SELAMAT DATANG

Sunday, December 21, 2014

Seorang OKU dan lesen Memandu part 2...

Oleh kerana kereta kami excident..bulan April 2014 barulah aku dapat daftar untuk belajar kereta..wife syorkan di KV..Konsortium Vila maju Sdn Bhd, dekat Telok Jamat...diberi sedikit penerangan tentang step2 untuk dapatkan lesen..kos semua hampir RM 800.00 jugak..mula2 depa tak mengaku ada pemohon oku yang pernah belajar kat situ dan dapat lesen,tapi lepas sembang2 depa bagi jugak maklumat calon tu kat aku..

3 Mei 2014 Sabtu aku daftar ambik KPP 5 jam..dua slot hari sabtu tu..mula jam 9.30 pagi mula dengan ujian rabun warna...30 soalan ditayang kat slide , aku hampir kantoi gagal...yela slide putih dah tu buka lampu terang2..pas aku minta lampu di tutup barulah aku boleh jawab..masa tu aku pakai selipar SATU KESALAHAN.. memang aku tak tau ..mujur lepas..., penceramah kerling ja..dan masa tu jugak aku antara calon paling tua..banyak benda yang dikongsikan antaranya beberapa movie yang menunjukkan kemalangan 2 yang berlaku..

Jam 1.00 Sambung slot kedua,kali ni penceramah veteren, Haji Rahim nama dia..slow and steady je..lawak gila dia bagi ceramah..buat kami tak bosan best..tapi aku tetap serius dengan banyak soalan keluar dari mulut aku..yelah ..duduk depan sekali dan banyak tanya sebab aku nak tau banyak benda..Dalam kepala aku masa tu, aku fikir dengan serius, "Bolehkah aku ambik lesen ni ?..Aku kena strok ni..jari jemari kebas tapi tangan masih kuat untuk angkat beban walau seberat 30 kilogram..memang risau tapi tempuh sajalah..apa nak jadi, jadi. selain wife,mak mertua pun merupakan penyokong kuat..

kelas tamat jam 4.00 petang, kami disyorkan beli CD untuk persediaan ujian komputer...aku beli, cuma RM5.00 ja satu...

Kemudian dengan bantuan CD tu aku buat betul2..baca buku panduan tu khatam 2 kali..balik kerja ja aku buat latihan..markah lulus 42 ke atas..aku kerap gagal susah jugak soalan dalam set CD tu..

bersambung..

Saturday, November 8, 2014

Seorang OKU dan lesen Memandu part 1...

2 Ogos 2014 Sabtu 
9.09 malam...

26 Disember 2013..Khamis...Atas desakan wife selepas beberapa tahun aku dengan sikap acuh tak acuh ke JPJ, Kali ni JPJ Alor Star telah pun berpindah ke Suka Menanti..kali ni bangunan baru,banyak kaunter yang disediakan,kedudukannya pun lebih kemas dan tersusun.

Kami tercari2 arah tuju,maklum lah tempat baru..Aku jumpa seorang kawan yang memang aku kenal, Nasir memang nama dia, lama dah kenal dia pun OKU jugak, dah dapat lesen pun dan dia bertugas di JPJ tu...aku tak mengharap dia untuk tolong aku sebab dia pun minta tolong bos dia masa pohon lesen dulu..

Dia cuma tolong tunjuk kaunter untuk pemohon OKU ja..tak pa la..Dikaunter no 1..kami di beri penerangan ringkas tentang proses untuk OKU ambik lesen..aku ulang "penerangan ringkas" dari seorang staff yang gred dia 17 aku kira..dia bagi borang dan minta aku buat pemeriksaan di HSB..tak boleh lagi di klinik biasa dah tambah kerumitannya..dia bagitau aku bila aku tanya itu dan ini..senang ja.."Encik...Encik buat satu2 dulu cik...mula2 dapatkan laporan doktor dan bawa mai kat kami, buat tu dulu...

Aku dan wife terus ke HSB..terus ke klinik Ortopedik...rupa2nya..prosedur dah berubah..kami diminta ke Bahagian Rehabilitasi...staf tu bagitau pemohon OKU perlu ke situ dahulu untuk beberapa prosedur pemeriksaan dan pulih cara...semakin rumit.. di Rehabilitasi, kami di beri tarikh temujanji..27 Februari 2014 hari Khamis..cuti lagi aku...

27 Februari 2014...puas menunggu aku dipanggil untuk pemeriksaan mata mujur lepas walaupun kesan strok buat mata kanan aku kabur..tapi lepas Alhamdullillah..bila jumpa doktor aku bagitau kat doktor muda tu yang aku kena strok..apa lagi..aku diasak soalan bertubi2..aku fikir kali ni kalau aku sembunyikan penyakit aku masalah akan timbul kemudian hari ,baik aku berterus terang ja..

Aku di minta hadir lagi di HSB untuk Cara pulih kerja...bahagian ni diwajipkan untuk melihat kemampuan fizikal pemohon,banyak peralatan yang disediakan di sini tapi bila tengok aku, pegawai perubatan tu cuma sembang2 ja dengan aku, dia anggap aku tak perlu pun menjalani pemeriksaan...dia buat laporan dan selesai...

Bersambung...

Wednesday, October 22, 2014

Seorang OKU dan lesen Memandu...

19 Jun 2014
9.43 malam
hari Khamis malamnya Jumaat..

Aku tak balik kampung sebab esok wife ada kursus kat Gunung Jerai. Untuk post kali ni aku nak konsikan pengalaman  memohon dan cabaran untuk aku mendapatkan lesen kereta bagi seorang OKU..

Rasanya memang langsung tak dak mana-mana info lengkap dari sumber cetak,elektronik mahupun bersumberkan media sosial tentang liku-liku dan cabaran serta kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh orang OKU untuk mendapatkan lesen memandu kalau ada pun sikit sangat, untuk orang normal tak yah cerita la berlambak blog yang kita boleh baca dalam internet..

