|
Kami beli botol kecil 2 botol RM 50.00 |
|
Penat jalan kat Taman Ular ni... |
|
Kat Kuala Perlis |
Malam ni dah dua malam aku bersendirian...dan hari ni ada mesyuarat pengurusan..aku diminta bentangkan sedikit dalam mesyuarat laporan unit Perpustakaan...biasalah..Hari ni dah 19 Jun 2012, Selasa...dan sekarang baru jam 8.12 malam...post kali ni aku nak cerita sikit tentang rombongan keluarga yang aku anjurkan..rombongan ke Bukit Air di Perlis aku rancang on the spot ja, ajak la dua tiga orang adik-beradik untuk pergi berkelah..mandi-manda dan bakar2 apa yang patut...Jadi hari tu 11 Mei 2012...kami bertolak dengan tiga buah kereta jam 8.30 pagi..berkumpul kat rumah adik aku di Air Itam dan bertolak ke Bukit Air, tempat memang popular tapi dek kerana hari tu hari Jumaat dan rakyat perlis bekerja, maka lenggang sahajalah tempat tu.. tapi dalam jam 11.00 adalah dua tiga keluarga yang aku kira orang Kedah, hadir
Aku bersama Atan dan Mi bertolak mencari masjid untuk solat Jumaat sekitar jam 12.30, selepas selesai solat dalam jam 4.00 petang kami pun meninggalkan Bukit Air...cadangnya nak ke Taman Burung tapi tmpat tu telah ditutup,sebaliknya di lokasi berdekatan ada perternakan lebah, maka singgahlah sekejap tengok kaedah buat madu...
Kemudian kami bergerak ke Taman Ular...sekitar jam 6.00 kami bergerak pula ke Kuala Perlis untuk makan ikan bakar...boringkan cerita aku..aku letih sikit otak biul, pening semacam ja tapi nak juga menulis...
Apa pun jam 8.00 malam baru kami sampai di rumah..rasanya letih jugaklah tapi bukan senang nak ajak adik-beradik untuk join aktiviti macam ni.. ok letih la...
|
Bukit Ayer bukan Bukit Air... |
No comments:
Post a Comment