SELAMAT DATANG

Monday, September 12, 2011

Malang tak mungkin berbau...

12 September 2011, jam 9.37 malam , lokasi yang sama..

Ini kisah yang dah beberapa bulan berlalu, waktu aku belum ada blog nak dipostkan..tetiba tertengok aku beberapa keping gambar dalam laptop wife, buat aku rasa ingin berkongsi sesuatu..15 Februari 2011 lalu, aku percaya ramai orang tengah seronok bercuti..hari malang tu adalah hari Selasa, cuti Maulidur Rasul. Aku dan wife dari Pokok Sena masa tu, wife ajak aku menemaninya untuk 'menyiasat kes', wife aku bukan ajen CIA, FBI, atau seumpamanya, dia pegawai Jabatan Kebajikan, kerjanya membantu orang miskin,orang OKU , orang Tua dan masyarakat yang perlukan bantuan.

Kami ke Ladang Jabi, Taman perumahan masyarakat yang majoritinya orang India untuk siasat permohonan yang mereka buat atas alasan kepayahan hidup dan segala macam keperluan yang menuntut bantuan kerajaan. 4 buah rumah kami siasat lepas selesai kami singgah sarapan di sebuah gerai tepi jalan area Jalan Langgar,masa makan aku renung kereta yang kami kongsi bersama, aku merenung calar malar, kemek remek yang menghiasi body kereta kami yang montok itu,itulah kenangan yang wife aku hasilkan sebagai satu seni yang indah untuk tatapan, kenangan dari seorang wanita yang baru mengenal stereng kereta, habis segala tiang, nenek tiang dilanggarnya. Dan aku tak berani memuji peningkatan kemahiran memandu isteriku ini,ini kerana setiap kali memuji pasti akan ada tiang lagi dilanggarnya, itulah monolog yang aku mainkan sewaktu menelan daging masak kicap sambil menyedut teh ais pagi tu..

Sampailah ke lokasi kejadian, kawasan bernama Kuala Sungai berhampiran Kubang Rotan, deretan kenderaan baru saja bergerak perlahan takkala lampu isyarat brtukar hijau,tetiba dan tersuddenly di atas garisan berkembar sebuah mercedes memotong kenderaan di depannya dan masuk ke laluan bertentangan kenderaan kami..maka kedebommm bushhh prekkk wife menjerit tapi aku kira jeritan aku lebih kuat..kereta senget sebelah dan terhentak di jalan , kami panik dan tergamam,inilah pertama kali seumur hidup aku terlibat dalam kemalangan, perlanggaran yang agak kuat dari sudut kanan pemandu.. bila firsttime tentulah kami akan buat silap. Aku arahkan wife terus memandu ke bahu jalan semata-mata untuk elak kesesakan,ramai jugak yang berhenti tengok, tapi bila kami keluar dari kereta dan masih hidup sambil senyum2 harimau, mereka tak kisah sangat lagipun tak menghalang jalan. 

beberapa minit kemudian sebuah kenderaan berhenti, pemandunya yang ketika itu bersama isteri dan anaknya, memaklumkan bahawa beliau memandu di belakang kenderaan kami dan melihat kejadian tersebut..beliau segera memintas kenderaan Mercedes yang cuba melarikan diri dan memaksa pemandunya untuk datang kepada kami untuk memuat penyelesaian, malangnya pemandu mangkok itu terus melarikan diri.

Kesilapan kami menurut kerani bengkel kereta yang kami jumpa adalah, tidak mengambil gambar keadaan kenderaan selepas kejadian  di lokasi kemalangan, kedua kami perlu membuat laporan polis dengan berharap pemandu mangkok itu turut membuat laporan, maka claim atas insuran pemandu mangkok itu boleh lah dilakukan tetapi jika mangkok itu terus menghilang kamilah yang menanggung kerugian. kesilapan seterusnya adalah segala dokumentasi yang diperlukan tidak dapat disediakan dengan cepat, geran dan segala mak nenek dokumen entah kemana duduknya..ini yang melambatkan proses tuntutan insuran..pangjang lagi cerita ni tapi cukuplah dulu...dan saksikanlah , syukur kami masih bernyawa..



No comments:

Post a Comment