Masa aku sekolah rendah dulu, aku tak tau pun tentang cita-cita, ramai kawan2 bagitau kat cikgu yang mereka bila dah dewasa nak jadi Guru, nak jadi Doktor, nak Lawyer dan macam2 pekerjaan lagi. semua hebat2 lah..aku tanya kawan aku, nama pa tah lupa dah"hang nak jadi doktor ka.? dia tanya aku balik awatnya?. nak jadi doktor macam mana, belajar malas asyik dok kencing dalam kelas ja..dia senyap ja. bila cikgu tanya aku, Roslan, besaq esok nak jadi pa ? dengan bersemangat aku jawab, saya nak jadi Superman cikgu, terkekeh kawan aku tadi gelak..Cikgu pun tahan nak gelak.. Cikgu pun cakap kat aku, kamu mana boleh jadi Superman Roslan, Awat cikgu ?. Superman terbang dengan dua tangan, kamu satu tangan, tak boleh nanti senget..aku tengok cikgu tuu errr tah lah macam mana spontan ja aku bagitau nak jadi Superman..bila semakin dewasa aku mula tetapkan cita2 bahawa aku nak jadi apa pun tak pa asalkan berjaya, kalau jadi guru, guru yang berjaya, jadi pekebun , pekebun yang berjaya, perompak, perompak yang berjaya..aku pun tak jelas bagaimana aku boleh berjaya menjadi PUSTAKAWAN, kira jawatan profesional jugakan..
kawan2 aku dulu sekarang jadi macam2 ada yang dok bela anak pas sorang, keluar plak sorang dok buat kerja tu la..ada yang jadi guru, ada dulu dok panjat bumbung sekolah, letih cikgu nak ligan, la ni jadi tukang rumah.ada yang monyok dalam kelas , macam ayam berak kapur, la ni dok jual ayam, kira oklah, bila selisih dengan aku tak kira jauh dekat, keloii, lannnn... punyala baguih, yelah aku ni orang mudah kenal, tangan takdak sebelah, sembunyi pi la macamana pun orang kenai...
ada seorang kawan yang sekampung dengan aku,cukuplah aku sebut yun, dia ni budak lelaki yang buas cikit..aku pernah main bola sekali untuk rumah sukan dulu..dia selalu buli aku, dia suka pukul lengan untuk bergurau, sakit jugak bila semakin dewasa dia pilih jalan yang salah aku selalu jugak bertemu dengan yun di masjid masa hari jumaat tapi kami tak mesra macam zaman sekolah, dia banyak diam, badan pun kurus ja, satu hari aku dengaq yun meninggal sebab jatuh dari bangunan, katanya dia ambik benda haram tu.. ntah lah..
No comments:
Post a Comment