19 Jun 2014
9.43 malam
hari Khamis malamnya Jumaat..
Aku tak balik kampung sebab esok wife ada kursus kat Gunung Jerai. Untuk post kali ni aku nak konsikan pengalaman memohon dan cabaran untuk aku mendapatkan lesen kereta bagi seorang OKU..
Rasanya memang langsung tak dak mana-mana info lengkap dari sumber cetak,elektronik mahupun bersumberkan media sosial tentang liku-liku dan cabaran serta kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh orang OKU untuk mendapatkan lesen memandu kalau ada pun sikit sangat, untuk orang normal tak yah cerita la berlambak blog yang kita boleh baca dalam internet..
Aku kongsikan di sini sebagai kenangan peribadi dan atas niat untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan insan senasib yang ingin memiliki lesen memandu cuma aku fokus kan kepada lesen kereta sahaja.
Dan aku suka bercerita..yang sejarah memohon lesen motor aku bermula pada 1996. Waktu tu aku baru tamat STPM.Semuanya atas dorongan seorang kawan yang aku panggil Man.
Dengan bantuan lagi seorang kawan, Nash..memang nama dia pun, aku cuba ambik lesen motor, mulanya tauke kedai tu cakap dia boleh sediakan motor sebab OKU macam aku kena sediakan kenderaan sendiri untuk pohon lesen,aku lega mulanya..
Tapi selepas aku lulus L, dan nak mula belajar tauke tadi cakap motor tak dak,aku kena cari sendiri..aku sangat kecewa, dengan status sebagai pelajar,tanpa pendapatan,tak ada bantuan dari sesiapa..lesen aku berkubur begitu saja, kecewa sungguh masa tu, tapi lesen L tu tetap aku simpan sehingga kini sebagai kenangan dan bukti...
2008..Aku ubah impian selepas lama kecewa. Dengan bantuan seorang kawan..Haslimi memang nama sebenar,aku ke JPJ Kedah di Mergong untuk pohon lesen kereta.JPJ bagi surat, suruh aku jumpa doktor.Aku ke Klinik kesihatan Pokok Sena untuk buat pemeriksaan.Masa tu kalau tak silap aku hadir ke situ bersama tunang(kini wife la) , kerana nak buat pemeriksaan untuk HIV, jadi aku sekalikan tujuan."yang ni tak check pun tak pa ok semua..dia tulis, tandatangan dan cop..mudah sangat" doktor tu....
Kemudian kami kembali ke JPJ,jumpa Pegawai JPJ yang mengendalikan permohonan tu, Pegawai, bukan staf sokongan..dan sampai kini nama dia aku masih ingat."Encik kena buat ni,kena buat itu,buat ini,ubahsuai,pi Puspakom,ubah geran,tukar nama,buat surat hantar pi KL,bla..bla..bla,aku mula menyampah..kenapa susah sangat tuan? ohh ini prosedur..adusss
Aku bangun ucap terima kasih dan blah...baca dan ikutlah perjalanan post ni seterusnya anda akan faham nanti...
2010 Sekali lagi aku ke JPJ Kedah,lokasinya masih sama cuma kali ni aku diminta terus ke Bahagian Ortopedik Hospital Sultanah Bahiyah,telah nampak kerumitan yang ditambah pada borang berkenaan..Dihospital masa tu tak lagi boleh terus jumpa doktor,sebaliknya kena dapatkan tarikh temujanji dahulu..sebulan kemudian aku pun hadir lagi dengan anak saudaraku..
dan masa tu jugak aku dah diserang strok,doktor check kaki,tangan dan jari, dia minta aku membukakan atau mendepangkan ke lima2 jari..tak boleh..aku tak boleh buat..doktor rasa pelik dan aku malas menyatakan aku kena strok ringgan..puas membelek aku dilepaskan..semua rekod aku simpan dalam satu fail khas..
kami sekali lagi ke JPJ yang sama..menyatakan niat yang sama dan jumpa lagi Pegawai yang sama..Pegawai bukan staf sokongan..sekali lagi perkara yang sama diulangnya..dan dia dah lupa aku pernah jumpa dia sebelum tu yaa 2 tahun sebelum tu.Encik kena buat ni,buat tu,tukar ni,tukar tu,check kat puspakom,buat surat ubah suai bawa kereta cari workshop yang buat ubah suai bla.bla.bla.Tuan kenapa susah sangat?..ohh ini prosedurrr..Ahhhhhhhhhhhhhhhh cuma dalam hati,kalau di mulut mungkin aku naik ambulan pi Hospital Sultanah Bahiyah semula...dan esoknya mungkin dalam Metro ada berita sensasi.."OKU ditendang Pegawai JPJ"
Anak saudara aku yang turut serta memang membantu, membantu dengan hanya memandang muka Pegawai tersebut..satu perkataan pun tak keluar dari mulut dia..memanglah dia tak tau apa sangat..Aku beredar dengan kesal,menyampah,buntu dan binggung,masa tu kereta memang aku dah beli cuma atas nama wife.
Sebelum keluar seorang staf sokongan meluru ke arah aku," macamana encik?" uuuisshhh payah..payah..
No comments:
Post a Comment