27 April 2014 Ahad
9.11 Malam..
Kuarters..
cerita lama...
Pesta buku datang lagi dan tahun ni sekali lagi aku dapat hadir, kalau tahun lepas aku bersama kakitangan unit,kali ini wife saja yang menemani, kalau tahun lepas hanya di Pesta Buku 1 Malaysia, kali ni Pesta Buku Antarabangsa,kalau tahun lepas bajet Jabatan, kali ni bajet sendiri.
Apapun hadir ke pesta buku cukup cukup menyeronokan..bukunya murah suasananya meriah..Jadi pada 24 April 2014 bersamaan hari Khamis yang lepas aku ambik cuti semata-mata untuk ke lubuk buku ni.Jam 10.30 dengan menaiki bas Sani Ekspres kami bertolak dari terminal Shahap Perdana..ibarat menaiki penerbangan, pemandu bas memaklumkan bahawa bas akan singgah di Sungai Perak untuk makan tengahari dan solat zohor.."tuan-tuan dan puan-puan bas akan bergerak pada kelajuan 90 km sejam,sekiranya tuan mempunyai masalah untuk ke tandas dan sebagainya sila maklumkan kepada kami..marilah kita sama berdoa semoga kita selamat sampai ke destinasi."
Nada orang lama pada pemandu berkopiah putih tu,buat aku tercuit hati. ye la kalau pakcik tu jadi deejay mungkin semua orang akan tidur..
Aku duduk di tingkat bawah bas dua tingkat tu, no 36 dan 37..37 tu betul-betul pada laluan penumpang lalu lalang sedikit sempit dan buat aku tak selesa,walaupun dibenarkan naik ketingkat atas sebab masih banyak tempat kosong, aku tak da niat berbuat demikian, semua ni sebab mengenangkan bas Transnasional yang terbalik baru-baru ni.
Selepas tiba di Sungai Perak, suara pemandu kedegaran lagi, "Assalammualaikum dan salam sejahtera , tuan2 dan puan2 kita telah selamat sampai di Sungai Perak untuk makan dan solat Zohor,kita akan berhenti selama 30 minit dan bas akan bertolak pada tepat jam 2.00 petang,ya tepat jam 2.00 petang tuan2 dan puan, dia kata lagi, "oleh sekarang baru jam 1.15 petang, saya memberi subsidi pada tuan2 dan puan 15 minit he.he.
Ketika nak mencari tempat untuk makan, lelaki berkopiah tadi menegur aku, "ni bukan duduk Padang Lalang kan? Anak Ismail yang dulu naik basikal ka motor kot Alor Janggus dulu,aku tenung muka dia,"ya betui betui, cuma ayah saya dok naik gerek dengan pokok nyokk saja,moto dia tak pernah naik," "Kenai tak ni? dia tanya aku,aku tenung laamaa dan kata takk..saya menantu bekas tok imam kampung Padang Lalang,aruah Haji Daud.."ooo minta maaf tok imam saya kenai, paklong saya tak perasan tadi.Maknanya aku ni pi lah tang mana pun,orang tetap cam aku coz berlain dari orang dan aku ni pi lah tang mana pun, aku tak pernah nak cam orang.
Jam 5.00 petang kami sampai di Hentian Duta, kemudian ambik teksi untuk ke satu lagi adik beradik bas tadi, SANI HOTEL, sampai di hotel, pas check in, kami terus pi PWTC..
Hotel sani bilik 907 agak baru perabotnya, walaupun sedikit sempit,warna temanya merah hitam macam warna basnya jugak ada sebuah hotel sedang dalam pembinaan disebelahnya..tak silap aku TUNE HOTEL..mungkin masa postkan maklumat ni hotel tu dah siap..
BERSAMBUNG...
Hotel sani bilik 907 agak baru perabotnya, walaupun sedikit sempit,warna temanya merah hitam macam warna basnya jugak ada sebuah hotel sedang dalam pembinaan disebelahnya..tak silap aku TUNE HOTEL..mungkin masa postkan maklumat ni hotel tu dah siap..
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment