8.32 malam.
Kuarters..
selepas bersoal jawab dengan Pegawai JPJ kat situ, kami meneruskan perjalanan..malam tu cuaca cukup baik dan keadaan dalam van cukup selesa. Van kami sewa dari sebuah Syarikat yang berpengkalan di Kubang Rotan, dulu kami pernah order ayam panggang kat dia.."Along" kosnya 3 hari 2 malam adalah RM 12XX.XX..mahal ke murah aku tak nak ambik tau tapi cukup selesa..
Aku tak berhajat nak tidor, sekadar pejam mata..kekadang jalan jadi sunyi dan menyeramkan..jam 3 pagi aku masih terkebil-kebil aku sentiasa berdoa agar perjalanan kami pagi ni selamat.Dan yang cukup menakutkan aku adalah apabila van berselisih dengan berpuluh-puluh lori balak,lori barang dan lain-lain kenderaan berat yang melalui jalan tu.
Apabila memasuki Tanah Merah dan seterusnya sampai di Kuala Terengganu, barulah hati rasa lega sikit...kami sampai di Mayang Suite Home Stay jam 6.00 pagi.Tunggu pekerja homestay tu hantar kunci dalam 6.30 jugak kami masuk..pas solat subuh sempatlah kami berehat sekejap..
Kos sewa Home Stay ni adalah RM300.00 untuk satu malam..bolehlah..4 bilik,setiap bilik ada bilik air dan penghawa dingin..oklah ruang tamu utama disekalikan dengan ruang makan, jadi bolehlah untuk maklumat lanjut carilah kat Google.Cuma bilik airnya agak sempit dan tangganya agak curam..
Nak dijadikan kisah..pagi tu dalam jam 8.30 pg aku dan wife turun diruang makan untuk minum pagi. Ntah macamana lupa nak ambik kunci..dan masuk lah 2,3 orang anak buah aku dalam bilik tu dan lock kunci dari dalam dan keluar..budak-budak..bukan nak mengaku..stres aku masa tu sebab nak la rehat,mandi dan sebagainya..bila call pekerja tadi,dia maklumkan yang jam 10.00 pagi baru dia nak datang adusss orang lain sedap tidur..yang aku cukup letih masa tu..bengang jugak la..
Akhirnya jam 10.30 baru pekerja tu sampai dan barulah boleh mandi dan bersiap-siap untuk mulakan lawatan pertama di Terengganu..makan pagi kami hari tu adalah nasi lemak kukus..makan ramai-ramai kat ruang makan dalam homestay..sebenarnya tak praktikal keluar makan pagi ramai-ramai payah dengan budak-budak..
Ok akhirnya jam 11.00 pagi baru dapat keluar untuk jalan-jalan..
BERSAMBUNG...
BERSAMBUNG...
Sarapan pagi.. |
Kat depan Homestay |
No comments:
Post a Comment