lalu tambah pulak kami masuk dari arah belakang lagipun otak aku memang ada masalah bab2 nak ingat jalan ni.
Apa pun setelah menjengah kaki di dalam rumah rakan ini..hati mula sebak melihat dia terbaring sambil mata terbuka luas memandang syiling..Rakan ini memang rapat sejak aku mula bergelar penjawat awam. Ali Amran atau yang mesra aku panggil Abang Li.. sedang terlantar sedangkan 4 bulan lalu aku lihat dia masih sihat ketika terserempak di kedai mamak untuk bersarapan pagi..Aku lihat keadaan rakan aku ini dari sudut yang hampir sama seperti yang pernah aku deritai bezanya deritanya lebih teruk..terlantar dek ketumbuhan dalam kepala yang menzahirkan beliau lumpuh sebelah badan..strok..ketumbuhan itu menghimpit fungsi saraf mata yang menjadi punca beliau hilang deria penglihatan..Ada kesan pembedahan yang menyaksikan tempurung kepalanya di buang di bahagian depan..maka munculah keadaan kulit kepala yang masuk ke dalam..buat aku ngeri..

Mulanya dia seakan tidak mengenaliku..selepas beberapa penerangan termasuk gelaran yang melekat pada aku ketika di Perpustakaan Awam dulu barulah aku dikenali. Ingatannya masih baik tapi dia cuba menggunakan deria pendengaran untuk berinteraksi..Melalui penerangan dari isteri beliau aku dapatlah maklumat yang aku nyatakan di atas..

Sebenarnya aku telah mula mengenali beliau ketika aku menuntut di tingkatan 6 lagi waktu tu selepas sekolah bersama rakan2 kami sering berkunjung ke Perpustakaan untuk membuat rujukan. Abang Ali bertugas di Bahagian Rujukan, mungkin dia tak perasan tapi ingatan aku kuat mengenai hal itu. 3 bulan latihan praktikal dan di bahagian Rujukan dia  banyak membantu untuk penyediaan bahan pameran berkaitan Ikan Lohan yang popular ketika itu.. dia banyak memberi tunjuk ajar..hampir 7 tahun di situ kami agak rapat kerana sering makan pagi dan tengahari bersama. Kekadang dia hantar aku ke Shahap Perdana ketika aku pulang dari kerja.Pernah dia bertandang ke rumah untuk mendapatkan ikan yang aku tangkap. Inilah antara insan-insan yang Allah hadirkan yang  banyak membantu ku dulu.

Melihat keadaanya aku tak pasti adakah dia akan kembali sihat seperti dulu tapi tiada apa yang mustahil..dan berat mata memandang siapalah yang tahu berapa berat bahu memikul..padaku orang takkan rasa bila tak kena bila kena, semua maklumat tentang penyakit tu kita sangat sudi untuk berkongsi..sebelum beredar aku ucapkan kepadanya supaya banykakkan bersabar dan cepat sembuh..aku katakan aku cuba menjengah lagi bila berkesempatan.. Bersyukur saat diuji..buku yang sedang aku hayati...

Abang Li..

Monday, July 9, 2012

pada dasar sebiji periuk..

Aduhhh penatnya...

Hari ni dah 09 /07/2012..hari Isnin..Monday kata pakcik aku yang beranak kat London dan "senayan" kata orang2 Kedah dan seperti biasa yang aku suka sangat sebut..cepatnyaaa masa berlalu...tinggal dalam ..berapa ya...sat nak tengok kalendar..12 hari lagi umat islam kat Malaysia nak sambut ramadan..

Baru sekejap tadi aku jengah ke dapur...bertanya kabar kepada periuk belanga yang masih berdarah nifas..Aku pegang periuk tu dan terus aku bedal...aku basuh..tambah sikit Axion perisa limau dan ambik besi atau kasa dawai yang digunakan untuk menyental punggung yang gatal..Aku tonyoh..tonyoh betul2 sat..sat.. kak limah dok main pintu..angin kuat gamaknya.. ok..aku sambung.. Alamak..cik embong  dan tampok  dok berkelahi di luag pulakkk...bising betul la...kalau nak ngorat bohjan pun jangan kat kuartes ni..bising la..