Aku kongsikan di sini sebagai kenangan peribadi dan atas niat untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan insan senasib yang ingin memiliki lesen memandu cuma aku fokus kan kepada lesen kereta sahaja.

Dan aku suka bercerita..yang sejarah memohon lesen motor aku bermula pada 1996. Waktu tu aku baru tamat STPM.Semuanya atas dorongan seorang kawan yang aku panggil Man. 

Dengan bantuan lagi seorang kawan, Nash..memang nama dia pun, aku cuba ambik lesen motor, mulanya tauke kedai tu cakap dia boleh sediakan motor sebab OKU macam aku kena sediakan kenderaan sendiri untuk pohon lesen,aku lega mulanya..

Tapi selepas aku lulus L, dan nak mula belajar tauke tadi cakap motor tak dak,aku kena cari sendiri..aku sangat kecewa, dengan status sebagai pelajar,tanpa pendapatan,tak ada bantuan dari sesiapa..lesen aku berkubur begitu saja, kecewa sungguh masa tu, tapi lesen L tu tetap aku simpan sehingga kini sebagai kenangan dan bukti...

2008..Aku ubah impian selepas lama kecewa.  Dengan bantuan seorang kawan..Haslimi memang nama sebenar,aku ke JPJ Kedah di Mergong untuk pohon lesen kereta.JPJ bagi surat, suruh aku jumpa doktor.Aku ke Klinik kesihatan Pokok Sena untuk buat pemeriksaan.Masa tu kalau tak silap aku hadir ke situ bersama tunang(kini wife la) , kerana nak buat pemeriksaan untuk HIV, jadi aku sekalikan tujuan."yang ni tak check pun tak pa ok semua..dia tulis, tandatangan dan cop..mudah sangat" doktor tu....

Kemudian kami kembali ke JPJ,jumpa Pegawai JPJ yang mengendalikan permohonan tu, Pegawai, bukan staf sokongan..dan sampai kini nama dia aku masih ingat."Encik kena buat ni,kena buat itu,buat ini,ubahsuai,pi Puspakom,ubah geran,tukar nama,buat surat hantar pi KL,bla..bla..bla,aku mula menyampah..kenapa susah sangat tuan? ohh ini prosedur..adusss

Aku bangun ucap terima kasih dan blah...baca dan ikutlah perjalanan post ni seterusnya anda akan faham nanti...

2010 Sekali lagi aku ke JPJ Kedah,lokasinya masih sama cuma kali ni aku diminta terus ke Bahagian Ortopedik Hospital Sultanah Bahiyah,telah nampak kerumitan yang ditambah pada borang berkenaan..Dihospital masa tu tak lagi boleh terus jumpa doktor,sebaliknya kena dapatkan tarikh temujanji dahulu..sebulan kemudian aku pun hadir lagi dengan anak saudaraku..

dan masa tu jugak aku dah diserang strok,doktor check kaki,tangan dan jari, dia minta aku membukakan atau mendepangkan ke lima2 jari..tak boleh..aku tak boleh buat..doktor rasa pelik dan aku malas menyatakan aku kena strok ringgan..puas membelek aku dilepaskan..semua rekod aku simpan dalam satu fail khas..

kami sekali lagi ke JPJ yang sama..menyatakan niat yang sama dan jumpa lagi Pegawai yang sama..Pegawai bukan staf sokongan..sekali lagi perkara yang sama diulangnya..dan dia dah lupa aku pernah jumpa dia sebelum tu yaa 2 tahun sebelum tu.Encik kena buat ni,buat tu,tukar ni,tukar tu,check kat puspakom,buat surat ubah suai bawa kereta cari workshop yang buat ubah suai bla.bla.bla.Tuan kenapa susah sangat?..ohh ini prosedurrr..Ahhhhhhhhhhhhhhhh cuma dalam hati,kalau di mulut mungkin aku naik ambulan pi Hospital Sultanah Bahiyah semula...dan esoknya mungkin dalam Metro ada berita sensasi.."OKU ditendang Pegawai JPJ"

Anak saudara aku yang turut serta memang membantu, membantu dengan hanya memandang muka Pegawai tersebut..satu perkataan pun tak keluar dari mulut dia..memanglah dia tak tau apa sangat..Aku beredar dengan kesal,menyampah,buntu dan binggung,masa tu kereta memang aku dah beli cuma atas nama wife.

Sebelum keluar seorang staf sokongan meluru ke arah aku," macamana encik?" uuuisshhh payah..payah..  

Aku kecewa lagi...

Bersambung...
tanda- tanda jalan yg perlu difahami..

Monday, August 11, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014 part 1...

28 April 2014
Isnin
9.26 malam...

Kami bertanya kepada pengawal, jarak ke PWTC..aku diberitahu bahawa tak lah jauh sangat..Aku kira dalam 10 minit lebih kurang dengan berjalan kaki. Sampai di PWTC, orang tak lah ramai sangat. 24 April 2014 hari Khamis tu adalah hari pembukaan. kami berlegar-legar dan membuat tinjauan awal. Aku tumpukan pencarian kepada booth Idea Kreatif terlebih dahulu kerana ada pesanan belian daripada rakan kolej. Mulanya berkali-kali jugak kami tengok map tapak pameran tu, banyak sangat syarikat yang menyertainya.

Memang cukup menyeronokkan bila kami singgah di booth2 penerbit buku terkenal kerana potongan yang diberikan sehingga rm 8.00 ke 9.00 bagi sebuah buku. maksudnya kalau novel tu berharga rm23.00 tolak lah dengan rm9.00 murahkan?? Kami balik ke hotel jam 7.00 malam kerana jam 7 malam adalah waktu tamat pameran. Kami singgah di Medan Selera Putra Laut kat tepi sungai Gombak untuk beli makan malam. Menu malam tu adalah nasi ayam pada harga rm5.00 tapi sangat sedap dan kami makan dalam bilik 907 Sani Hotel.

25 April 2014 pagi Jumaat..kami turun untuk sarapan pagi jam 7.30 tapi ramai sangat sehingga lansung tak ada tempat duduk..tempatnya pulak agak sempit.Lepas makan jam 9.45 pagi kami sekali lagi ke PWTC,shoping buku yang agak banyak dan balik hotel jam 12.00 tghr sebelum makan di medan selera yang sama...

