SELAMAT DATANG

Tuesday, November 1, 2011

email oh.. email..

Aku tengah basuh baju ni, dulu masa bujang baju aku seorang tapi lepas kahwin kena basuh baju yang bersarang2 he.he..ok sekarang biar mesin yang basuh, aku nak menulis sat. Sekarang jam 6.13 petang, hari Selasa 1 November 2011 dah. lokasi menulis masih sama, Kuartes Juruteknik KMTK.

Ada satu yang berlaku hari ni, semuanya memang silap aku, mengaku siap2 senang. Kelmarin aku siapkan  spesifikasi untuk pengubahsuaian bilik kakitangan dan bilik pemprosesan bahan di Perpustakaan. dapat arahan petang kelmarin dulu.dek menunggu Juruteknik Awam yang pergi mengunjung,petang kelmarin aku arahkan PAP hantar maklumat tu ke PEK untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih banyak kepada Juruteknik yang membantu. Pagi tadi aku dihubungi oleh PEK menyatakan bahawa maklumat tu tak lengkap coz bentuk dan jenis material yang digunakan tak aku nyatakan, aku mengaku la ingatkan dah lengkap, dek ingin membantu dan memudah cara, aku pohon dia  betulkan apa yang patut. kaedahnya?  cepat2 aku bagitau , "tak pa saya hantar solfcopy by email...

dengan segera aku minta pembantu dapatkan alamat email PEK, dan dengan pantas pula alamat email PEK aku perolehi, mudah ja dia call PRO betullah tu, Pembantu serah pada aku. Aku ni jenis nak cepat terus buka email, attach file, hantar kepada schasal...seperti tertulis di nota depan mata.

jam 3.00 petang lebih cikit, lebih pun x banyak suku2 ja, bos call aku, " En lan, dah siap spek yang PEK nak tu, dengan condifent atau contfidentnya aku jawab, " dah jam 9.00 pagi tadi saya email kat dia, Ok..ok.kkk..macam tu la..

10 minit berlalu Bos call lagi aku, "En Lan , PEK tak dapat pun, aku terkejut haaa.

Aku call beberapa kali Pek untuk dapatkan alamat email yang sebenar, dia pun bagitau..schesal..schesal bla3.. tapi otak aku memang dah rosak sarafnya, aku ingatkan chesal bla3..terus hantar lagi email pada alamat yang otak bermasalah ni rakam..pas beberapa minit aku call PEK dia bagitau yang  dia tak dapat lagi, En.Lan hantar kat mana ni..? Aihh pelik..Aku tak puas hati lalu aku call PRO tanya dia alamat email yang dia bagi pada pembantu aku tu  apa (sambil aku rujuk sekeping nota tulisan pembantu depan mata aku, PRO bagitau schesal bla3...OoooooAku baru perasan pada nota tu..schasal bla3....sedangkan sepatutnya schesal bla3...

tapi sebelum tu kesilapan teknikal ni aku kira selesai bilamana aku masukkan maklumat tu dalam pendrive dan minta pembantu serahkan pada PEK..selesai, kecik punya hal.. yelah mulanya aku ingatkan mudah tapi tak sangka plak jadi macam tu. apapun cukup unik apa yang berlaku, hanya silap satu huruf,  ini silap aku, aku  ulang silap aku yang ada masalah penerimaan sebab saraf otak dah putus..moga tidak ada yang tersinggung tak tentu hala dengan statement dari PUSTAKAWAN yang kurang upaya ni, sebab memang silap aku. Hikmahnya siasat la sikit hang pun main sondol saja. mungkin ada yang baca dan bertanya Awat hang tak call sendiri, betul3 masalahnya bila aku pegang ganggang telefon, tangan mana pulak aku nak tulis.. apa dah...moga perkara ni takkan berulang.

No comments:

Post a Comment