SELAMAT DATANG

Tuesday, October 18, 2011

Pondok Tok Wa satu karya picisan..

Hari ni 18 Oktober2011 sekrang 6.41 petang baru lepas hujan..dan hari ni Selasa..lokasi menulis tempat yang sama..

Aku ingin kongsikan satu karya yang aku hasilkan tahun 2004, dah 7 tahun kukuh dipersada kampung. Aku amat sukakan kesenian Melayu, pada aku senibina Melayu cukup unik, ketaksuban aku pada warisan senibina ini aku cuba, persembahankan dalam bentuk karya yang aku hasilkan menggunakan tulang 3 kerat. segalanya bermula bilamana rumah peninggalan arwah ayah aku robohkan untuk digantikan dengan simen dan konkrit..robohnya rumah tu meninggalkan kayu-kayan yang aku perlukan untuk aku bangunkan semula sebuah mahligai yang aku gelar "Pondok Tok Wa", 4 batang tiang utama terpaksa aku beli dari seorang saudara ayah, kayu2 itu aku angkut menggunakan rakit yang waktu itu masih lagi kukuh, 

Kerja2 kerangka asas aku lakukan sendiri..cuma takkala memacakkan tiang barulah aku pohon pertolongan. peringkat awalnya dulu aku antara yakin dan tidak untuk mendirikan mahligai ini. Namun dengan semangat untuk menjadikan mahligai ini sebagai tempat berehat, aku berusaha keras menyiapkannya, aku tambah kelarai yang aku buat dari buluh. Tahun 2007 mahligai ini ku jaga rapi, namun berhijrahnya aku ke Kuala Lumpur, mahligai ini semakin sepi, hidupnya seperti peminta sedekah yang cukup daif, kelarainya terlerai satu persatu, Kanak2 penghuni setia yang membuat angkara, bersepah sampah hilang kesucian tempat nan indah..





Kembalinya aku ke bumi bertuah tahun 2010 masih gagal memulihkan semangatnya. Aku cuma mampu menegah agar ia tak terus rebah, Penjenamaan semula mahligai entah bila nak mula dan pasti takkan sudah2, Bekas bos pernah lepak di sini..memuji usaha ku yang murni. Dan kini mahligai ni hanya sesekali aku adakan aktiviti Mencicah asam selepas makan tengahari....Pasti yang sedar bahawa rumah Melayu kini sudah banyak berbata berbatu mana ada lagi berpapan berkayu...selagi mampu "Pondok Tok Wa akan cuba aku pertahankan. Aku jirankan bersamanya pohon2 bouganvilla koleksi peribadi ku sebagai peneman sepi...   

No comments:

Post a Comment