SELAMAT DATANG

Sunday, October 2, 2011

Kesibukan yang muncul dalam diam..part 1

Sekarang jam 6.30 petang dan hari ni 2 oktober 2011..


Masuk saja pejabat pagi tadi aku sedar yang banyak kerja yang perlu aku selesaikan. Rasa macam tak tau nak buat mana dulu. nak buat senarai tapi fikir-fikir tak perlulah..hentam saja buat la mana dulu pun janji selesai. Aku mula dengan cetak senarai kakitangan yang nak mula bertugas malam. kemudian aku mula draf surat untuk pembekal buku yang pohon nak buat pameran hari ni, masalah betul, ikut suka dia saja. tak reti nak guna protokol. Kemudian aku uruskan pula tuntutan perjalanan aku kat Penang tu. dan juga tuntutan dari peti cash yang telah aku belanjakan kemarin. aku beli barang2 keperluan Library. Aku minta tolong pap fotostat apa yang patut.

Aku turun serahkan tuntutan yang siap terus pula memantau ke Kafeteria kalau2 pembekal buku tu dah sampai tapi hidung pun tak nampak. terus pula berjumpa dengan Juruteknik Am untuk minta gantungkan streamer yang aku ambik dari Library Kedah. Masuk balik pejabat aku hubungi YDP kolej untuk minta tolong buat pengumuman kat asrama bahawa malam ni Library akan beroperasi sampai jam 11.00 malam

Kemudian aku tercari2 konsep untuk pameran sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan , Aku diarahkan untuk buat pameran. Konsep ni agak memeningkan, nak cari idea untuk satu persembahan. Aku minta staff kumpulkan maklumat tapi agak terlalu perlahan pergerakannya. macam kata Pustakawan KMPP takkanlah bos nak kena buat semua. Ntahlah Kepala aku semakin sakit..aku terlalu penat..penat..penat sungguh. lepas bagi taklimat pada kakitangan yang nak bertugas malam, aku jumpa pula YDP maklumkan apa yang aku nak...petang ni sampai balik aku sibuk cari idea untuk pameran sampailah jam 5.00 petang dan malam ni kena lagi pi pejabat untuk tengok dan pantau kehadiran pelajar bila Library di buka waktu malam..kadang2 aku rasa ingin meluahkan sesuatu yang menyakitkan hati individu yang membacanya tapi aku bersabar..bersabar dan bersabar dan kadangkala tulisan tu memang lebih tajam dari pedang tapi kadangkala ianya akan menampakkan kebodohan diri jadi bersabarlah selagi mampu...dan kalau dah tak mampu aku akan letak jawatan biarlah orang yang cukup sifat menggantikan aku, itu lebih baik dari menyimpan beban yang tak tertanggung...

No comments:

Post a Comment