SELAMAT DATANG

Monday, October 31, 2011

Diari seni lima jari...part 3..

Awal lagi ni baru jam 6.26 petang hari Isnin tarikh sama la lokasi pun sama jugak...Aku sambung lagi untuk pamerkan karya-karya seni lima jari aku..Karya ni aku siapkan tahun 2007 bulan Mac. Sebenarnya karya ni adalah menifestasi dari "Pondok Tok Wa" aku lupa untuk nyatakan bahawa pondok ni dedikasi aku untuk mak..mak dan aruah ayah dipanggil Tok Wa oleh budak2 kampung.

Tapi pondok ni khas buat mak because ayah dah tak da masa aku dirikanya. Aku suka berkarya pada skala yang besar. Saja lah taste, market untuk sebuah karya seni yang aku kagumi. Selalu jugak tetamu yang hadir bertanya, "Ada ka pondok ni, ? mak selalunya cepat2 akan jawab, " Jom pi tengok di belakang" Aku abadikan jugak beberapa ekor ayam kampung yang lama dah jadi aruah. Juga pokok bunga yang aku tanam menjalar pada tiang pondok, aku pamerkan keadaan ketika itu, jadi boleh bandingkan dengan keadaan terkini melalui post " Pondok Tok Wa satu karya picisan"  ok jumpa lagi dengan post seterusnya...

No comments:

Post a Comment