SELAMAT DATANG

Saturday, October 29, 2011

Diari seni lima jari...part 2..

Tak terlambat untuk aku ucap Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia. ok hari ni Sabtu, Sekarang dah 9.21 malam. Aku ke Free Top Walk kat Sedim pada cuti Deepavali lalu (26 Oktober 2011) tapi sumber gambar belum ada, jadi untuk post kali ni aku nak sambung diari seni aku yang seterusnya.


Kalau tak silap aku, aku rakam gambar Gunung ni masa aku Lower Six tahun 1994 dulu setahun lepas tu baru aku pindahkan ke kanvas, ini adalah karya seni lima jari aku antara yang terawal ada dua tiga buah lagi telah rosak akibat kelalaian aku menghargai seni. Lukisan ni terakam hanyalah untuk kenangan dan memori di ingatan. Masa tu ada satu jambatan kayu dari tiang kayu LLN atau Lembaga Lektrik Negara yang digunakan oleh petani sebagai laluan membawa baja untuk ke tanah bendang mereka, Aku selalu lepak di situ memancing dan menenang fikiran. Gunung Keriang dulunya merupakan satu kawasan kuari,penghujung 80an, aku sering mendengar dentuman2 kuat hasil daripada aktiviti memecah batu. Namun siapa sangka aku menemubual orang yang bertanggungjawab meletupkan kawasan gunung tersebut.

Semasa bertugas di Perpustakaan Awam Kedah, aku temui uncle Gurdial Singh dari Persatuan Pesara Kedah, beliau lah yang ceritakan aktiviti tersebut.tahun2 90an kerja2 kuari dihentikan. Kini pada kaki Gunung telah dibangunkan kawasan rekreasi,ada Muzium Padi, Pusat Sains dan Perkampungan Tradisional.

Karya ini dah berusia 16 tahun dah jadi anak dara sunti, setahun dua lagi dapat menantu.OK..

No comments:

Post a Comment