Jam 3.00 petang sekali lagi kami ke PWTC..beli lagi buku dengan jumlah yang boleh tahan banyaknya dan kali ni lebih lama masa yang kami luangkan..jam 7.00 malam kami singgah lagi di medan selera yang sama untuk makan malam..

26 April 2014 Sabtu, pas makan pagi kami bergerak meninggalkan hotel..checkout dulu la bukan blah macam tu ja..Beg...Ya Allah beratnya..bergoyang badan aku masa nak angkat beg tu..jadi aku minta tolong security untuk dapatkan teksi..jam 8.15 pg kami dah sampai Hentian Duta. Kebetulan sebuah bas syarikat Cosmic sedang menunggu untuk ke Alor Star..

Alhamdullillah segalanya dimudahkan Allah. Jam 2.00 petang kami sampai Shahap Perdana dan jam 6.00 petang kami tiba di Pendang..moga ada lagi jodoh kami dengan pesta buku. SEKIAN begitulah ceritanya..boring kan baca post ni,bukan apa aku letih dan jari-jari aku kebas,mata pedih dan kepala sakit..

Saturday, August 2, 2014

Pesta Buku Antarabangsa 2014..

27 April 2014 Ahad
9.11 Malam..
Kuarters..
cerita lama...

Pesta buku datang lagi dan tahun ni sekali lagi aku dapat hadir, kalau tahun lepas aku bersama kakitangan unit,kali ini wife saja yang menemani, kalau tahun lepas hanya di Pesta Buku 1 Malaysia, kali ni Pesta Buku Antarabangsa,kalau tahun lepas bajet Jabatan, kali ni bajet sendiri.

Apapun hadir ke pesta buku cukup cukup menyeronokan..bukunya murah suasananya meriah..Jadi pada 24 April 2014 bersamaan hari Khamis yang  lepas aku ambik cuti semata-mata untuk ke lubuk buku ni.Jam 10.30 dengan menaiki bas Sani Ekspres kami bertolak dari terminal Shahap Perdana..ibarat menaiki penerbangan, pemandu bas memaklumkan bahawa bas akan singgah di Sungai Perak untuk makan tengahari dan solat zohor.."tuan-tuan dan puan-puan bas akan bergerak pada kelajuan 90 km sejam,sekiranya tuan mempunyai masalah untuk ke tandas dan sebagainya sila maklumkan kepada kami..marilah kita sama berdoa semoga kita selamat sampai ke destinasi."

Nada orang lama pada pemandu berkopiah putih tu,buat aku tercuit hati. ye la kalau pakcik tu jadi deejay mungkin semua orang akan tidur..

Aku duduk di tingkat bawah bas dua tingkat tu, no 36 dan 37..37 tu betul-betul pada laluan penumpang lalu lalang sedikit sempit dan buat aku tak selesa,walaupun dibenarkan naik ketingkat atas sebab masih banyak tempat kosong, aku tak da niat berbuat demikian, semua ni sebab mengenangkan bas Transnasional yang terbalik baru-baru ni.

Selepas tiba di Sungai Perak, suara pemandu kedegaran lagi, "Assalammualaikum dan salam sejahtera , tuan2 dan puan2 kita telah selamat sampai di Sungai Perak untuk makan dan solat Zohor,kita akan berhenti selama 30 minit dan bas akan bertolak pada tepat jam 2.00 petang,ya tepat jam 2.00 petang tuan2 dan puan, dia kata lagi, "oleh sekarang baru jam 1.15 petang, saya memberi subsidi pada tuan2 dan puan 15 minit he.he.

Ketika nak mencari tempat untuk makan, lelaki berkopiah tadi menegur aku, "ni bukan duduk Padang Lalang kan? Anak Ismail yang dulu naik basikal ka motor kot Alor Janggus dulu,aku tenung muka dia,"ya betui betui, cuma ayah saya dok naik gerek dengan pokok nyokk saja,moto dia tak pernah naik," "Kenai tak ni? dia tanya aku,aku tenung laamaa dan kata takk..saya menantu bekas tok imam kampung Padang Lalang,aruah Haji Daud.."ooo minta maaf tok imam saya kenai, paklong saya tak perasan tadi.Maknanya aku ni pi lah tang mana pun,orang tetap cam aku coz berlain dari orang dan aku ni pi lah tang mana pun, aku tak pernah nak cam orang.

Jam 5.00 petang kami sampai di Hentian Duta, kemudian ambik teksi untuk ke satu lagi adik beradik bas tadi, SANI HOTEL, sampai di hotel, pas check in, kami terus pi PWTC..

Hotel sani bilik 907 agak baru perabotnya, walaupun sedikit sempit,warna temanya merah hitam macam warna basnya jugak ada sebuah hotel sedang dalam pembinaan disebelahnya..tak silap aku TUNE HOTEL..mungkin masa postkan maklumat ni hotel tu dah siap.. 


BERSAMBUNG...

Saturday, July 5, 2014

Rombongan ke Kelantan & Terengganu last part..

27 Mei 2014
Selasa 
8.01 malam..

Aku sambung lagi sikit untuk kisah rombongan keluarga ke Kelantan dan Terengganu sebab lepas ni ada citer rombongan lain pulak..

22 Feb 2014 Sabtu

Jam 8.30 pagi di Cemara Inn kami bersarapan ramai2..dan checkout dari penginapan dalam jam 9.30 pagi. Lokasi pertama pagi ni adalah ke Pintu Gerbang yang menjadi mercu tanda Kota Baru, aku pun tak pasti nama khas tempat ni..harap2 betul..kemudian dalam jam 10.30 pagi kami ke Pasar Siti Khatijah..macam Pekan Rabu la jugak tempatnya..
Mercu tanda Kota Bharu..
Kat Bukit Bunga..
Pasar Siti Khatijah..

