Jumaat 3 Januari 2014
6.14 petang..
Kuarters kmtk..
Kampung Padang Lalang tengah malam 37 tahun lalu...
Malam tu sepasang suami terkejut..sangat terkejut...bidannya pun terkejut..bertanya dia pada si ibu apa yang dibuatnya sehingga lahir anak seperti itu...tangan kanan tiada di badan..maka riuh rendahlah kampung itu dengan kelahiran pelik takdir tuhan..Esok nya berpusu-pusu manusia hadir ke pondok buruk pasangan tersebut untuk melihat bayi tersebut...
Jumaat 3 Januari 2014 jam 9.10 pagi..pasar pagi kilang kecil, Pendang...
Aku dengan wife membeli dan membelah di pasar ni untuk beli ikan dan sayur..sampai di satu gerai buah..si penjual dengan selamba bertanya "Abang, tangan kenapa"?...dalam hati mahu ja aku kata KENCING MANIS!!! tapi mulut ku sebut juga "dari kecik macam ni"...Aku selalu sangat lah jumpa orang macam tu..ada yang selamba bertanya dengan menjuih mulut sikit mengangguk mengangkat kening mengarah mata ke arah tangan..tersentuh juga hati...hang bisu ka..bila aku jawab..dia pun "ohhh ingat excident...
Di kampung suatu waktu dahulu..
kata seorang jiran yang bertandang kerumah kepada anaknya.."Adik, tengok tu..tu buas la tu orang larang tak mau dengaq..main pisau...bengang jugak aku..ada main pisau putus satu tangan???, kalau main mesin pemotong kayu kut ya putus tangan..akai tak dak..nak didik anak tak guna otak..sebenarnya susah aku nak menjawab pada budak-budak hakikat ni, perlu ada jawapan kukuh..dan kesian aku tengok mak bapak yang juga susah nak explain pada anak mereka bila si anak melihat keadaan aku...lama-lama aku jadi lali..kalau budak-budak tanya"Pakcik tangan pi mana"?.."aku jawab..."pakcik tertinggal kat rumah malas nak bawak.."!!!
Jumaat 3 Januari 2014 jam 1.45 petang...Masjid Pokok Tai...
Khutbah hari ni menceritakan mengenai sambutan hari OKU peringkat kebangsaan..tentang ujian Allah pada ibu bapa yang mendapat zuriat anak istimewa..kata khatib..anak-anak istimewa ni anugerah Allah..mereka perlu dilayan seperti anak normal juga..jangan pilih kasih..aku biasa dah dengaq ayat tu..jadi aku menghayatinya dengan mata kupejam dan mulut sedikit terngannga..sambil bersandar kat dinding..uuish sedappnya..sikit lagi air liur pasti meleleh..
Hari ni untuk jadi OKU agak mudah tak perlu isi borang online..tak perlu main pisau..tak perlu panjat pokok..cukup dengan makan gula sekilo sehari..cukup dengan kona baring atas jalan..dan silap hulur kayu kat mesin di kilang terhulur tangan sendiri..ok lah..kepada sesiapa yang buat lawatan penanda aras kat blog aku ni...SELAMAT TAHUN BARU 2014..azam?..lama dah aku tak jumpa..masa kat u dulu kerap juga lah jumpa pasal dia sekelas pas dapat ijazah dia pi mana aku pun tak tau....
No comments:
Post a Comment