Hari ni 8 Oktober 2011, hari Sabtu sekarang jam 11.31 malam..Hujan renyai2 di luar..lokasi menulis masih sama..
Pagi tadi aku ke Peruda untuk beli Espodes, Plastik leminate dan Kertas A3, semua ni keperluan untuk Pameran Bulan Bahasa Kebangsaan. Sakit jari menjinjing semua tu, aku tak mampu lalu call wife untuk ambik aku, mulanya kami berpecah untuk memudahkan tugas tapi tak sangka berat jugak A3 tu di tambah pula dengan plastik tu..apa boleh buat minta kat stor benda2 tu tiada stok . kita nak guna nak tak nak berkorbanlah...jika tak kerja tak siap..Kemudian kami bergerak ke Pokok Sena untuk dapatkan rawatan Homeopathy kat kubur Panjang..sakit jugak bila buat Refeksologi tadi.. kami bergerak ke Pendang selepas solat Asar,
Jam 8.38 malam, selepas solat Isyak aku bersiap untuk ke Perpustakaan dengan niat hanya untuk menghantar barang-barang yang telah aku beli..Di benak aku terfikir lebih baik kirimkan saja barang2 tu pada PAP yang bertugas malam ni..aku boleh call dia dan minta dia bawakan barang2 tu, tetapi jam 8.00 tadi lain macam saja aku rasa, teringin sangat nak ke Library, tengok2 apa yang patut kemudian balik lah, itulah perancangan awalku, barang2 yang berat tadi aku pindahkan ke dalam beg serbaguna untuk memudahkan aku membawanya..tetapi masih lagi berat..Aku menapak ke Pejabat aku dalam renyai2 hujan yang agak dingin, di Surau aku kira pelajar telah hampir selesai berjemaah.. tapi kerlingan ke Kafeteria aku lihat ada pelajar turut berjemaah di situ dengan air dan nasi. Aku teruskan langkah..secara tiba2 berselisih dengan seorang pelajar yang menyoalku.."Tuan, Library buka tak?" Sepatutnya buka, Staff saya yang bertugas malam ni, " gelap ja Tuan, kamu nak masuk? dia pun mengangguk sambil memaklumkan rakan2 yang lain jugak akan menyusul...
Aku melepaskan keluhan kecil, mujurlah kunci Perpustakaan aku bawa bersama..Aku bertugas memberi perkhidmatan malam ni, kelibat PAP entah kemana, dan kenapa dia tidak hadir bertugas tidak dimaklumkan..itulah yang berlaku tadi..aku merenung nasib..dalam redha dan terpaksa aku telan perlahan-lahan..Pengorbanan kedua hari ni. tapi kerana rasa kesian pada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tak lama lagi, aku mengalah..Bos dah pun ingatkan aku bahawa seorang Pegawai Proffesional tidak layak menuntut bayaran bagi kerja lebih masa, Harus saja dianggap sedekah jariah..dan aku terkenang amanat Dato' KP yang berkehendakkan semua pegawai gunasama harus berintegriti tinggi, bertangungjawab, bertugas dengan bersunguh-sungguh demi menjaga nama baik Perpustakaan Negara Malaysia..atas kenangan itulah aku terima apa yang berlaku tanpa aku duga..aku juga sedar ada di kalangan Pensyarah di sini yang turut berkorban masa dan tenaga mengadakan kelas2 pada sebelah malam untuk memastikan kejayaan para pelajar
Itulah hakikatnya..Bos ibarat kepala, kepala tak bergerak badan tak akan berjalan, sukarnya menjadi bos, jika terlalu baik staff pijak kepala kalau terlampau tegas dan garang staff meluat tidak terhingga...Bajet 2012 baru saja berlalu dan Penjawat Awam menerima imbuhan yang cukup lumayan, tetapi sedih jugak bila berlaku penjawat Awam yang berkhidmat sambil lewa, hadir bertugas hanya untuk gaji semata2, dan tiada kesunguhan ditunjukkan...oklah jam dah 12.23, aku tak biasa tidur lewat..kerana esok banyak tugas manusia dan kemanusian, kebodohan dan kelembapan yang perlu aku tanggani...Nasib la kau Lan...