Jam 12.00 tghr sekali lagi kami ke Bazar Tok Guru..ronda2 kat situ dan bertolak balik jam 1.00 petang. kami singgah untuk makan tengahari kat Jeli dan singgah untuk solat..

Jam 3.30 petang kami singgah pulak di Bukit Bunga untuk membeli belah...

Jam 6.00 petang singgah sekejap di Hentian Titiwangsa untuk rehat dan minum2.. 
Hentian Titiwangsa..

Kami sampai di Alor Janggus yak ni di rumah kak aku jam 10.30 malam dan rumah mak jam 12.00 malam..jam 1.00 pagi barulah aku dapat rehat..itulah serba ringkas rentetan perjalanan untuk kenang-kenangan aku pada masa depan..dan aku dah merencanakan destinasi baru bagi tahun depan..
SELESAI.. 

Thursday, June 19, 2014

Rombongan ke Kelantan & Terengganu part 3...

27 Mei 2014 selasa
7.20 malam..

Cuti Israk dan Mikraj hari ni.Dan Aku tak balik pun kampung,tak padan 80 km pergi balik buang karan dan elektrik saja. sebaliknya kami ke Tanjung Dawai beli dawai...

Baik aku sambung balik kisah rombongan keluarga aku ke Kelantan dan Terengganu.Pagi Jumaat 21 Feb 2014 tu kami bersarapan nasi dagang,biasa ja. nasi dagang yang aku makan kat kolej dulu sedap lagi..jam 9.00 kami checkout dari Mayang Homestay, kemudian singgah kedai keropok lekor Kak Yah kat Losong jam 10.00 pagi, banyak gakla beli kat situ macam tak pernah jumpa keropok lekor sebelum ni..

Jam 11.00 kami bertolak ke Kota Bharu. dalam perjalanan singgah lagi kat kedai keropok Mek Yah beli lagi keropok dan dapat rasa dulu,buat perut kenyang sikit.

Jam 2.00 petang kami sampai di Cemara Inn,sebuah banglo yang dijadikan homestay, Kat sini kami 6 bilik dengan kos RM 400.00 selesa gila..dan jimat pun gila..
Kat Depan Cemara Inn..

Jam 5.30 petang kami ke Bazar Tok Guru,tapi agak malang tutup waktu tu. Jadi kami ubah haluan ke PCB, Pantai Cahaya Bulan..
yang menarik kat sini adalah...ada batu jaaa!! kami just lepak2 malas gitu sebab batunya pun sama macam pantai Kuala Kedah..
Kat PCB 1..

Kat PCB 2..


Jam 7.00 malam kami singgah beli bungkus nasi kukus kat Stadium Sultan Mohamad ke IV. dan balik makan ramai2 kat homestay..

jam 9.30 malam kami ke Wakaf Che Yeh, membeli dan membelah sampai jam 12.30 malam,luas tempat ni dan tak jumpa pulak pintu gerbangnya jadi tak lah dapat merakam kenangan.. 
BERSAMBUNG...
Kat Istana Jahar


Tuesday, May 27, 2014

Rombongan ke Kelantan & Terengganu part 2..

10 Mei 2014..
6.52 petang..

Baru lepas hujan..buka tingkap angin masuk sejuk sikit..SELAMAT HARI IBU, ok aku sambung balik cerita rombongan ke Terenganu..Agak panas semasa kami adakan lawatan ke tempat pertama di Terengganu iaitu "Taman Monumen Tamadun Islam"..masa tu jam 12.30tghr..

Masalah timbul bila ada yang tak nak masuk pulak..yelah dewasa RM 25.00 OKU dan warga mas RM18.00 dan kanak-kanak bawah 5 tahun, percuma. Dah tu bila masuk pulak ada salah seorang anak buah aku tu jenis suka tunjuk perasaan bila apa yang dia nak tu tak dipenuhi adusss..dia menangis punya lah kuat..mood nak tengok monumen2 terbantut dan terkentut. Aku pun jadi terganggu, tempat ni best sebenarnya, tak rugi masuk dan follow setiap satu monumen tu.Ada yang disediakan tayangan video lagi.dan banyak maklumat yang kita boleh dapat..kat sini aku syorkan datanglah tempat ni dengan suami atau isteri ja, awek dengan balaks saje,bawak budak2 apa pun tak  boleh kalau depa buat demontrasi jalanan..sebab tempatnya agak luas..

Salah satu monumen yang menarik ..
Kat Pantai Batu Buruk.. 
Kat Masjid Kristal..
Jam 2.00  

Kami ke Pasar Payang untuktengok2 apa yang patut kemudian terus ke Pantai Batu Buruk, juga untuk tengok 2 apa yang patut. Dalam jam 5.00 petang kami balik untuk berehat dan sebelah malamnya sekali lagi ke Masjid Kristal dan kemudian ronda 2 sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum makan malam dan balik homestay untuk berehat.
BERSAMBUNG...
Kat depan Taman Tamadun Islam..


Saturday, May 10, 2014

Rombongan ke Kelantan& Terengganu part 1..

19 April 2014 Sabtu
8.32 malam.
Kuarters..


selepas bersoal jawab dengan Pegawai JPJ kat situ, kami meneruskan perjalanan..malam tu cuaca cukup baik dan keadaan dalam van cukup selesa. Van kami sewa dari sebuah Syarikat yang berpengkalan di Kubang Rotan, dulu kami pernah order ayam panggang kat dia.."Along" kosnya 3 hari 2 malam adalah RM 12XX.XX..mahal ke murah aku tak nak ambik tau tapi cukup selesa..

Aku tak berhajat nak tidor, sekadar pejam mata..kekadang jalan jadi sunyi dan menyeramkan..jam 3 pagi aku masih terkebil-kebil aku sentiasa berdoa agar perjalanan kami pagi ni selamat.Dan yang cukup menakutkan aku adalah apabila van berselisih dengan berpuluh-puluh lori balak,lori barang dan lain-lain kenderaan berat yang melalui jalan tu.