Haaa dah senyap.Aku sambung balik cerita aku tadi...ok lepas puas menonyoh punggung dasar periuk tu..masih ada kesan gulai, kering karat yang hitam dan sedikit legam pada dasarnya..puas berdiri, aku terpaksa duduk..kepit sedikit periuk tu dan sental lagi..cuci sikit dan nampak sinarnya  yang jelas menampakkan dua lubang..eh apa tu..ohh lubang hidung aku..Aku tengok dasar punggung periuk tu..ada lagi , masih tak bersih...lalu aku pun terkenang la betapa payah membersih periuk, payah lagi nak membersih hati..gamaknya macamtu lah kot hati aku...dan hati2 orang lain atau hati2 di jalan raya..Camne yak nak bersihkan hati?
sebijikk macam ni..


Berlapang dada tu boleh kot bersihkan hati, memaafkan kesalahan orang, bersedekah ..boleh kot no..Apa pun ini semua hanyalah pandangan peribadi aku je..

Esok ada program "1 murid 1 sukan dan 1 apa lagi tah..kami nak buat senamrobik..harap esok tak ujan jika tak senamrobik dalam jamban je la..cangggkunggg ja... 

Tuesday, June 19, 2012

Menjengah Singa Utara...

Kami beli botol kecil 2 botol RM 50.00
Penat jalan kat Taman Ular ni...
Kat Kuala Perlis
Malam ni dah dua malam aku bersendirian...dan hari ni ada mesyuarat pengurusan..aku diminta bentangkan sedikit dalam mesyuarat laporan unit Perpustakaan...biasalah..Hari ni dah 19 Jun 2012, Selasa...dan sekarang baru jam 8.12 malam...post kali ni aku nak cerita sikit tentang rombongan keluarga yang aku anjurkan..rombongan ke Bukit Air di Perlis aku rancang on the spot ja, ajak la dua tiga orang adik-beradik untuk pergi berkelah..mandi-manda dan bakar2 apa yang patut...Jadi hari tu 11 Mei 2012...kami bertolak dengan tiga buah kereta jam 8.30 pagi..berkumpul kat rumah adik aku di Air Itam dan bertolak ke Bukit Air, tempat memang popular tapi dek kerana hari tu hari Jumaat dan rakyat perlis bekerja, maka lenggang sahajalah tempat tu.. tapi dalam jam 11.00 adalah dua tiga keluarga yang aku kira orang Kedah, hadir

Aku bersama Atan dan Mi bertolak mencari masjid untuk solat Jumaat sekitar jam 12.30, selepas selesai solat dalam jam 4.00 petang kami pun meninggalkan Bukit Air...cadangnya nak ke Taman Burung tapi tmpat tu telah ditutup,sebaliknya di lokasi berdekatan ada perternakan lebah, maka singgahlah sekejap tengok kaedah buat madu...

Kemudian kami bergerak ke Taman Ular...sekitar jam 6.00 kami bergerak pula ke Kuala Perlis untuk makan ikan bakar...boringkan cerita aku..aku letih sikit otak biul, pening semacam ja tapi nak juga menulis...

Apa pun jam 8.00 malam baru kami sampai di rumah..rasanya letih jugaklah tapi bukan senang nak ajak adik-beradik untuk join aktiviti macam ni..  ok letih la...
Bukit Ayer bukan Bukit Air...
   

Sunday, June 10, 2012

Sehari Bersama...Tanggungjawab...

10 Jun dah hari ni..cepatnya...masaa..dan umurku makin singkat..Sekarang baru 8.10 malam..kepala agak sakit,mata letih..sikit..Aku mengenang beban yang aku pikul..sungguh sukar mengalas tanggungjawab, sukar bila menjadi manusia dengan tanggungjawab yang berat..Sebagai manusia sikap bertannggungjawab memang telah disemai sejak sekolah rendah lagi bezanya suasana dan masa serta keadaan saja yang buat seseorang itu memegang tanggungjawab..terlalu luas aspek ini untuk diulas..kita membeli sebungkus roti, kita buka pembalutnya,roti dikunyah penuh nikmat tapi..pembalutnya kita buang begitu saja..memang kita tak bertanggungjawab...

