10 Mei 2014..
6.52 petang..
Baru lepas hujan..buka tingkap angin masuk sejuk sikit..SELAMAT HARI IBU, ok aku sambung balik cerita rombongan ke Terenganu..Agak panas semasa kami adakan lawatan ke tempat pertama di Terengganu iaitu "Taman Monumen Tamadun Islam"..masa tu jam 12.30tghr..
Masalah timbul bila ada yang tak nak masuk pulak..yelah dewasa RM 25.00 OKU dan warga mas RM18.00 dan kanak-kanak bawah 5 tahun, percuma. Dah tu bila masuk pulak ada salah seorang anak buah aku tu jenis suka tunjuk perasaan bila apa yang dia nak tu tak dipenuhi adusss..dia menangis punya lah kuat..mood nak tengok monumen2 terbantut dan terkentut. Aku pun jadi terganggu, tempat ni best sebenarnya, tak rugi masuk dan follow setiap satu monumen tu.Ada yang disediakan tayangan video lagi.dan banyak maklumat yang kita boleh dapat..kat sini aku syorkan datanglah tempat ni dengan suami atau isteri ja, awek dengan balaks saje,bawak budak2 apa pun tak boleh kalau depa buat demontrasi jalanan..sebab tempatnya agak luas..
Salah satu monumen yang menarik .. |
Kat Pantai Batu Buruk.. |
Kat Masjid Kristal.. |
Jam 2.00
Kami ke Pasar Payang untuktengok2 apa yang patut kemudian terus ke Pantai Batu Buruk, juga untuk tengok 2 apa yang patut. Dalam jam 5.00 petang kami balik untuk berehat dan sebelah malamnya sekali lagi ke Masjid Kristal dan kemudian ronda 2 sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum makan malam dan balik homestay untuk berehat.
BERSAMBUNG...

Kat depan Taman Tamadun Islam.. |
No comments:
Post a Comment