SELAMAT DATANG

Tuesday, September 27, 2011

Mesyuarat Ikhtisas pegawai Gunasama Perpustakaan Negara Malaysia last part...

Sekarang jam 8.55 malam dan hari ni 27 September 2011
Jam 5.00 petang habislah taklimat tu. Bila ada sesi minum petang aku hanya pi tengok dan memang susah nak makan, meja terhad dan ramai yang makan dan minum berdiri, elokkah begitu...Jadi cari jalan untuk blah saja.. pas makan  malam jam 8.00 ada lagi satu taklimat, kali ni oleh seorang pegawai kerajaan bergelar dato' yang bertugas di Bahagian Pencen di Pulau Pinang. Dia banyak berkongsi pengalaman pandangan dan buah fikiranya tentang peranan dan fungsi seorang PUSTAKAWAN. Cuma yang menarik pada aku bilamana dia mengarahkan pegawai2nya supaya jangan melakukan sebarang tugas dari jam 4.30 hingga 5.00 petang, sebaliknya mereka wajib melayari internet mencari hal2 pelik yang menuntut kesungguhan, hasilnya beliau tunjukkan pada kami satu keadaan di mana sekumpulan pelajar yang turun dari gunung atau gaung yang tinggi mengelongsor menggunakan tali seolah-olah kabel car kat Langkawi tu.. mereka mengadai nyawa hanya untuk ke sekolah, menarikkan??

Jam 10.00 malam tamat taklimat ada lagi minum2 malam dan pihak penganjur mempelawa Peserta2 yang berminat untuk bersiar-siar sekitar Pulau Pinang tapi terhad kepada 40 orang sahaja sebab...tentulah naik bas PNM, Aku tak berminat sebab letih sangat..

Esoknya Jumaat 23 September jam 8.00 ada sesi bergambar. Mesyuarat selepas tu bermula dengan amanat Dato KP..Aku menghayati sepenuhnya amanat beliau, antaranya beliau tekankan tentang intergriti, semua pegawai gunasama perlu tinggi tahap intergritinya,berdisiplin, rajin, sentiasa berfikir menjana kemajuan dunia PUSTAKAWAN, satu yang menarik pada aku, seorang bos tak perlu terkinja2 dengan staf nak balik awai, bos baliklah lambat sikit sebab awak tu bos. Pustakawan perlu selesaikan masalah disiplin staf secara bijaksana, kena kaitkan semua dasar kerajaan dengan pembangunan perpustakaan dan banyak lagi amanat beliau yang aku fikir dalam2 Aahhh beratnya tangungjawab aku.

selepas tamat mesyuarat ada jamuan hari raya merangkap sambutan majlis doa selamat untuk Dato' KP berangkat ke Tanah Suci...jam 12.00 tu aku makan ala kadar dan bila aku rasa majlis dah separuh jalan, aku pun beredar, packing beg dan checkout, ambik teksi dan terus blahhh...sampai rumah jam 3.30 petang tapi sebelum tu sempat lagi kami bedal nasi kat Marrybrown kat Shahap Perdana dan kat rumah mak ajak pergi memancing dalam bendang best gak tu lah sempat lagi tuuu..no picture in this post..okkk...

No comments:

Post a Comment