Kita biarkan ahli keluarga yang menghadapi kesusahan sedangkan kita mampu membantu, kita manusia tak bertanggungjawab..Aku bila kelapangan suka mengenang tentang banyaknya tangungjawab aku sebagai manusia.Tanggungjawab sangat berkait rapat dengan kejujuran,keprihatinan..Tetapi akhir2 ini disebabkan tekanan hidup yang melampau, beban hidup mencabar menyebabkan ramai manusia lari dari tanggungjawab..anak menhantar ibu-bapa ke rumah orang2 tua,suami menceraikan isteri sesuka hati, pekerja yang tiada lagi nilai2 murni dan integriti dalam diri. hari ini bekerja bukan lagi sebagai ibadah tetapi hanya untuk cari makan...Tanggungjawab bila dilaksanakan sebaiknya akan menonjolkan kemurnian jiwa hamba manusia yang melaksanakan.

Adeiiiberatnya
Aku teringat kata2 seorang rakan seuniversiti dulu..katanya orang lelaki ni banyak dan berat sekali tanggungjawabnya.Sebab tu untuk menjadi manusia bertanggungjawab sangat sukar..tetapi nilai untuk hidup bertangungjawab itu boleh dibentuk..sekeping akhbar berterbangan di padang sebuah sekolah yang luas..tanggungjawab siapa memungutnya..tukang kebun? pelajar? guru? pengetua? atau ayah dan ibu pelajar yang bersekolah di situ..fikir-fikirlah tentang tangungjawab yang luas skop dan isunya...lari dari tanggungjawab demi kepentingan diri memang mudah...

Thursday, May 31, 2012

Jihad membina akhlak...

Hari ni Khamis 31 Mei 2012, cepatnya masa berlalu..Hari ni adalah hari terakhir minggu Pendaftaran Pelajar-pelajar Baru (MPPB) aku hadir dan menyaksikan majlis perasmian penutupannya petang tadi.Walaupun hari ni boleh balik jam 3.30 petang tapi jam 4.45 jugak aku  sampai di Kuartes...

kebetulan pula wife tak sihat jadi malam ni aku tersadai di sini...apa boleh buat...aku redha kerana allah dah takdirkan begitu...Sebenarnya ada satu kelainan yang aku rasa dalam diri..sejak kebelakangan  ni semuanya tentang perasaan...Aku ingin berjihad sebenarnya berjihad untuk menjadi manusia yang baik...lebih baik..berjihad untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur sentiasa berterima kasih atas segala macam nikmat Allah...

Aku ingin menjadi manusia yang sangat sabar dalam menempuh ujian Allah yang pelbagai...aku ingin sekali untuk tidak mencela dan  mencari kelemahan manusia lain, Aku ingin sekali bersangka baik dengan semua orang ..cuba aku buang sekelumit pun rasa dendam pada orang, aku cuba untuk memohon dan memaafkan orang...terlalu sukarrrr...Aku cuba untuk berlapang dada, menerima apa saja takdir tuhan pun cukup sukar...aku hanya tau membuat pertikaian kenapa  aku..kenapa begini kenapa begitu...
Sukar sungguh nak menjadi manusia yang berakhlak sempurna...bila orang perlekeh aku, cukup sukar nak jadi orang yang sabar, bila orang buat silap, hati akan sentiasa dihasut Syaitan  minta aku supaya marahlah jangan tunggu... marah...sukar..sukar sukar sungguh untuk menjadi manusia yang baik, sukar untuk didik lidah untuk tidak mengumpat,mencela dan mengata  orang

macamana nak jadi orang  berakhlak mulia ya...Mungkin kalau orang mengumpat aku,aku diam, mungkin kalau hilang barang aku sabarrrr entahlah marilah kita berusaha membina nilai2 yang baik dalam diri...banyakan sabar, jaga lidah...jaga mata...jaga minda...

