SELAMAT DATANG

Tuesday, October 4, 2011

Diari seni lima jari...

Hari ni 4 Oktober 2011, Selasa dan sekarang 8.06 malam...

Seperti yang selalu aku kata, masa sungguh cepat berlalu, kalau kita buat kebun sedar tak sedar  dah boleh makan buah dah..Kali ni aku nak kisahkan tentang  satu karya seni yang aku buat untuk Library. semuanya bermula bila aku ke Ambank untuk bayar duit kereta, terpandang aku satu Signboard yang sangat simple tapi cukup menarik dipersembahkan bagi minggu bertemu pelanggan mereka. 

Lalu aku amati dengan penuh minat dan otak aku pun mencipta ilham , Why not aku buat benda  ni kat Library KMTK, mudah,murah dan kreatif, walaupun bukan idea aku sendiri. Tapi aku cukup suka bagi otak sedikit paksaan. Minggu seterusnya aku pi Pustaka Union Alor Star untuk beli semua keperluan, aku beli polisterin putih, berus colour, cat Pelaka, sedikit bunga, pengikat langsir dan map pin, semuanya guna duit poket dan sampai sekarang  aku tak tuntut lagi, biarlah..cat tu agak mahal tapi boleh guna banyak kali

Aku ingat lagi, aku ambik cuti khas untuk buat "Signboard" ni, hari Khamis bulan Julai lepas kalau tak silap aku. Mula2 aku potong polisterin setebal seinci tu, aku potong seumpama sepotong kayu yang dipotong menyerong, kemudian ambik berus catkan, pas tu tambah sikit ton warna pada kayu yang cukup ringgan tu.

Aku mintak adik aku tolong bungkuskan, petang Sabtu bawa ke Library KMTK. Di Library aku arahkan staff aku pasangkan hiasan bunga dan cari kaedah untuk mengantungnya..pertengahan Ogos tu tergantunglah karya seni dari lima jari aku..Sesetengah orang yang tak tau apa tu seni, langsung tak perasan yang board tu hasil dari sekeping polisterin, Aikk ingatkan kayuuu..tapi bagi orang yang tak buta kayu, "alahhh benda ni dia buat...Namun aku cukup yakin, bila sering disebut duit tak dak, duit tak dak, nah board kayu tu lah yang paling padan, nak tunggu board yang cantik nak melangut berbulan-bulan, nak kena ada paper work pulak macam ni haaa senang...jangan tiru haaa...alah dia pun tiru...

No comments:

Post a Comment