SELAMAT DATANG

Sunday, September 25, 2011

Mesyuarat Ikhtisas pegawai Gunasama Perpustakaan Negara Malaysia part 1

Hari ni 25 Sertember 2011, Ahad jam 8.08 malam, 


Untuk pertama kali aku guna tajuk penuh yang direct dan jelas baik, aku rasa post ni adalah untuk berkongsi pengalaman dan luahan terhadap apa yang aku tempuh dua hari lepas, dua minggu lepas aku dapat surat jemputan untuk hadir ke Mesyuarat Pegawai Ikhtisas Bagi Pegawai Gunasama Perpustakaan Negara Malaysia 2011. Perkara ini sedikit merisaukan aku sebab tahun lepas mesyuarat ini di adakan di Melaka, Waktu tu ada sedikit kekangan kewangan lalu menidakkan kehadiranku. Lalu tahun ni aku berazam untuk tetap hadir kerana mesyuarat ini adalah perhimpunan para PUSTAKAWAN. 

Doa aku kiranya aku rasa termakbul bila mana lokasi kali ni di Hotel Corpthone Orchid, Taman Bungah Pulau Pinang, legaaa tak jauh sangat. Aku mula runsing pada awalnya dek kerana kesakitan yang aku tanggung menyukar segala-galanya untuk makan dan segala keperluan untuk menghadirinya. Lalu aku bulatkan tekad untuk hadir dan mempelawa isteriku bersama sebagai pembantu. Syukur dia setuju. Tambahan pula bukanlah lama pun

Lalu pagi Khamis lalu kami menaiki bas di Shahap Perdana untuk ke Butterworth, menaiki bas cukup membosankan.. Sampai kat Butterworth jam 11 lebih kemudian terpaksa pula menunggu feri dan sampai di Penang cari pula teksi untuk ke Hotel. Agak memenatkan. sesampai di Hotel dah ada pada ruang lobby kaunter pendaftaran yang di Kendalikan oleh beberapa kakitangan PNM dari Bahagian Nasihat dan Perundingan kebetulan sememanya aku kenal dek kerana aku  pernah bertugas di PNM.

Tapi walaupun hadirku tepat 12.30 tgh iaitu waktu pendaftaran aku terpaksa menunggu hampir setengah jam menunggu bilik yang belum lagi siap...Lega bila kami dapat bilik 1728 untuk berehat tu pun selepas bayar RM190.00 Memang makan minum dah pun PNM sediakan. tapi bab makanlah yang paling aku tak suka susah jari tak kuat, dah tu pinggan hotel berat plak tu. Jam 2.30 bermula taklimat untuk mesyuarat. dan jam 3.00 petang satu ceramah mengenai projek pendigitalan foto yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan Penerangan, cukup menarik walaupun sakit tengkok aku kerana terpaksa menoleh ke kiri dek kedudukan meja yang berbentuk linkungan bulat sakit sangat...aku sangat teruja melihat ramainya PUSTAKAWAN yang hadir.. Aku berjumpa dengan rakan2 lama yang bukannya pegawai gunasama tetapi  menjadi wakil2 bahagian dari PNM. Aku juga berjumpa dengan PUSTAKAWAN2 yang sebelum ni aku tengok dalam website saja. Ada yang memberi nasihat dan kata2 peransang BERSAMBUNG...  

Ballroom
pintu masuk ke hotel


No comments:

Post a Comment