SELAMAT DATANG

Monday, September 19, 2011

Ketika Allah mengujiku..Part 6

19 September 2011 Isnin, jam 9.05 malam lokasi kuarters kmtk 

memulakan kehidupan di Wisma SMBSI agak mudah, kedai runcit dekat, tak jauh pun dengan Kuala Lumpur Internasional Hotel. masa tu Sham ada kereta jadi minggu pertama tu aku keluar dengan Sham pi beli TV, Kipas angin pingan mangkuk dan segala keperluan untuk memasak, tapi kami tetap senang makan kat kedai, Sham takkan masak mungkin dia jijik dengan keadaan dapur yang teruk tu.  walaupun ada peti ais tetap menjijikan tekak, apa tidaknya, budu yang dah berminggu2 , minuman dan segala makanan yang dah berkulat ada tersedia kat dalam tu, semua tu Ayop punya kerja. Dia beli makan sikit dan buang kat dalam peti, peti jenama National tu tahan, cuma tak pernah bercuci, Sham bersihkan peti Ais tu, dapatlah aku letak bahan2 masakan macam kicap,santan, minuman kepunyaanku, Sham beli mineral pot, aku beli penapis air, macam tulah kami berkongsi diperingkat awal. Aku akan balik kampung dua minggu sekali, dan ada sekali kebetulan dia nak balik Kangar sebab wife dia orang Utara, masa tu aku tumpang dia.

malam selalunya kami naik keta makan kat kampung Baru, tikus sebesar lengan akan sentiasa menemani kami, pernah sekali dia bawa aku tengok Lorong Haji Taib he he..itulah kenangan kami. kadangkala waktu pagi aku tumpang Sham dan adakala aku lebih suka berjalan kaki, dalam 25 minit sampailah TH Shelborn Sham tingkat 17, aku tingkat 18, kadang 2 masa balik aku tumpang Azizi, Penolong Pegawai kawan sepejabat Sham..

selepas beberapa bulan tinggal berkongsi aku dapat rasakan ada sesuatu yang buat aku kurang selesa, puncanya adalah dari aku yang kuat berdengkur Sham ada menegur tapi benda tu bukanlah masalah besar sangat.. setiap malam kalau tak letih kami suka sembang2 hal kerja dan apa saja isu yang boleh diborakkan..Bulan September 2009 Sham maklumkan yang wife dia dah dapat bertukar ke Hospital KL, dia rancang untuk menyewa di rumah yang lain, masa tu aku buat keputusan untuk terus menghuni rumah tu. masuk bulan Oktober tinggallah aku seorang, sempat aku ajak Sham pegi beli Mesin basuh, selesai satu masalah yang berat..membasuh baju..mulanya agak sepi, kos sewa rumah menjadi RM300.00 tapi gaji lebat kat KL duit bukan masalah sangat..Aku minta tolong Madi pegi beli kipas,dan beberapa barang yang aku perlukan, Sham beli kipas 14 inci , aku beli 16 inci, masa tu aku rasa bebas sepenuhnya dan berkuasa mutlak pada bilik tu, aku hidup dalam dunia aku sendiri, bila sunyi dan sedih mengundang aku hiburkan hati dengan melayan kenangan, hari Jumaat moment paling best,aku akan layan movie kt tv, jam satu atau dua baru tidoq. pagi Sabtu pas membasuh aku pegi kedai beli barang untuk masak, masak biar boleh makan sampai malam senang, macam tulah kehidupan  aku hujung tahun 2009 tu BERSAMBUNG....   

No comments:

Post a Comment