SELAMAT DATANG

Saturday, February 11, 2012

Ketika Allah mengujiku..Part 9

11 Februari 2011 Sabtu hari ni lokasi sama ja la. Seminggu dua ni aku agak sibuk..banyak benda nak kena selesaikan. 

Aku sambung kisah aku dulu...Selepas 3 kali mendapat rawatan di klinik tu pada mulanya perubahan fizikal aku cukup memuaskan kaki kembali kuat dan sakit kepala semakin kurang. cuma ubat tu lama kelamaan tidak lagi kuat fungsinya, jari2 tangan tetap tidak berubah.

Penghujung 2009 Aku menjadi sangat serba salah, aku pohon laporan penuh mengenai penyakit yang aku tempuh dari Hospital Kuala Lumpur sebagai sokongan untuk memohon bertukar, sebenarnya dah ada kekosongan di Jitra, tapi masa tu serba salah aku untuk memohon pertukaran, antara kesensaraan hidup di KL dengan kelebatan pendapatan,kerinduan pada kampung halaman dengan kepenatan berulang naik bas.

Aku solat ikhtikharah memohon petunjuk nak pohon bertukar atau tidak...sebelum menamatkan rawatan di HKL Doktor yang merawat bersungguh-sungguh menyediakan surat rujukan supaya aku mendapatkan rawatan seterusnya di Hospital Sultanah Bahiyah dan aku turut dibekalkan ubat selama 6 bulan.

Ubat  untuk seorang pesakit
Aku sediakan surat permohonan prtukaran dan merujuk pegawai yang bertanggungjawab di Bahagian Sumber Manusia PNM, Mulanya dia acuh tak acuh tengok surat aku, mungkin dia biasa sangat tengok surat minta tukar tapi selepas aku tegaskan yang aku kena strok barulah dia tumpukan perhatian.

Dia pertikaikan kenapa aku tak minta lebih awal, ada kekosongan di Jitra aku hanya mendiamkan diri tapi aku jelaskan jugak bahawa aku serba salah untuk memohon.Sebelum aku langkah kaki keluar dah riuh rendah kakitangan di situ berbisik mengenai permohonan aku disebabkan strok..sementara menunggu status permohonan aku teruskan cabaran di KL seperti biasa...
ok jumpa lagi...




No comments:

Post a Comment