Assalammualaikum..untuk semua pelawat blog yang tak berapa sihat ni..dan salam sejahtera juga salam 1 Malaysia.. sekarang jam 9.43 malam..hari ni hari Isnin 1 Oktober dah..
Satu kisah yang terpahat kemas di ingatan dan kukuh di fikiran kadangkala mengundang tawa sendirian..Kisah rusa masuk kampung yang sukar aku lupakan..aku sudi kongsikan sekadar luahan kenangan..tiada lagi rahsia..
Kenangan itu muncul setiap kali aku melihat manusia menempuh perubahan.Tahun 1999,di hujung tahun aku mula jejakkan kaki di Menara Gading..kata cikgu kehidupan di Universiti sedikit berbeza dengan alam persekolahan..satu ketika pada beberapa ketika aku memulakan kuliah pertama , seingat aku subjeknya adalah ICT kami belajar untuk mengenali Excel,Exces dan Power Point..kami perlu hadir dalam makmal komputer untuk kuliah berkenaan..
Aku masih ingat kelibat kakitangan yang bertugas di situ aku kira Pembantu Makmal..fizikalnya agak berisi dengan sedikit buncit he.he. orang negeri serambi mekah..Aku tahu bila dia bercakap dengan pensyarah yang mengajar kami ketika itu.Aku kira lokasi kejadian di tingkat 4 Menara yang digelar Menara Ilmu..kalau tak silap aku la, dah lamaaa dahh.
Saat kejadian kakak tu sedang sibuk memegang cermin kecil sambil mulut dimuncung dan pipi di toleh-toleh..nampak dia sangat sibuk dengan tugas sampingan seorang perempuan..bukan elok pun walaupun dia Make-up sampai kami masuk pulak kelas pagi esoknya tapi..ketika itu lurus bendulku dan kejujuran yang ada ibarat terjumpa RM1juta dan meletakkan semula ditempat aku jumpai..Dan memang aku tak tahan sangat ketika itu..Dengan sedikit cemas dan risau serta sekilogram perasaan takut..aku mendekatinya.."Kak..dia buat derk je.."KAK..masih lagi pegang bedak..hishh.."Kakkk!!saya na ke tandas" "Heyy pegilah!!alamak ditengkingnya aku, kurang asam jawa betul.Malunya saat itu..
Rupanya, kalau di U tak yah bangun bila pensyarah soal,duduk ja dan buat selamba..nak terberak atau nak kencing, bangun ja dan tak yah bagitau, orang akan faham..dan bila kita masuk balik kawan-kawan akan usik "arghh leganya" he.he.
tapi kita dididik macam ni dari kecil"Please teacher may i go out"he..he
ok saja2 ja...
bendul biar selalu betul.. |
No comments:
Post a Comment