SELAMAT DATANG

Monday, August 27, 2012

Teman seorang Pustakawan..

Masih belum terlambat kot...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN..lama tak berblog apa pun hari ni 27 Ogos 2012 dan sekarang dah 8.44 malam ...ini cerita untuk post ekspress kali ni...moga bermanfaat untuk semua...


Sebaik-baik teman sejati adalah buku.
Diantara sebab kebahagiaan ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, memberi perhatian kepada pembacaan dan mengembangkan kekuatan otak dengan beberapa hikmah.  Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda. katanya:”buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipu mu dan teman yang tidak membuat mu bosan. Ia adalah teman yang sangat toleran dan tidak akan mengusirmu, ia adalah tetangga yang tidak akan menyakiti mu dan dia adalah teman yang  tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang kamu miliki. Dia tidak akan meperlakukan mu dengan tipu daya, tidak akan menipu mu dengan kemunafiqan dan akan membuat kebohongan.”

Buku adalah suatu yang jika anda lihat akan memberikan kenikmatan yang panjang, dia akan menajamkan kemampuan intelektual, melancarkan lisan dan membaguskan gerakan tangan. Dia akan memperindahkan lafaz anda, akan menenangkan jiwa dan akan melapangkan dada, memberikan penghormatan kepada orang-orang awam dan membuka jalan persahabatan dengan raja-raja kepada anda. Denganya anda akan mengetahui bahawa sebulan anda bergaul dengan buku akan lebih baik daipada anda bergaul dengan orang seumur hidup. Dengannya anda dapat menghindarkan diri daripada hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan buku anda tidak harus bersusah payah mengadap seorang pengajar yang mencari makan dari usaha mengajar, tidak harus belajar dari orang yang secara akhlaq lebih rendah daripada anda, dan tidak harus duduk bersama orang-orang yang hatinya penuh kedengkian dan dengan  orang-orang kaya.

Buku adalah sesuatu yang akan taat kepada anda baik di siang mahupun di malam hari. Dia akan setia baik dalam perjalanan mahupun ketika berada di rumah. Dia tidak menyakiti anda ketika anda sedang tidur.Ia adalah guru ketika anda memerlukannya, maka ia tidak akan malu untuk membantu dan jika meninggalkannya kerana kebendaan, maka ia tidak akan memutuskan faedahnya walaupun anda meninggalkannya dia akan selalu taat. Walaupun orang sekitar memusuhi anda, ia tidak akan berpaling. Bila anda bersama buku atau menjadikannya pegangan, anda pasti lebih unggul daripada orang lain

Buku tidak akan menenggelamkan anda dalam kemurungan dan berteman dengan keburukan, meskipun buku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap anda. Akan tetapi membacanya anda akan terhingdar dari perbuatan sia-sia seperti duduk termenung.

Faedah membaca dan mentela’ah
1.      Mengusir perasaan was-was kecemasan dan kesedihan
2.      Menghingdarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal batil.
3.      Menjauhkan diri daripada orang-orang yang mengganggur dan tiada aktivii.
4.      Melatih lidah untuk berbicara dengan baik dan menjauhkan kesalahan dalam ucapan
5.      Mengembangkan akal,mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
6.      Meningkatkan pengetahuan, daya ingatan dan pemahaman.
7.      Mengambil faedah daripada pengalaman manusia dan hikmah daripada orang-orang bijak
8.      Mematangkan kemampuan seseorang mencari dan memproses pengetahuan
9.      Meningkatkan keimanan khususnya apabila membaca buku-buku keagamaan
1.    Menenangkan fikiran.

Di petik dan diubahsuai daripada buku jangan bersedih karya Dr.Aidh bin Abdullah Al- Qarni page 154-155a
Teman memang mesra...

No comments:

Post a Comment