Apabila memasuki Tanah Merah dan seterusnya sampai di Kuala Terengganu, barulah hati rasa lega sikit...kami sampai di  Mayang Suite Home Stay jam 6.00 pagi.Tunggu pekerja homestay tu hantar kunci dalam 6.30 jugak kami masuk..pas solat subuh sempatlah kami berehat sekejap..

Kos sewa Home Stay ni adalah RM300.00 untuk satu malam..bolehlah..4 bilik,setiap bilik ada bilik air dan penghawa dingin..oklah ruang tamu utama disekalikan dengan ruang makan, jadi bolehlah untuk maklumat lanjut carilah kat Google.Cuma bilik airnya agak sempit dan tangganya agak curam..

Nak dijadikan kisah..pagi tu dalam jam 8.30 pg aku dan wife turun diruang makan untuk minum pagi. Ntah macamana lupa nak ambik kunci..dan masuk lah 2,3 orang anak buah aku dalam bilik tu dan lock kunci dari dalam dan keluar..budak-budak..bukan nak mengaku..stres aku masa tu sebab nak la rehat,mandi dan sebagainya..bila call pekerja tadi,dia maklumkan yang jam 10.00 pagi baru dia nak datang adusss orang lain sedap tidur..yang aku cukup letih masa tu..bengang jugak la..

Akhirnya jam 10.30 baru pekerja tu sampai dan barulah boleh mandi dan bersiap-siap untuk mulakan lawatan pertama di Terengganu..makan pagi kami hari tu adalah nasi lemak kukus..makan ramai-ramai kat ruang makan dalam homestay..sebenarnya tak praktikal keluar makan pagi  ramai-ramai payah dengan budak-budak..

Ok akhirnya jam 11.00 pagi baru dapat keluar untuk jalan-jalan..
BERSAMBUNG...
Sarapan pagi..
Kat depan Homestay



Makan nasi lemak kukus...


Saturday, April 19, 2014

Rombongan ke Kelantan & Terengganu..

25  Feb. 2014 Selasa
9.14  malam..
Kuarters..

Petang ni wife excident kali kedua..mujur dia selamat.. sikit ja tapi susahlah nak bergerak lepas ni..nantilah bila ada masa aku masukkan dalam blog kisah ni..tupun kalau sempat...tak sempat mungkin....SEMPUT.


Ok. Pada 19 Februari 2014 (khamis)yang lalu, aku memohon kebenaran untuk pulang awal dari second bos..aku nak ke Kelantan dan Terengganu, tujuan balik awal ni adalah untuk uruskan sedikit persiapan sambil melawat bapak mertua yang masih terlantar di HSB

Rombongan ke Kelantan dan Terengganu ni, aku rancang dari tahun lepas lagi..untuk rombongan kali ni aku cuba bawa seramai mungkin ahli keluarga ,namun ada jugak yang tak nak ikut..Jadi  aku carilah sedikit sebanyak maklumat dari blog-blog mengenai rombongan ke kelantan dan terengganu dari penulis blog yang sudi berkongsi maklumat tentang lawatan yang pernah mereka lakukan.Tujuan aku ceritakan dalam blog aku ni jugak bukanya nak menunjuk-nunjuk tapi mungkin maklumat yang aku kongsikan ni berguna untuk orang lain pulak..gunakan blog untuk kebaikan..

Untuk itu, Aku telah menyewa sebuah van 18 tempat duduk yang aku anggap cukup eksklusif,cukup selesa walau pun, punggung tetap merasa lengguh nya

Jam 10.00 malam setelah memastikan suis-suis utama di rumah mak dioffkan ,kami bergerak ke rumah kak, untuk ambik dia satu keluarga. Jam 10.30 malam kami pun memulakan perjalanan dari Alor Janggus ,suasana ceria dan menyeronokkan..pada aku,aku nak sekali merasai perjalanan pada waktu malam tanpa ada insan lain yang aku tak kenali..misalnya guna bas awam naik malam dan rombongan ni buat aku rasa teruja..yelah walaupun banyak jugak kos yang aku tanggung..Asalkan bahagia..dulu kami hanya tengok orang melancong ke sana, melancong ke sini.Alhamdulillah syukur pada Allah dapat juga kami pula yang melancong,mungkin pada orang lain, ini hal remeh tapi pada aku, aku dah mampu..buat perkara yang dulu jadi angan-angan..

Jam 12.30, kat Grik kami singgah pekena kopi..suasana malam yag sejuk,dingin dan menyeramkan..aku suka..Restoran Salim Kari Kepala Ikan..ada ramai jugak pelanggan yang sedang makan..mana tak kena kencing manis dan darah tinggi orang Malaysia kalau macam ni..Aku tak kisah sangat semua tu..yang penting ada sesuatu yang harus dilepaskan..kena batu karang nanti..

Jam 1.30 kat Pejabat Penguasa Pengangkutan Jalan daerah Grik..ada sekatan jalan dan kami di tahan..mungkin ramai sangat, pegawai tu tanya macam-macam.15 minit jugaklah bersoal jawab..

Untuk post pengenalan ni, tak ada gambar yang boleh aku kongsikan.

BERSAMBUNG..  

Tuesday, April 1, 2014

A.P.C...


1 April 2014
Selasa
9.36 malam
kuarters

Dah sebulan kereta aku kat Peroadua, excident..beberapa hari ni hujan dah mula turun, syukur sejuk sikit..dah 13 hari abah meninggal dan dari 8 Mac sehingga saat ini pesawat MH 370 masih belum ditemui..Apa pun kali ni, aku nak kongsikan kisah yang berlaku hujung tahun 2013. Kerana sibuk yang aku buat-buat,aku tak dapat nak kongsikan di sini pada waktu yang sepatutnya.

Bila perasaan tak tertahan-tahan nak storykan, aku gagahkan juga untuk tulis..ia macam sakit perut yang memulas-mulas hingga sanggup tendang pintu jamban berdinding zink untuk melepaskan sesuatu yang pastinya.. seluar kena tukar kalau terlepas diluar sasaran ya..aku dah mula merapu, ada citer best plak kat saluran 412 Astro..