Aku baru perasan...perasaan ini muncul selepas aku membaca sebuah buku bertajuk "Secubit Halwa Penawar Jiwa  100 Kisah Kehidupan"   Kumpulan cerita2 benar yang menyentuh,membelai dan menyernihkan jiwa  susunan oleh Zakaria Sungib. Aku kena ulang banyak2 baca buku ni cukup dulu la kot nak solat Isyak  sekejap...
Kerana Akhlak boleh juga kita ke neraka

Tuesday, May 29, 2012

PESTA BUKU 2012...

Hari ni 29 Mei 2012, hari Selasa
Lokasi sama ja, sekarang dah 6.30 petang. 

Assalammualaikum w.t.h untuk semua pengikut blog ni, yang setia, tak setia atau sesiapa saja yang secara tak sengaja terlawat...bukan terliwat blog ni...

Lama sangat aku tak update post...bukan sebab sibuk..bukan sebab malas tetapi tah macamana tiba2 Modem Streamyx aku rosak...dah tu Hardisk PC terlampau slow...Jadi aku hantar workshop, bagi kawan aku yang juga bekas staff aku tolong repairkan...dia buat baik punya...dan modem aku beli baru coz telekom dah tak layan sebab warranty dah tamat tapi bil aku dok bayar gak. Mujur wife pandai setupkan, nak harap aku buat pondok2 pandai la...

Apa pun aku nak berblog kembali...dan kisah kali ni adalah tentang minat kami suami isteri membeli buku..Rancangan nak ke pesta buku di PWTC dah lama dah rancang. Tak silap aku awal tahun 2012 lagi rasanya. 

Jadi kami mengambil kesempatan cuti hari pekerja pada 1 Mei 2012 lalu untuk ke KL. Bertolak dari Shahap Perdana jam 8.00 pagi dan sampai hentian Duta jam 2.30 petang...jam 3.30 kami dah check in di bilik 2008 di Kuala Lumpur International Hotel, area Kampung Baru tempat lama yang sering aku kunjung dulu...

Penuh gan buku saja..
memang best..
2 Mei 2012 ...hari rabu tu kami bergerak ke PWTC..sebelum jam 10.00 pagi dah sampai..masa tu ramai pelajar2 sekolah dengan diiringi guru masing2 mula nak bergerak masuk ke ruang atau gerai jualan...seronok..teruja dan sangat meriahh..matlamat aku pada kali ni selain nak membeli buku, aku juga nak mengumpul katalog2 buku dari syarikat2 yang membuat jualan...memang banyak aku dapat. saja ja buat koleksi buku2 baru mungkin mudah bila ada budget nak beli buku nanti...masalah beli adalah nak membawanya, terfikir aku alangkah senang bila beli dan terus simpan dalam kenderaan..tapi ini urusan personal..budget kami pun tak banyak cuma RM 300.00 ja..mungkin tahun2 yang akan datang aku nak tambah budget tu dan sewa helikopter dan, tunggu kami kat atas bumbung PWTC...aku dah mula merapu...
Buku yang tengah tu ada di lib aku  tapi hilang...

Kami balik jam 1.00 petang dan cadang nak ke Jalan TAR untuk membeli tar nak buat jalan aku merapu lagi...wife nak beli kain untuk seluruh pendudukPokok Sena ...tapi hujan saja memanjang waktu tu setiap petang jadi tidur saja la..

Ada pertandingan pidato bahasa Mandarin masa tu..
Esoknya jam 10.30 pagi dengan bas tranasional kami balik Alor Star..sampai jam 4.30 petang...memang best beli buku cuma berat nak mengusung saja..sekian dulu kot lapaq dah ni..

Wednesday, April 4, 2012

ISO...Suatu pengalaman..

Jam pada detik 9.32 malam, Hari Rabu lokasi sama..

Aku selalu sebut bahawa detik waktu terus berlalu, memang cepat kan. Dan aku menjadi takut kerana kita adalah hamba yang sangat lemah, sering lupa dan alpa jika tidak diingat. Jadi se elok mungkin kita menjadi insan yang suka ingat mengingati sesama kita untuk kebaikan asal jangan terlalu menyibuk hingga menerjah tepi kain mahupun ketiak orang sudah...

