Sekarang dah 8.05 malam...dan hari ini dah 11 Mac 2012, Ahad, lokasi menulis tetap sama. Hari ni, saat ni lebih tepat, aku berseorangan, wife balik ke Pokok Sena. dan saat ini kesunyian menyelubungi diri, hanya tv meluah bicara. Aku ingin kongsikan sesuatu yang menarik perhatian, menuntut penghormatan dan mungkin mengundang kekaguman. Aku percaya ramai yang celik mata menatap akhbar dua tiga minggu yang lepas, kisah tentang kejayaan seorang OKU yang berjaya memperolehi Doktor Falsafah, PHD dengan seribu kepayahan. Dr Muzammil Mohd Nor.
Pertama bila membaca kisah kejayaanya, buat aku respect habis, tapi aku tak pulak rasa hairan kerana dia pernah aku kenali. Aku pertama kali melihatnya adalah ketika aku di tingkatan 4 tahun 1992 Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Alor Star, beliau ketika itu dalam tingkatan 6. Waktu itu aku melihat ayahnya gigih menolak kerusi roda untuk ke blok tingkatan 6. Cuma aku tak pasti bagaimana beliau di bawa ke tingkat satu.
ketika beliau menerima anugerah... |
Hampir 10 tahun selepas itu dia aku temui lagi sedang gigih untuk menyiapkan tesis bagi keperluan Sarjananya, dengan kereta yang diubahsuai dia memarkirkan keretanya diruang parkir OKU di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Aku ketika itu hanyalah seorang Pembantu Perpustakaan kontrak sedangkan dia , jika tak silap aku adalah pengarah disebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang. Aku selidik kaedah dia memiliki lesen memandu, dia "sound" aku ehh kau boleh bawak keta ke.. masa tu bengang gak la telinga aku. Yang hang duduk atas "wilcha" boleh , takkan aku tak buleh. Tapi itulah, aku hanya ada keupayaan tanpa semangat dan kesungguhan. sebab tulah sampai sekarang dah 3 kali nak ambik lesen tapi asyik sangkut bila cari tombol pada stereng tak jumpa2.
Bakti antara badan yang membantu beliau |
Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.. |
Dah kena strok pulak, tah bila aku boleh dapat lesen. Setakat corner dan alihkan kedudukan kereta boleh la. Nak bawak atas jalan tak boleh lagi. entahlah semuanya atas izin Allah juga..Berat mata memandang , berat lagi bahu memikul beban, marilah kita bersyukur bagi segala nikmat Tuhan yang kita ada usah memandang kesempurnaan kerana kita hamba lemah..Sekian...
No comments:
Post a Comment