Ok..APC..Adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Cemerlang yang  macamana terlalu subjektif untuk di huraikan..dulu masa mula-mula kerja dalam sektor awam,bukan aku tau sangat pun pasal APC..ABC tau la aku sebab sedap bila minum tengah matahari terik.APC katanya untuk kakitangan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang bagi tahun penilaian yang ditetapkan. Bila dapat tau kawan-kawan sekolah menengah dapat APC..terfikir gak, cemerlang ke mamat ni,cam tak caya ja..

Apapun tahun 2013 adalah tahun APC bagi aku dan isteri,kami sama-sama dapat APC bagi penilaian tahun 2012, bezanya, wife terima anugerah tu di Putrajaya..siap salam dengan menteri Pembangunan Wanita & Masyarakat lagi..dan aku terima di kolej..

tak mimpi dan lansung tak mengharap untuk anugerah ni..dulu berangan jugak..tapi masa tu aku kakitangan kontrak, mana layak.Ada orang kata anugerah ni ikut sistem giliran, dan ada yang kata yang cemerlang saja yang dapat entahlah..dulu-dulu dapat cek RM1000.00, sekarang diberi Sijil Simpanan Premium, sama ja sebab boleh tebus balik kat BSN..

Yang pasti, aku bukanlah cemerlang sangat..cuma aku suka ikut peraturan,jaga disiplin dan tingkah laku..jangan niat datang kerja untuk goyang punggung atas kerusi empuk dan jangan sebut "Yesss" bila bekalan elektrik terputus he.he..

Sekian dulu buat saat ni,nak tengok Astro sat..
Anugerah nya

Fail nya..


Dan kenangan nya..



Tuesday, March 25, 2014

Saat itu tiba jua..

25 Mac 2014
7.54 malam..
kuarters..

Dia renung aku, dalam pandangannya..aku cemas,gelabah dan takut..
"Kerja apa?" saya kerja kat Perpustakaan Awam pakcik" "lama da?..ishh lama dah..

"Pakcik, sebenarnya saya mai ni bawa hajat..kalau pakcik izinkan saya nak ambik anak pakcik jadi orang rumah saya.." aku telan air liur pelan-pelan..isteri dia tak jauh dari kami..

"Kita ni orang Melayu,..ada adat, pi balik dulu bincang dengan orang tua dan suruh depa mai sini...baik pakcik.."

itulah permulaan aku berbual dengannya. Orangnya kecik ja..bekas askar yang pastinya tegas dan garang..masa tu orang islam sedang meraikan Hari Raya Aidiladha tahun 2007, Aku pi dengan seorang anak saudara, kami memang risau..mau dia ligan kami...tentu tak cukup tanah aku lari.. tapi kalau dah jodoh takkan kemana..ABAH!!. memang kekok pada mulanya aku nak set istilah itu di mulut..biasa pada aku adalah AYAH..Apapun dia seorang yang suka membaca akhbar dan aku kalah maklumat dengan dia..

biasanya aku akan study dan bersedia dengan isu semasa agar dapat berbual dengannya.Ada kala dia diam dan enggan berbual jadi suasana pun sunyi..

Tak seperti aruah ayah, tak banyak kenangan aku bersamanya..Abah yang aku kenali sebagai Adan bin Awang, kini tiada lagi. Tanggal 19 Mac 2014 bersamaan awal pagi Rabu, Abah kembali kepada penciptanya.

Pagi tu memang agak mencabar..aku sesungguhnya telah bersedia dengan saat itu. cuma tak menduga saat itu cukup cepat..walaupun dari Pendang ke Pokok Sena hanya sejam perjalanan..tapi tiga jam aku ambik masa untuk tatap wajah aruah abah, semuanya atas alasan tak nak menyusahkan orang..

Abah mengidap kencing manis,mungkin atas amalan pemakanan beliau yang tidak dapat dikawal. Abah keluar, masuk wad di Hospital Sultanah Bahiyah sejak November 2013..kegagalan buah pinggang dan jangkitan kuman membuatkan pada saat akhir hayatnya, dia asyik muntah dengan bendalir hitam pekat.Kegagalan organ dalamannya berfungsi membuatkan minda ku sedar yang hayat abah makin singkat.

Beza dengan aruah AYAH,  aku hanya balik untuk melihat kuburnya sahaja..Aruah Abah adalah sebaliknya..aku sempat memberi penghormatan terakhir buatnya..Bila Ayah tak ada, aku harap lama Abah jadi pengganti, apakan daya hanya 7 tahun gelaran bapak mertua aku gunakan..

Ketika membacakan yasin buatnya, air mata aku tumpah.mana tidaknya kenangan kepada aruah AYAH begitu kuat..aku hanya sempat tengok kubur sahaja..

Sesungguhnya, saat kematian tidak akan lewat barang seminit dan takkan cepat pada waktu yang ditetapkan..Semoga aruah ABAH dan AYAH aman di sana.Aku pasti menyusul pada masa dan saat yang tetap buat ku..AL-FATIHAH UNTUK aruah abah Adan bin Awang dan aruah ayah Ismail bin Rani..  

Saturday, February 8, 2014

Tuhan sedang menguji kita..

28 Januari 2014
Selasa malam rabu
8.10 malam..

Setiap aktiviti hidup...pada aku adalah ujian..sihat tu ujian..sakit, lagi la..sah-sah ujian..kaya pun ujian,susah pun ujian..UPSR,PMR,SPM,STPM memang benar-benar ujian..

Aku yang lahir tak cukup sifat ni pun satu ujian..ujian ni penting..sebab kalau tak diuji mana kita boleh tau kita kuat ke lemah,pandai ke bodoh,berani ke takut..jadi ujian adalah sesuatu yang wajar..cuma sejauh mana kita mampu dan sanggup tempuh ujian..

Aku pernah dengar.."kalau saya lah yang diuji macam dia..makoooii saya tak sanggup..dan aku bila tengok orang celik matanya tiba-tiba dia buta..usshh,aku tak dapat bayang mampu tak aku tempuh ujian sebegitu..