Ok..aku mengaku keletihan dan kesibukan sedikit menghiasi diari hidup aku sejak kebelakangan ini. Jadi aku tiada kesempatan berkongsi rentetan kehidupan. Apa pun untuk slot pertama bagi bulan April ini aku ingin kongsi sedikit pegalaman aku yang tidak seberapa untuk post terbaru...

Aku baru selesai mengikuti kursus penyediaan dokumentasi ISO bagi unit Perpustakaan KMTK..Kursus yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas bermula 2-4 April 2012. Segalanya memang dipermudahkan Allah untuk aku...yelah nak makan pun payah dah tu otak macam longgokan sampah yang tak dipungut..berat,mengantuk, mata pun macam bengkak memanjang. Tapi semua tu aku letak tepi...Kita Pegawai Kerajaan, kita kena bersungguh2, kena akur bila ada terma "Saya yang menurut Perintah" Alhamdullilah dokumen siap dengan sedikit lagi penambahan...Pengalaman dengan istilah ISO dah pernah aku tempuh bersama PPAK dulu ada la sikit pengalaman...Tapi bagi yang kenal apa itu ISO akan merasakan sedikit kegerunan bila istilah audit meniti dibibir..agak sukar menetapkan difikiran bahawa audit dilakukan bukan untuk mencari salah kita sebaliknya membetulkannya.

Sekadar hiasan...
Tapi entah apa yang dilakukan oleh Juruaudit sehingga orang yang diaudit gelabah tak tentu hala...entahlah kadang2 terfikir gak aku macamana la bila kena audit masa dalam kubur nanti tentu lagi menakutan...Entahlah yang pasti sekarang aku perlu menyokong pengurusan kolej dengan sepenuh komitmen untuk pensijilan ISO...banyak kerja dan perkara untuk diteliti...Jumpa lagi.

Sunday, March 11, 2012

Dia yang aku kenali...

Sekarang dah 8.05 malam...dan hari ini dah 11 Mac 2012, Ahad, lokasi menulis tetap sama. Hari ni, saat ni lebih tepat, aku berseorangan, wife balik ke Pokok Sena. dan saat ini kesunyian menyelubungi diri, hanya tv meluah bicara. Aku ingin kongsikan sesuatu yang menarik perhatian, menuntut penghormatan dan mungkin mengundang kekaguman. Aku percaya ramai yang celik mata menatap akhbar dua tiga minggu yang lepas, kisah tentang kejayaan seorang OKU yang berjaya memperolehi Doktor Falsafah, PHD dengan seribu kepayahan. Dr Muzammil Mohd Nor. 
Pertama bila membaca kisah kejayaanya, buat aku respect habis, tapi aku tak pulak rasa hairan kerana dia pernah aku kenali. Aku pertama kali melihatnya adalah ketika aku di tingkatan 4 tahun 1992 Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Alor Star, beliau ketika itu dalam tingkatan 6. Waktu itu aku melihat ayahnya gigih menolak kerusi roda untuk ke blok tingkatan 6. Cuma aku tak pasti bagaimana beliau di bawa ke tingkat satu.
ketika beliau menerima anugerah...

Hampir 10 tahun selepas itu dia aku temui lagi sedang gigih untuk menyiapkan tesis bagi keperluan Sarjananya, dengan kereta yang diubahsuai dia memarkirkan keretanya diruang parkir OKU di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Aku ketika itu hanyalah seorang Pembantu Perpustakaan kontrak sedangkan dia , jika tak silap aku adalah pengarah disebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang. Aku selidik kaedah dia memiliki lesen memandu, dia "sound" aku ehh kau boleh bawak keta ke.. masa tu bengang gak la telinga aku. Yang hang duduk atas "wilcha" boleh , takkan aku tak buleh. Tapi itulah, aku hanya ada keupayaan tanpa semangat  dan kesungguhan. sebab tulah sampai sekarang dah 3 kali nak ambik lesen tapi asyik sangkut bila cari tombol pada stereng tak jumpa2.
Bakti antara badan yang membantu beliau


Setiap kejadian pasti ada hikmahnya..
Dah kena  strok pulak, tah bila aku boleh dapat lesen. Setakat corner dan alihkan kedudukan kereta boleh la. Nak bawak atas jalan tak boleh lagi. entahlah semuanya atas izin Allah juga..Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul beban, marilah kita bersyukur bagi segala nikmat Tuhan yang kita ada usah memandang kesempurnaan kerana kita hamba lemah..Sekian...

