sekarang jam baru pukul 7.49 malam hari ni 23 Oktober 2011 hari Ahad, Ada sesuatu yang merunsingkan aku. Aku terlihat sebuah buku yang memang milik Library di letakkan di loker terbuka hanya beberapa kaki dari pintu utama, aku merenung dan berfikir tentulah ada pelajar mengeluarkannya melalui kaunter utama, cukup mudah untuk mencuri bahan perpustakaan dan sehingga kini dah banyak majalah yang hilang tanpa dapat dikesan tu pun setelah semakan dibuat, buku2 yang dipinjam dari kolej lain pun ada yang hilang.
Isu kecurian menjadi-jadi di Perpustakaan, ada pelajar hilang duit yang jumlahnya agak besar, peliknya hal itu tidak dilaporkan sendiri oleh mangsa tetapi dibawa terus ke HEP, hairan aku, tapi mangsa mungkin dah tahu yang dia akan kena hentam dengan aku, yang galak bawa duit dan tinggalkan di loker terbuka sapa suruh. Lalu aku ambil langkah drastik dengan mengubah kedudukan loker yang terlindung kepada kedudukan yang lebih mudah aku pantau.
Sebenarnya langkah paling awal aku ambil adalah mengarahkan PAP untuk bertugas dikaunter yang berhampiran loker terbuka tetapi entah kenapa dia lebih suka duduk dikaunter utama, pelik memang pelik..aku juga tampalkan poster2 amaran mencuri supaya keinsafan wujud dalam syaitan2 yang bertopengkan manusia. Kadang2 personaliti seseorang itu tidak langsung memberi gambaran yang dia adalah pencuri..nampak warak ja tapi patut saja diberi penyepak.
Aku sedar dengan jelas bahawa ada kes kecurian yang lansung tak aku sedari berlaku.sebab ada pelajar yang berhati mulia mengaku yang dia terambil buku perpustakaan secara tidak sengaja dan memulangkannya semula tetapi bagaimana yang berhati durjana memang mak pak dia dah latih untuk jadi pencuri. Aku percaya ada kisah yang selalu diceritakan bahawa kalau kita ke Jepun dan hilang sesuatu barang contohnya telefon bimbit, insyaAllah akan dapat semula, tapi kat Malaysia ni, hang tinggal telefon dalam bas, ok selamattt
Aku juga dah melarang pelajar membawa masuk buku2 rujukan persendirian, beg dan fail ke dalam Perpustakaan tetapi anak2 bangsaku bengap dan tak reti bahasa, macam ni nak jadi mahasiswa, arahan dan peraturan mudah pun tak boleh nak ikut. Untuk memasang pintu keselamatan bersama sistem penggera tentulah memerlukan kos yang besar Isu ni cukup menyedihkan dan merisaukan. Alangkah ruginya Allah kurniakan dua tangan tapi digunakan untuk mencuri..renungkanlah
No comments:
Post a Comment