SELAMAT DATANG

Wednesday, October 12, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 7

Hari ni 12 Oktober 2011 .Hari Rabu. Sekarang 8.37 malam..lokasi tetap sama..

Aku sambung kisah aku nan panjang..Satu malam, masa tu Sham masih berkongsi bilik dengan ku. Aku terjaga pada jam 3.00 pagi kerana terlalu sakit di bahagian kanan kepala. Sakit yang tidak pernah aku rasa seumur hidup, lantas aku telan dua biji panadol tapi langsung tak memberi kesan. Bertugas di TH Shelborn sebagai kataloger cukup memberi cabaran . Aku ditempatkan di Unit Monograf di tingkat 18 bangunan Tabung Haji tu. Aku di kehendaki katalogkan sebanyak 12 buah buku setiap hari. sikit bagi insan yang tak tau apa tu kataloging, tapi cukup perit bagi yang pernah menjadi student pengurusan Perpustakaan,dulu di University subjek nilah dianggap "killer paper" hampir separuh yang gagal, pada aku kesukarannya terletak pada keupayaanku, adilkah 12 item bagi insan yang cuma ada satu tangan. insan normal pun merangkak2. Aku memang tak mampu nak capai 120 naskah satu bulan dan 2400 satu tahun. Bila cuti aku perlu cover balik apa yang tertinggal tahun. 2009 tu aku gagal..Aku memohon dikurangkan bilanganya tetapi ternyata aku tetap gagal, kami sentiasa menghadapi masalah kekurangan bahan untuk dikatalog, jika ada bahan pun, Pembantu pula tak input data,

Itulah senario yang aku tempuh saat tu, Laporan prestasiku sangat rendah, memanglah patut, aku tak mampu, orang lain satu tangan pegang mouse dan satu tangan lagi tekan keyboard tapi aku sebaliknya, keadaanku semakin hari semakin tertekan, dengan masalah untuk menguruskan diri, makan pakai dan di pejabat perlu berfikir3 mencari nombor panggilan buku serta subjeknya. Aku masih ingat lagi hari tu, semasa hadiri kursus Cataloging , mata kiri tiba2 berbinau2 dan berbintang2 aku panik lalu membasuh muka hilang sekejap tetapi muncul kembali beberapa hari kemudian..

bila balik ke kampung...wife ajak aku ke Kedah Medical Centre, kami kesana untuk Scan apa yang berlaku pada otak ku, ini semua atas advise doktor di Klinik Mahkota yang meminta aku segera membuat imbasan...

Hasilnya cukup buat lutut aku mengeletar dan tambah mengeletar kerana kos imbasan tu berjumlah RM300.00 BERSAMBUNG...


No comments:

Post a Comment