SELAMAT DATANG

Sunday, June 26, 2011

Detik-detik yang berlalu..

Ada sesuatu yang merunsingkan aku akhir-akhir ini. semacam satu perasaan takut yang hadir begitu halus dan berseni ke dalam diri..aku menyedari bahawa detik waktu terus berlalu dengan begitu pantas, hari berganjak hari, minggu berkunjung minggu, bulan tak lupa bertandang dan tahun bersilih ganti..aku semakin tua dan umurku semakin singkat, badan nampak sihat tapi bersarang penuh penyakit.

Minggu ni dah genap sebulan pelajar-pelajar sesi 2011/2012 berkampung di KMTK, dan setiap waktu dan dari setiap sudut memantau tingkah mereka. Sebagai seorang PUSTAKAWAN. aku perlu membantu dalam menyediakan keperluan maklumat mereka. Aku melihat adanya ruang-ruang kosong yang membataskan mereka mendapatkan maklumat, serba serbi kurang, ia memberi sedikit tekanan pada aku.
Pada sesi ni aku lihat Pelajar lebih berdisiplin, tiada lagi gelak tawa ria dengan lawak bodoh yang menyakitkan hati, tetapi sikap kebudak-budakan itu tetap ada, tak tentu pasal tiba2 berlari macam jumpa Hantu Kak Limah, aku melihat mereka akan berkunjung dengan jumlah yang agak besar sekitar jam 10-11 pagi, hanya pada waktu itu kaunter pinjaman sesak dan sibuk,Peminjam pula meningkat mendadak bila semua pelajar aku sediakan kad untuk pinjaman bahan, perlu diingat kami belum lagi menggunapakai sebarang sistem perpustakaan. inilah cabarannya. situasi yang tidak berubah dari semester lepas adalah sikap pelajar yang suka meninggalkan barang2 peribadi dan botol2 mineral sesuka hati, sudah ada trend makan dalam library bilamana ada bungkusan roti yang ditinggalkan, satu yang sukar mereka ikut ialah larangan  membawa masuk fail dan buku teks persendirian, fail dilarang adalah kerana peluang untuk mengambil bahan perpustakaan tanpa izin cukup cerah, dan buku teks pula jika di bawa masuk akan menimbulkan kekeliruan kerana sukar nak membezakan bahan library atau hak pelajar itu sendiri, staf pula seakan malas nak bersuara mengulang-ulang larangan dan peraturan tersebut. aku berharap situasi baik ini akan berkekalan sehingga akhir semester, tapi pada waktu itu muncul pula couple2 yang menyakitkan mata, resam dunia. setakat ni juga tiada lagi pelajaryang aku tangkap atupun di beri amaran kerana melanggar peraturan,

Dalam pandangan dengan otak yang tak pernah berhenti berfikir bagaimana nak membangunkan perpustakaan KMTK kekadang dibenak teringin sekali aku pergi jauh, meninggalkan semuanya yang aku tempuh, lari meninggal beban bagai askar yang tewas di medan perang.ingin sekali aku memejam mata dan berkunjung ke suatu tempat yang sangat luas dan lapang..entahlah hidup adalah perjuangan yang panjang...Aku terlalu penat..

No comments:

Post a Comment