TUHAN SEDANG MENGUJI KITA..tulisan Ustaz Kaim Elias..dah habis aku baca bulan Oktober tahun lepas..masa tu tak sempat nak ulas dalam blog sebab line problem ..best baca buku ni..ada kisah-kisah teladan yang menarik..

buku ni kalau tak silap wife beli kat Popular di Tesco Mergong..terbit tahun 2012 dengan di ulang cetak beberapa kali..
cuma RM 19.90 Bacalah..


Cover kredit untuk http://belidiskaun.blogspot.com/2012/06/tuhan-sedang-menguji-kita-ustaz-kazim.html

Tuesday, January 14, 2014

Ke Ladang Anggur Beris..& Tanjung Dawai..

14 Jan 2014..Selasa 5.18 petang lokasi biasa.

Bersempena cuti Maulidurasul hari ni, kami tak bercadang pun nak balik kampung. Satu hari saja..Rasanya lawatan pertama tahun ni adalah ke Ladang anggur di Beris, Sik Kedah.

Dari kuarters kmtk,kami bertolak jam 8.40 pagi. Dek kerana tak pernah sampai dan takut sesat aku mintak tolong kat "PAPAGO" minggu lepas kami dah update papa ni..jadi tah macam dia senyap ja tak bagitau belok kiri ke belok kanan bila jumpa simpang..pelik gak..pas tutup dan buka semula baru ok..

Sebenarnya mudah ja jalan nak ke beris ni..tapi dah tak pernah sampai risau jugak la..Kami sampai jam 9.40 pagimelalui jalan Sik-Jeniang ...mulanya nampak macam tak beroperasi..senyap ja..ada la dua tiga buah kereta dan motor kat parking staff tu...jumpa seorang pekerja tu..dia tunjuk arah kuanter tiket..Sekarang tiket untuk dewasa adalah RM 6 dan kanak-kanak RM 3...kalau tak silap dulu 4 untuk dewasa dan rm 2 untuk kanak2...yelah semuanya naik..hujan ja yang turun..kalau hujan pun naik jugak alamat lah..

Menyelusuri tempat ni tak lah best sangat pun. tambah pulak aku dengan wife saja..kalau bawak budak2 ada sikit lagi bestnya..melalui ladang ni terutama pada bahagian akar pokok anggur tu kelihatan kesan baja kompos yang di gunakan..ada bau yang sedikit busuk...cuma aku kagum melihat batang pokok yang berusia 6 tahun tu..pekerja ladang asyik memerhati kami..tak da kerja nak buat atau depa jadi CCTV..kalau2 kami petik buah..aku pun tak tau..dari salah seorang pekerja tu lah aku dapat tau batang anggur tu dah 6 tahun usianya..

Selepas membeli 1 pek anggur berharga RM15.00 sebotol jus dan mineral kami pun bertolak balik jam 10.30 pagi untuk ke satu lagi destinasi iaitu Tanjung Dawai..

Perjalanan ke Tanjung Dawai melalui jalan Bedong - Guar Chempedak..kalau dari kolej tentu lebih dekat..tapi dah nak ke Beris dulu..sampai kat Tanjung Dawai lebih kurang 12.15 tengahari..Arked Tanjung Dawai macam kompleks Pekan Rabu jugak la..dulu zaman sekolah aku datang naik motor dengan kawan-kawan..lama dah...siap naik bot ke Pantai Merdeka lagi..tapi hari ni datang cuma nak beli ikan masin,ikan bilis dan keropok lekor saja..di dalam salah satu kedai yang kami singgah tu..layanan dari penjual tu ok lah, perempuan, rasanya 20an umur nya..masa aku telefon kakak aku untuk bertanya kalau2 ada pesanan untuk di beli..si penjual bertanya pada wife.."kak tangan abang kenapa"? KENCING MANIS KE?? Alahai adik oi ada ka kencing manis..mana ada kencing manis serang tangan!!! selalunya kaki..(tiada gambar di Tg. Dawai) 
tolong promote dalam panas pagi..

Aku ambik gambar ni..tak sangka..main tekan ja..
wife cakap kat sipenjual tu "Sejak lahir" kalau aku jadi wife aku bagitau dia...suami akak tu lupa nak ambik tangan dia masa "chekout" dari perut mak mertua kak..
gambar aku saja lah..

kat depan pintu..



Friday, January 3, 2014

" Abang tangan kenapa" ???

Jumaat 3 Januari 2014
6.14 petang..
Kuarters kmtk..

Kampung Padang Lalang tengah malam 37 tahun lalu...

Malam tu sepasang suami terkejut..sangat terkejut...bidannya pun terkejut..bertanya dia pada si ibu apa yang dibuatnya sehingga lahir anak seperti itu...tangan kanan tiada di badan..maka riuh rendahlah kampung itu dengan kelahiran pelik takdir tuhan..Esok nya berpusu-pusu manusia hadir ke pondok buruk pasangan tersebut untuk melihat bayi tersebut...

Jumaat 3 Januari 2014 jam 9.10 pagi..pasar pagi kilang kecil, Pendang...

Aku dengan wife membeli dan membelah di pasar ni untuk beli ikan dan sayur..sampai di satu gerai buah..si penjual dengan selamba bertanya "Abang, tangan kenapa"?...dalam hati mahu ja aku kata KENCING MANIS!!! tapi mulut ku sebut juga "dari kecik macam ni"...Aku selalu sangat lah jumpa orang macam tu..ada yang selamba bertanya dengan menjuih mulut sikit mengangguk mengangkat kening mengarah mata ke arah tangan..tersentuh juga hati...hang bisu ka..bila aku jawab..dia pun "ohhh ingat excident...   