Wednesday, February 29, 2012

Taklimat sulong...

Dah nak masuk bulan Mac..Hari ni 29 Mac 2012, aku menulis di lokasi yang sama dan sekarang dah 6.23 petang, pejam celik,pejam celik esok bulan mac. Ada orang pejam celik pas  tu pejam terusss...

Baik ini cerita semalam atau kemarin kata orang Kedah. Minggu lepas aku dimaklumkan akan ada lawatan dari Sekolah Menengah Ibrahim, SP katanya dalam 30 orang termasuk guru pengiring. Perkara ini agak mengujakan aku kerana sebelum lawatan hanyalah dari kalangan pelajar sekolah Rendah dan tadika saja, tapi kali ni Perpustakaan menjadi antara destinasi kunjungan.

Bengong jugak memikirkan apa yang nak di"gorengkan" nanti, kalau mee atau bihun sedap gak lah. Sebenarnya kerisau aku hanyalah pada keadaan dan prasarana library yang masih belum mantap segala segi, masih banyak rekahan yang perlu ditampal. Segan memang wujud,elok merendah diri elak mendabik dada, apalah yang kami ada, umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang, Akan tetapi jika orang berhajat kita siaplah gelangang , kalah dan menang  bukan perlu jadi persoalan,sambut dan pelawa sedanya itu adat kita. 

Aku dengan hanya 5 jari saja mampu ditadahkan, Slide dah lama ada cuma aku kemaskinikan apa yang patut. Memang seronok menerima pelawat sebenarnya. Cuma agak kekok bila dah lama tak "berpublic speaking", dulu masa kat Perpustakaan Awam Negeri Kedah, selalu aku yang bagi taklimat mewakili bos menerangkan fungsi dan peranan Bahagian Koleksi Kedah, kini itu semua hanya kenangan.
Tekunnya aku merapu..

Aku rasa cukup "eksklusif" bercakap dalam Bilik Tayangan di Perpustakaan, entahlah rasa dapat konsentrasi yang tinggi, kalau nak bagi ceramah dan nasihat motivasi atau untuk mento mente sangat sesuai walaupun saiznya agak kecil. Dan ketika menulis ni dapatlah pula idea nak touch up sikit bilik ni.
Tekunnya mereka..

Namun bila berhadapan dengan public macam ni dan ada pula Kaunselor yang merasakan "sesuatu" yang unik dan menarik pada pembentangnya...yelah aku sangat paham, kalau orang buta boleh repair motor tak ke menakjubkan...itulah pandangan orang pada aku, jauh untuk riak, bongkak serta bangga, semua ni anugerah Allah tak da yang mustahil. haa tengok pelajar2 dia satu tangan boleh jadi Pustakawan kamu yang cukup lengkap ni pasti boleh jadi lebih  hebat dari dia. aku simpulkan macam tu lah. Apa pun aku pasti akan ada lagi lawatan seterusnya..aku perlu sentiasa bersedia. Tapi kan kita selalu fikir bila tengok ja OKU pasti kita kagum dengan kebolehan atau kemampuannya tapi jarang kita mengambarkan bagaimana jika aku jadi macam dia.
Ruang taklimat dalam bilik tayangan...


Cukup jika perpatah menyebut" Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. Aku hanya insan biasa, dipinjam sementara untuk hidup di dunia tapi selalu ingatan tersemat difikiran, jika lahir kita sempurna belum tentu mati kita cukup anggota..

Sebelum berlabuh kata, terima kasih kepada semua follower senyap yang "prihatin" menjadi penyampai buletin utama bagi memanaskan dunia...Wassalam.

Sunday, February 19, 2012

Memukat di Lubuk Harapan..part 1

18 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu dan sekarang dah 9.17 malam..lokasi tetap sama..nak hujan lebat ni...

