Ini cerita dan pandangan aku dari pengalaman yang aku kumpul selama ini..kerana bila aku menjadi bos, aku terkenang kembali sikap dan watak mereka yang pernah menjadi bos aku dulu...sebagai seorang bos aku menilai mereka dari seluruh cara dan tingkah laku, lalu aku membuat kesimpulan, mereka bos yang baik atau sebaliknya..
Sumber:
Bos aku yang pertama, berwajah garang tapi murah dengan senyuman. belum sempat aku berkesempatan melihat dia meluahkan kemarahan kerana tidak lama aku di bawahnya, dia akan meronda dan aku sentiasa bersedia untuk menjawab apa jua pertanyaan yang terbit dari mulutnya, waktu tu melihat wajahnya sahaja aku dah kecut, perkataanya penuh dengan sindiran dalam kelembutan,tapi cukup pedih menikam perasaan. seringkali aku melihat dia beramah mesra dengan kakitangan bawahanya, nampak mesra tika senyum mengungkap bicara, dan individu yang menyapa persoalannya, mungkin hanya bersandiwara serta bermuka2..
Bos aku yang kedua, sentiasa ceria memeriah suasana, longhat kelat di bawa kemana saja, aku senang bersamanya, dia mencurah pengalaman dan jasa, mendidik adab dan etika agar aku menjadi pegawai berwibawa..aku guna semua petua dari bos aku yang aku kagumi, kami mencipta banyak kenangan dengan ria melaksana tugasan, dia seorang yang banyak pengalaman, tak lokek menyumbang jasa, aku dianggap seperti kawan dan aku menyokongnya melalui idea dan buah fikiran, maka atas keikhlasan dan kesungguhanku tidaklah pelik aku menjadi orang kanan, sering juga aku menjadi tempat luahan semua tekanan dan kekecewaan sebab kelemahan pengurusan dan pentadbiran. dia menyakini bahawa aku bakal bergelar bos sepertinya, bukan hanya harapan kerana impian telah pun menjadi kenyataan. aku kagum bos seperti ini
Bos aku yang ketiga, telah terang lagikan bersuluh, banyak rungutan bertimbun dan jenuh, aku di ingatkan wajar bersedia, kerana tingkahnya tak tentu hala, pagi memperihalkan tentang kucing petang bercakap pula tentang ayam di hutan. terlalu bijak hingga sukar arahan dianjak. aku sering menggeletar seluruh badan bila ingin mendapat sokongan, bila jenuh dengan sumpahan , kepala pun gagal membekal uban, pandangan dan cadangan tak yahlah disuarakan cepat dapat pantas dibuang dari fikiran, lekat pada kekuatan ingatan pernah bercakap mengalih pandangan, terhina aku sebagai insan , besar sangatkah aku punya kesalahan, bos begini cepat lah bersara kerana melihat wajahnya saja aku dah sengsara.
Bos aku yang keempat..ketika pertama kali bertentang mata wajahnya redup mengingatkan aku pada seseorang, dengan ikhlas aku dimaklumkan bahawa keupayaan aku satu kekaguman, bertugas aku di bawah seliaannya dia prihatin segala kekurangan, mudah berbincang bertukar pandangan. ketika aku di uji Tuhan beliau hadir memberi kekuatan, boleh bertolak ansur dan berperikemanusiaan. tidak lama aku di bawah bimbingan mendoa aku teruskan kecemerlangan walau dengan seribu kepayahan.
Bos aku yang kelima, Aku respect penuh kehairanan, seorang bos murah senyuman, cepat mesra penuh keceriaan. mengheret yang sukar lalu dimudahkan, menggesa aku perlahan-lahan agar kejayaan muncul kemudian. aku belum pernah melihat bos seperti ini, bergaul mesra tanpa ada jurang menghalangi, dia memberi penuh kepercayaan, buat aku menjadi segan, kalau aku tidak melaksana tugas seperti yang diamanahkan. tapi kita insan seribu kelemahan, sedih aku melihat satu keadaan, bila ramai mengambil kesempatan dari kebaikan kurniaan Tuhan, kepada Tuhan aku pohonkan moga bos aku ini baik kesihatan meminpin kami ke mercu kejayaan. Aku mendengar ada keluhan dari manusia yang mencari kesempurnaan, ini tak betul sana tak kena, senangnya dia mengolah bicara, seolah-olah dialah ketua. mungkin dia lupa satu stigma bahawa manusia tak pernah sempurna.
hari ini aku telah menjadi seorang bos, kadangkala aku dihinggapi sedih, aku membentuk satu pendirian bahawa aku tak nak jadi bos yang tidak disenangi orang bawahan, boleh bertolak ansur, berperikemanusiaan, mengganggap staff umpama kawan, cuma selagi tidak lepasi sempadan, aku suka meminta pandangan serta buah fikiran, menggelak aku saja yang betul dalam membuat keputusan, idea yang disokong dengan kesungguhan menjadi modal utama aku membuat penilaian, masa yang tepat jadi perhatian,rajin dan bersemangat mesti ditunjukan, aku menilai melalui pandangan, ku simpan kukuh dalam fikiran, jika ada tidak memuas perasaan, rendahlah engkau punya SKT tahunan.
menjadi seorang bos cukup sukar, baik sangat pun salah, tegas sangat pun payah, segalanya ok pada aku selagi "Saya yang menurut perintah" jadi pegangan . Beruntunglah pada mata hati bila mendapat bos yang baik..dan janganlah menyumpah2 bos dan siap mendoakan pula dia mati cepat jika mendapat bos yang..paham2je lah..
Baik!!!Bos.
No comments:
Post a Comment