Di kampung suatu waktu dahulu..

kata seorang jiran yang bertandang kerumah kepada anaknya.."Adik, tengok tu..tu buas la tu orang larang tak mau dengaq..main pisau...bengang jugak aku..ada main pisau putus satu tangan???, kalau main mesin pemotong kayu kut ya putus tangan..akai tak dak..nak didik anak tak guna otak..sebenarnya susah aku nak menjawab pada budak-budak hakikat ni, perlu ada jawapan kukuh..dan kesian aku tengok mak bapak yang juga susah nak explain pada anak mereka bila si anak melihat keadaan aku...lama-lama aku jadi lali..kalau budak-budak tanya"Pakcik tangan pi mana"?.."aku jawab..."pakcik tertinggal kat rumah malas nak bawak.."!!!

Jumaat 3 Januari 2014 jam 1.45 petang...Masjid Pokok Tai...

Khutbah hari ni menceritakan mengenai sambutan hari OKU peringkat kebangsaan..tentang ujian Allah pada ibu bapa yang mendapat zuriat anak istimewa..kata khatib..anak-anak istimewa ni anugerah Allah..mereka perlu dilayan seperti anak normal juga..jangan pilih kasih..aku biasa dah dengaq ayat tu..jadi aku menghayatinya  dengan mata kupejam dan mulut sedikit terngannga..sambil bersandar kat dinding..uuish sedappnya..sikit lagi air liur pasti meleleh..

Hari ni untuk jadi OKU agak mudah tak perlu isi borang online..tak perlu main pisau..tak perlu panjat pokok..cukup dengan makan gula sekilo sehari..cukup dengan kona baring atas jalan..dan silap hulur kayu kat mesin di kilang terhulur tangan sendiri..ok lah..kepada sesiapa yang buat lawatan penanda aras kat blog aku ni...SELAMAT TAHUN BARU 2014..azam?..lama dah aku tak jumpa..masa kat u dulu kerap juga lah jumpa pasal dia sekelas pas dapat ijazah dia pi mana aku pun tak tau....
Hikmah kejadian. hanya Allah yang tahu..


Thursday, January 2, 2014

Mesyuarat Gunasama..kami..Pustakawan.

3 Januari  2014
Jumaat  11.27 pagi
lokasi biasa...

Aku dan wife baru balik dari pasar pagi di Kilang Kecil pagi ni...

Ini cerita tahun lepas..Dek kerana Stremyx buat hal..

Pada 30 Okt. hingga 1 Nov 2013 lepas..aku hadir mesyuarat Ikhtisas Perpustakaan Gunasama Kumpulan Pengurusan dan Proffesional 2013 yang telah di adakan di Bella Vista Resort & Spa Langkawi.

Surat jemputan telah diemailkan lama dah..tapi guna email peribadi,bukannya email jabatan yang selalu aku guna..sebab tu aku lewat dapat info untuk panggilan mesyuarat ni..bila join program PNM di Perpustakaan Negara Maaysia Cawangan Perlis pada 09 Okt lalu...kawan-kawan bagitau..surat pertama tak dinyatakan lokasi mesyuarat sekadar menyatakan bahawa penginapan akan dimaklumkan kemudian..

Aku pohon kelulusan untuk hadir pengurusan KMTK..dekat ja bolehlah.. Aku hantar surat jawapan untuk hadir ke KL..tunggu punya tunggu..senyap ja..masih tak tau lokasi mesyuarat ni kat mana..yang pasti Langkawi..Aku Call dan tanya urusetia..tunggu..rupa-rupanya email terbaru lengkap dihantar tapi email masuk spam, patutlah tak dapat maklumat..

Aku mula selidik untuk cari lokasi hotel Bella Vista Resort & Spa Langkawi.Katanya 5 minit ja dari Jeti..tapi bila tempuh rasanya dalam 10 minit jugak la..kalau berjalan dan guna shortcut mungkin 15-20 minit..kalau merangkak..setahun kut baru sampai...

Bila sampai di hotel jumpa beberapa orang kawan lama..kami tempuh masalah untuk check-in sebab banyak bilik yang penghuni sebelumnya lambat keluar..1 jam jugaklah menunggu..naik feri jam 10.45 pagi..1.15 baru sampai hotel..jam 2.30 baru dapat bilik..tapi aku faham bukan senang nak urus kalau ramai..sabar sajalah..kami dapat bilik 228..lupa, kami tu maksudnya aku dengan..wife..

Program bermula dengan makan malam bersama Ketua Pengarah..dan ada karaoke..mula-mula ramai..kian lama kian susut..bila mereka urusetia minta wakil setiap meja untuk hantar wakil sumbangkan suara dan kemudian "sumbangkan lagu" aku pun cabut..

Khamis 31 Okt..jam 10.00 sampai jam 1.00 kami bermesyuarat..panas..sejuk..tegang..lucu..menghiasi suasana mesyuarat..yang pasti aku cukup suka bila KP bagi ucaptama..macam seorang ayah memberi nasihat kepada 100 lebih anak-anaknya..cuma mungkin masuk telinga kiri keluar telinga kanan..alhamdullilah untuk aku nasihat KP masih ada dalam kepala aku..puas korek telinga guna contton buds nasihat tu tak keluar balik..kita dapat gaji..datang untuk bekerja,pikul amanah ada tanggungjawab..jadi buatlah kerja, mudah ja..kalau masuk kerja untuk senang lenang..berhenti sajalah..berguni lagi permohonan dari orang yang nak berkerja..kita hanya tau mintak..langsung tak pernah nak fikir untuk memberi..

Petang  jam 2.30 kami melawat Akademi Koreksional Malaysia..seronok tengok rakan2 pegang ipad ambik gambar sana sini..aku tak boleh nak buat macam tu..dulu ambik gambar dengan satu tangan 5 jari aku boleh buat..strok merampas keupayaan itu..tak pa lah..

Malam ada taklimat dari bekas pegawai aku yang pernah jadi mentor kataloger masa aku kat KL dulu..tentang kaedah baru menkatalog  bahan yang dipanggil RDA...
Dalam bilik...

Sebelum dan semasa meting
Bilik kami..
Pamhlet Program...
Hotel dari dalam bilik...
Jumaat 1 Nov ada 3 taklimat lagi..jam 11.30  kami pun bersurai..bertambah lagi kawan aku..aku sampai kat rumah jam 3.00 petang..

Renung..dan fikir...