Kelmarin hari Jumaat aku berpeluang sekali lagi untuk turun memukat di Lubuk Harapan yang mungkin 10-20 tahun lagi akan jadi "parit besar", sampah semakin banyak dibuang ke dalam sungai. Cuma bezanya kali ni aku tak lagi turun manual sebaliknya menggunakan bot fiber yang aku beli di penghujung tahun lepas. Memang dah lama nak memilikinya. Dari zaman rakit batang pisang aku memiliki rakit tong minyak tanah dan kemudianya rakit kayu diapit dua tong besar, semuanya dah berkecai kerana terlanggar "bongkah ais", merapu la tu..
masa pukat  baru nak diangkat

Pannas terik jam 3.00 ptg
Imbangan badan perlu agar tidak terlentang ke sungai
dan selepas sekian lama berhajat memiliki bot fiber sampai habis ceruk internet aku robek untuk cari info kat mana boleh dapat bot, akhirnya aku beli area Mergong pada harga RM 7xx dengan dua pendayung berharga 9x semuanya diuruskan anak saudaraku..lega walaupun ada bantahan hebat atas pelaburan yang bersandarkan kepada minat dan hobi, mujurlah aku bukan kaki judi atau perempuan jika tak tentu aku dah buka kelab dangdut dah..minta simpanglah ya.

Ok pagi Jumaat lepas kami lapuhkan 12 pukat tanpa kaki menjejak dasar sungai, anak-anak lampam sebesar tapak tangan budak 5 tahun berkericau membelah benang pukat, jam 8.30 kami mula jam 10.00 kami mula mengumpul ikan yang lekat dijaring kemudian kami berehat hanya 12 ekor ikan lampam terjerut..mungkin sebab air sungai masih banyak.
Antara hasil tangkapan
mengangkat lebih mudah dari melabuhkannya

Selepas balik dari masjid kami turun untuk mengangkatnya, jadi banyak ikan yang kembong sebab koma lama  sangat..tak lah banyak sangat ikan yang kami dapat hari tu..mungkin aku nak tunggu ikan lampam tu besar sikit dan paras air yang lebih cetek..ok jumpa lagi.. 

Saturday, February 11, 2012

Ketika Allah mengujiku..Part 9

11 Februari 2011 Sabtu hari ni lokasi sama ja la. Seminggu dua ni aku agak sibuk..banyak benda nak kena selesaikan. 

Aku sambung kisah aku dulu...Selepas 3 kali mendapat rawatan di klinik tu pada mulanya perubahan fizikal aku cukup memuaskan kaki kembali kuat dan sakit kepala semakin kurang. cuma ubat tu lama kelamaan tidak lagi kuat fungsinya, jari2 tangan tetap tidak berubah.

Penghujung 2009 Aku menjadi sangat serba salah, aku pohon laporan penuh mengenai penyakit yang aku tempuh dari Hospital Kuala Lumpur sebagai sokongan untuk memohon bertukar, sebenarnya dah ada kekosongan di Jitra, tapi masa tu serba salah aku untuk memohon pertukaran, antara kesensaraan hidup di KL dengan kelebatan pendapatan,kerinduan pada kampung halaman dengan kepenatan berulang naik bas.

Aku solat ikhtikharah memohon petunjuk nak pohon bertukar atau tidak...sebelum menamatkan rawatan di HKL Doktor yang merawat bersungguh-sungguh menyediakan surat rujukan supaya aku mendapatkan rawatan seterusnya di Hospital Sultanah Bahiyah dan aku turut dibekalkan ubat selama 6 bulan.

Ubat  untuk seorang pesakit
Aku sediakan surat permohonan prtukaran dan merujuk pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Sumber Manusia PNM, Mulanya dia acuh tak acuh tengok surat aku, mungkin dia biasa sangat tengok surat minta tukar tapi selepas aku tegaskan yang aku kena strok barulah dia tumpukan perhatian.

Dia pertikaikan kenapa aku tak minta lebih awal, ada kekosongan di Jitra aku hanya mendiamkan diri tapi aku jelaskan jugak bahawa aku serba salah untuk memohon.Sebelum aku langkah kaki keluar dah riuh rendah kakitangan di situ berbisik mengenai permohonan aku disebabkan strok..sementara menunggu status permohonan aku teruskan cabaran di KL seperti biasa...
ok jumpa lagi...