SELAMAT DATANG

Sunday, October 9, 2011

Diari seni lima jari...part 1..

Hari ni 9 Oktober 2011..sekarang 8.41 malam di lokasi yang sama.

Aku bukan nak luah perasaan cuma ingin mengamit kenangan pada sebuah karya yang aku hasilkan10 tahun lalu..dah 10 tahun..Aku zahirkan karya ini pada Oktober 2001 di bawah tajuk "Lubuk Harapan 1" Ini sebuah karya yang menyingkap aktiviti aku pada tahun tersebut iaitu memukat ikan di Sungai di belakang rumah..dengan menggunakan rakit yang aku buat dari kayu dan tong-tong minyak tanah..masa tu bersama anak saudara kami labuhkan pukat di celah -celah pohon telipok yang masih dara..aku rakamkan panorama pohon-pohon telipok yang memenuhi hampir keseluruhan permukaan sungai..dari gambar terakam aku pindah dalam karya seni mengubat hati ketika itu..aku masih ingat pernah sekali hanya dengan 2 labuh pukat kami mendapat hampir 60 ekor ikan lampam segar bugar. memang ketika itu aku belum melangkah kaki ke Universiti ...dan Ayah masih ada, Ayah dan maklah yang membuang ikan2 itu dari pukat dan Ayah jugaklah bersama mak menyiangnya..Aku namakan "Lubuk Harapan 1" kerana itu salah satu lubuk yang memberi kami pendapatan hasil jualan ikan pekasam yang mak buat.

Kini lubuk tu masih wujud. cuma aku yang tak lagi mendampinginya, lubuk tu masih lagi kaya dengan ikan tapi aku dah tak lagi mampu mencari rezeki dengan jari.. Gambar yang aku tunjuk ni tak berapa tepat posisi sewaktu rakaman di buat jadi tak jelaslah tajuk karya ni di hasilkan. Apapun ini salah salah karya seni lima jari yang setia mengundang memori...

No comments:

Post a Comment